Categories
SELANGOR

INPENS laksana program transformasi kepimpinan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 APR: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) melaksanakan Program Transformational and Sustainable Leadership for Hods of INPENS sebagai satu inisiatif melatih kakitangannya dalam urus tadbir yang lebih cekap.

Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, ia adalah proses ketiga transformasinya dengan melibatkan 16 kakitangan daripada Eksekutif dan Ketua Sektor di kolej itu, pada 30 Mac hingga 1 April lalu.

“Program ini adalah langkah memastikan transformasi INPENS dapat dijayakan dengan barisan pengurusan sempurna.

“Segala fasa transformasi sebelum ini lebih melibatkan prasarana INPENS, tetapi pada fasa ketiga ini penumpuan adalah lebih kepada pembangunan daya kepimpinan barisan pengurusan INPENS agar lebih berkredibiliti dan berwawasan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, program selama tiga hari itu, kakitangan didedahkan tentang strategi kepimpinan dimana peserta yang terlibat diperkenalkan dengan metodologi penyelesaian sesuatu isu di dalam sesebuah organisasi.

Categories
EKONOMI SELANGOR

IKTISASS wadah ‘millenials’ berkemahiran

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 MAC: Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) yang diasaskan Kerajaan Negeri merupakan wadah kepada pembangunan ‘millenials’ berkemahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, program terbabit bakal melahirkan generasi berkemahiran, berkarektor sekaligus melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional.

“Ramai anak muda atau golongan belia ketika ini tidak mengetahui kursus kemahiran yang ditawarkan juga peluang yang disediakan. Jadi, dengan adanya IKTISASS ia akan dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk belajar bidang yang diinginkan.

“IKTISASS juga merupakan program yang terbaik kerana ia turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak industri,” katanya kepada Selangorkini.

Pada masa sama, katanya, INPENS turut membuka gerai pameran di Majlis Pelancaran IKTISASS di Sunway Convention Centre pada 24 – 25 Mac ini.

Ahmad Zabri berkata pihaknya menyasarkan lebih 5,000 pengunjung ke booth pameran INPENS.

“INPENS menawarkan bidang utama atau bidang-bidang kemahiran berimpak industri 4.0 antaranya Automotif, Elektrik dan Penyamanan Udara.

“Tidak ketinggalan INPENS juga menawarkan banyak lagi pilihan bidang kemahiran sebagai usaha memangkin kejayaan misi Smart Selangor yang giat dijalankan antaranya elektronik, sistem komputer, motosikal, dandanan rambut, kulinari, pastri, kecantikan dan pembuat pakaian,” katanya.

Terdahulu, INPENS mencatat rekod baru apabila seramai 650 pelajar baharu mendaftar di kolej itu bagi pengambilan pelajar 2018.

Ia mengatasi catatan terdahulu bagi INPENS dengan angka tertinggi direkodkan bagi pengambilan sebelumnya adalah berjumlah 500 pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Perkembangan itu membuktikan kalangan pelajar menyedari TVET adalah bidang yang menjadi keutamaan di banyak industri.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Indiustri 4.0 buka peluang pelajar INPENS ceburi pekerjaan

 

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 16 MAC: Gelombang Industri 4.0 yang memerlukan lebih tenaga mahir memberi peluang pelajar Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) menggarap lebih peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menambah peruntukan pembiayaan kepada pelajar kolej itu sebanyak RM5 juta.

Katanya, perkembangan industri itu membuktikan kalangan pelajar menyedari Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi keutamaan di banyak industri.

“Kita percaya pelajar INPENS bersedia menghadapi gelombang ini dan sebagai langkah awal INPENS sudah menjalinkan kerjasama dengan pengiat industri antaranya Perodua dan Daikin.

“Silibus pembelajarannya turut dipertingkatkan sejajar dengan peredaran masa dan kehendak industri.

“Diperingkat Kerajaan Negeri, kita percaya graduan INPENS berkualiti dan mampu bersaing secara positif,” katanya di Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada pelajar INPENS, di sini.

Ganabatirau berkata, sehingga Disember 2017, sejumlah RM27.7 juta sudah dibelanjakan sejak 2008 bagi membiayai pelajar INPENS.

Dalam majlis itu, seramai 349 pelajar menerima surat tawaran bagi sesi Januari 2018.

Sementara itu, Ganabatirau berkata, sehingga Februari lalu, seramai 3,913 pelajar menerima pembiayaan daripada Kerajaan Negeri.

Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2018, Kerajaan Negeri memberi peruntukan tambahan RM1 juta menjadikan RM5 juta bagi membiayai pelajar INPENS daripada keluarga kurang berkemampuan.

 

 

Categories
SELANGOR

INPENS terima sumbangan 3 kereta Perodua

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JAN: Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) menerima sumbangan tiga kereta (test drive) jenis, Axia dan Bezza dan Myvi model baharu.

Eksekutif Komunikasi Korporat INPENS, Nur ‘Adnin Syamil Halik Bassah berkata, kereta itu disumbangkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) untuk pelajar dalam sektor teknologi automotif.

“Sehingga kini INPENS mempunyai enam buah kereta buatan tempatan dan luar negara yang digunakan untuk sessi pembelajaran.

“Semoga dengan ini pelajar-pelajar INPENS di sektor automotif yang baharu mendaftar pada 9 Jan lalu akan menerima manfaatnya dan menjadi pelatih yang mahir,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tambahnya lagi, INPENS komited dalam memberikan latihan bertaraf industri kepada para pelajarnya dengan menyediakan kereta-kereta latihan buatan Eropah khusunya Jerman.

 

“Kita berharap akan ada lebih banyak kerjasama industri bertaraf konglomerat dalam memberikan latihan praktikal kepada pelajar-pelajar jurusan automotif, sistem komputer, elektrik, elektronik dan penyamanan udara,” katanya.

Categories
SELANGOR

650 pelajar baru sertai INPENS, TVET semakin laris

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 9 JAN: Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) mencatat rekod baru apabila seramai 650 pelajar baharu mendaftar di kolej itu, hari ini, bagi pengambilan pelajar 2018.

Ia mengatasi catatan terdahulu bagi INPENS dengan angka tertinggi direkodkan bagi pengambilan sebelumnya adalah berjumlah 500 pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Ketua Eksekutifnya, Ahmad Zabri Yaman, berkata perkembangan itu membuktikan kalangan pelajar menyedari Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah bidang yang menjadi keutamaan di banyak industri.

Katanya, ia ditambah dengan gelombang revolusi Industri 4.0 memerlukan lebih ramai tenaga mahir bagi menjayakan revolusi berkenaan.

“Masyarakat kini perlu yakin bidang kemahiran adalah untuk semua belia yang berpotensi dan bukan hanya untuk golongan keciciran akademik sahaja.

“Semakin ramai memilih aliran kemahiran kerana menyedari kepentingan tenaga mahir ini di dalam membangunkan ekonomi negara.

“Buktinya INPENS dibanjiri lebih 600 pelajar baru di mana kita berhasrat mengangkat martabat pendidikan kemahiran ke arah lebih tinggi dengan melahirkan alumni INPENS berkemahiran dan berkarakter unggul,” katanya.

Beliau berkata, belia berminat sentiasa boleh menghubungi INPENS di pelbagai medium seperti laman sesawang, panggilan telefon, facebook, instagram atau aplikasi whatsapp untuk mengetahui peluang melanjutkan pengajian.

Seorang pelajar baru, Syafiq Izani, 20, berkata, peluang melanjutkan pelajaran di kolej itu adalah landasan terbaik bagi mengubah kehidupannya.

“Saya berhasrat mendalami bidang automotif sehingga mampu menjadi usahawan automotif berjaya,” katanya yang mendaftar dalam pengajian bidang automotif.

INPENS beroperasi di sini, menjalankan kursus kemahiran sejak 2006 menawarkan pendidikan kemahiran di dalam automotif, motosikal, penyamanan udara, teknoloji maklumat, jahitan, kecantikan, dandanan rambut, kulinari, pastri, elektrik dan elektronik.

Sesi kali ini juga memperkenalkan satu kursus baharu iaitu semburan cat automotif.

Categories
SELANGOR

INPENS anjur program pemantapan TVET, hasil tenaga profesional

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 JAN: Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) melaksanakan program Pemantapan Professionalisme Pendidikan Tenaga Pengajar TVET dalam memastikan tenaga pengajarnya bertaraf professional demi menghadapi gelombang Industri 4.0.

Pengurus Komunikasi Korporat, Pemasaran dan Pembiayaannya, Jefri Mejan berkata, program terbabit disertai 18 tenaga pengajar kolej itu dijalankan di Carlton Holiday Hotel, pada 3 hingga 5 Januari ini.

