Categories
SELANGOR

Perodua sumbang MYVI berdaya automotif INPENS

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 31 JULAI: Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) menerima sumbangan sebuah Perodua Myvi bagi tujuan pembelajaran teknologi automotif.

Pengurus Komunikasi Korporat, Jefri Mejan berkata, pembelajaran secara amali dijalankan di INPENS sentiasa memerlukan model kereta dan motosikal untuk tujuan latihan para pelajar.

“Pelajar bukan sahaja diajar mengenal pasti komponen dan menyelenggara kenderaan malahan didedahkan dengan daya inovasi.

INPENS2“Pertambahan bilangan kenderaan di Malaysia menyebabkan keperluan kepada mekanik kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain kursus automotif, Jefri berkata, INPENS turut menawarkan sembilan lagi bidang kemahiran iaitu motosikal, elektrik, elektronik, penyaman udara, kulinari, kecantikan, dandanan rambut, jahitan dan teknologi maklumat.

“Sehingga kini INPENS melahirkan kira-kira 500 graduan mahir setiap tahun manakala pengambilan seterusnya adalah pada Januari 2018.

“Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berminat mendalami bidang kemahiran di INPENS boleh membuat permohonan segera di laman sesawang INPENS di www.inpens.edu.my,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Perodua, Muhammad Hafiz Ali berkata, pihaknya memberi sumbangan itu sebagai tanda sokongan Perodua terhadap usaha murni INPENS melatih belia mempelajari bidang automotif.

Pada masa sama, Muhammad turut memuji usaha INPENS menyediakan kemudahan kondusif kepada para pelajarnya