Categories
SELANGOR

SPAH: Jimat air terawat, mesra ekonomi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

PUCHONG, 9 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20,000 bagi menjayakan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Pangsapuri Sri Kesidang sebagai projek perintis di kawasan Puchong.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, ini kerana SPAH merupakan alternatif yang efektif dalam mengurangkan penggunaan air terawat

Katanya, ia juga memberi banyak faedah kepada penduduk dalam pelbagai urusan harian.

“Kami memilih pangsapuri ini untuk melaksanakan SPAH kerana terdapat sumber mata air semula jadi dari bawah tanah yang boleh diambil selain membuat takungan air hujan.

IMG_1037“Sistem ini memberi banyak faedah kepada badan pengurusan dan penduduk di pangsapuri ini bagi kegunaan pembersihan tandas, mencuci lantai, menyiram pokok, kerja pembersihan awam, kolam renang serta mencuci kenderaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Tambahnya lagi, beliau turut bercadang meneruskan sistem itu jika diberi peruntukan tambahan untuk dipasang ke kawasan lain setelah melihat keberkesaan mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Sri Kesidang Apartment, Yap Chee Meng berkata, sejak sistem itu dipasang ia memberi pelbagai kebaikan kepada hampir 299 unit rumah di kawasan itu.

IMG_1029“Kebiasaannya dalam sebulan, kolam renang di sini memerlukan air sebanyak 165,000 liter iaitu kos sebanyak RM400.

“Selepas wujudnya sistem ini, kita boleh jimat hampir 25 peratus penggunaan air apabila dua tangki ini mampu menakung hampir 40,000 liter air dalam sebulan mengikut keadaan cuaca apabila hujan,” katanya.