“Semua tenaga pengajar adalah dari sektor Teknologi Automotif, Teknologi Motosikal dan Teknologi Penyamanan Udara INPENS kerana didapati ia signifikan kepada Industri 4.0,” katanya.

Beliau menjelaskan, ia adalah fasa pertama program dan pada masa depan INPENS akan turut menyertakan tenaga pengajar dari sektor lain untuk fasa seterusnya.

Ini kerana, katanya, INPENS tuntas dalam memastikan pembangunan TVET memandangkan keperluan tenaga mahir di dalam pelbagai industri bertapak di Selangor sangat tinggi.

“Selain meningkatkan tahap profesionalisme tenaga pengajar INPENS, program ini dianjurkan dengan objektif untuk memastikan prestasi penyampaian pendidikan sentiasa di tahap terbaik dan menghasilkan tenaga pengajar bermotivasi tinggi,” katanya.

Categories
SELANGOR

Perodua sumbang MYVI berdaya automotif INPENS

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 31 JULAI: Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) menerima sumbangan sebuah Perodua Myvi bagi tujuan pembelajaran teknologi automotif.

Pengurus Komunikasi Korporat, Jefri Mejan berkata, pembelajaran secara amali dijalankan di INPENS sentiasa memerlukan model kereta dan motosikal untuk tujuan latihan para pelajar.

“Pelajar bukan sahaja diajar mengenal pasti komponen dan menyelenggara kenderaan malahan didedahkan dengan daya inovasi.

INPENS2“Pertambahan bilangan kenderaan di Malaysia menyebabkan keperluan kepada mekanik kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain kursus automotif, Jefri berkata, INPENS turut menawarkan sembilan lagi bidang kemahiran iaitu motosikal, elektrik, elektronik, penyaman udara, kulinari, kecantikan, dandanan rambut, jahitan dan teknologi maklumat.

“Sehingga kini INPENS melahirkan kira-kira 500 graduan mahir setiap tahun manakala pengambilan seterusnya adalah pada Januari 2018.

“Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berminat mendalami bidang kemahiran di INPENS boleh membuat permohonan segera di laman sesawang INPENS di www.inpens.edu.my,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Perodua, Muhammad Hafiz Ali berkata, pihaknya memberi sumbangan itu sebagai tanda sokongan Perodua terhadap usaha murni INPENS melatih belia mempelajari bidang automotif.

Pada masa sama, Muhammad turut memuji usaha INPENS menyediakan kemudahan kondusif kepada para pelajarnya

Categories
SELANGOR

Selangor digesa laksana pendidikan percuma

SHAH ALAM, 8 OKT:  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pentadbiran baharu Kerajaan Selangor melaksanakan janji pendidikan percuma di institusi pendidikan kawalannya.

Ia meliputi Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS).

Penyelaras Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda), Young Syefura Othman, berkata ia boleh dilaksanakan sesuai dengan kemampuan Kerajaan Negeri sama ada:

rara3– Pendidikan percuma kepada semua mahasiswa UNISEL, KUIS dan INPENS, atau

– Pendidikan percuma kepada mahasiswa anak selangor di UNISEL, KUIS dan INPENS, atau

– Pendidikan percuma kepada mahasiswa miskin di UNISEL, KUIS dan INPENS beserta inisiatif mengesan golongan itu dengan lebih tepat.

Katanya, kuota perlu ditetapkan, umpamanya 40 peratus anak Selangor, pelajar pintar seluruh negara (30 peratus), pelajar pertengahan dari keluarga miskin (20 peratus) dan pelajar antarabangsa (10 peratus).

“Suka kami mengingatkan, salah satu janji pilihan raya Pakatan Rakyat ialah pendidikan percuma. Isu melibatkan anak muda khususnya mahasiswa wajar diambil perhatian,” kata Syefura.

Pada kenyataan media hari ini, beliau berharap Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad mempertimbang hal itu.

 

 

Bapa 55 tahun terima Anugerah Khas Kolej INPENS

SINOPSIS

Sekitar Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Inpens 2014 yang buat pertama kalinya dilangsungkan di kampus tetap Kolej Inpens, Kuala Selangor.

Sementara itu, Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) milik Kerajaan Negeri bukan sahaja memberi peluang kepada golongan belia menimba ilmu dan kemahiran tetapi turut dibuka kepada warga veteran.