Categories
SELANGOR

Kebakaran Taman Ria Sekinchan: YIDE hulur sumbangan

OLEH LIZAWATI MADFA

SEKINCHAN, 29 OGOS: Lima keluarga terlibat tragedi kebakaran di Taman Ria, Sekinchan mendapat perhatian Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)menerusi sumbangan ‘Ad-Hoc’ berbentuk wang tunai.

Sumbangan disampaikan Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi, Md Arifin Jaafar ketika lawatan semalam.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Hairul Ashid Paat, 40, berkata kejadian berlaku ketika beliau sedang berehat sebelum menyedari api marak, kira-kira jam lima petang.

“Buat masa ini, saya tinggal di rumah ahli keluarga yang lain buat sementara waktu.

YIDE“Apapun saya bersyukur semua ahli keluarga saya selamat,” katanya dilapor YIDE.

Hairul percaya, kebakaran membabitkan lima rumah sederet itu dianggarkan melibatkan kerugian lebih RM200,000.

YIDE merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dipertanggungjawabkan menjalankan aktiviti kebajikan di Selangor.

Ia meliputi pemberian sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai dan barangan keperluan harian seperti pakaian dan kelengkapan keperluan diri.

Selain bantuan bencana, YIDE turut berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim dan menawarkan perkhidmatan Rawatan Hemodialisis melalui enam cawangan Pusat Dialisis MAIS.

21150162_10213454426055817_4149293713859172751_n

 

dav

=EZY=