Categories
SELANGOR

MB ‘salute’ MPKj, giat tingkat infrastruktur awam

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KAJANG, 18 JULAI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) wajar dijadikan contoh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain atas komitmen melaksanakan pelan pembangunan berterusan di sekitar perbandaran itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu membuktikan MPKj mampu menjadi sebuah perbandaran terbaik dengan pengurusan efektif dan berdaya saing.

“Walaupun sebagai sebuah perbandaran kecil dulunya, kini sudah menjangkau 20 tahun diangkat peranannya kerana usaha berterusan yang telah dan akan dilaksanakan MPKj.

“Ini membuktikan bahawa PBT ini faham tentang aspirasi rakyat dengan melaksanakan dasar perbandaran baik di peringkat negeri.

mpkjTerdahulu, pelbagai kemudahan dan pembangunan setempat giat dilaksanakan perbandaran itu dalam usaha memastikan komuniti setempat mendapat manfaat berterusan.

Antara projek dilaksanakan termasuklah peningkatan jaringan pengangkutan awam dan pembangunan dewan perbandaran untuk kegunaan komuniti.

Difahamkan, terdapat 10 buah dewan komuniti sedang dibina dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan perolehan hasil cukai tempatan.

Menghargai maklum balas Dato’ Menteri Besar itu, Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar berkata, penghargaan itu akan dijadikan sumbang saran kepada MPKj untuk kekal komited membangunkan perbandaran itu.

“MPKj komited untuk memberi perkhidmatan terbaik serta menyediakan infrastruktur dan prasarana perbandaran lengkap selaras visi Perbandaran Pilihan untuk Didiami.

“Banyak lagi infrastruktur dan pembangunan lain akan dinaiktsraf demi keselesaan penduduk di pentadbiran MPKj,” katanya.