Categories
SUKANKINI

KL2017: 465 CCTV tingkat keselamatan Kompleks Sukan Negara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BUKIT JALIL, 15 OGOS: Sebanyak 465 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh kawasan Kompleks Sukan Bukit Jalil dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan penganjuran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Pegawai Esekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia, Azman Fahmi Osman berkata, inisiatif itu seiring titah baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah agar isu berkenaan menjadi keutamaan penganjur.

“Aspek yang turut menjadi perhatian termasuklah isu keselamatan, perkara ini juga turut dititahkan Sultan Selangor dalam lawatan turun padang baginda pagi ini.

“Baginda berkenan mencemar duli meninjau sistem CCTV stadium merangkumi pemasangan 465 kamera di seluruh kompleks.

“Baginda sangat berpuas hati kerana kualiti keselamatan ini mengikut piawaian ditetapkan di peringkat antarabangsa,” katanya.

SUKAN SEA1Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena lawatan rasmi baginda ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelumnya, baginda mencemar duli meninjau proses persediaan akhir temasya KL2017 diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abdul Kadir Nik Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dr Mohd Khairi Zawi.

Kompleks Sukan Bukit Jalil menempatkan beberapa venue penganjuran kejohanan bagi acara ohlahraga, skuasy, hoki, badminton dan renang.

Terdahulu, kempen temasya KL2017 bakal bermula 19 hingga 31 Ogos dan Sukan Para Asean bermula 17 hingga 23 September dengan acara perasmian akan diadakan Sabtu ini di, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebanyak sepuluh negara menjadi anggota dan temasya ini juga turut menjemput Negara Timor Leste untuk turut mengambil bahagian.

Malaysia memilih tema ‘Bangkit Bersama’ dengan menggunakan maskot yang diberi nama ‘Rimau’ dipilih bersandarkan kepada kekuatan spesies harimau tempatan, Harimau Malaya.

=EZY=