Categories
SELANGOR

MB menang bida masakan Tun Mahathir

ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 13 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memenangi bidaan hidangan juadah Daging Rusa yang dihasilkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Azmin memenangi bidaan dengan nilai RM1,000 pada penganjuran Pesta Makanan Tradisional Kelantan yang diadakan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, di sini, pagi ini.

Sebelumnya, Tun Mahathir memasak hidangan berkenaan bagi memeriahkan lagi penganjuran program anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Negeri Kelantan.

CP2A1044-1024x683Mengulas sajian masakannya, Mahathir secara berseloroh berkata, rakyat kini perlu lebih belajar memasak dan makan di rumah susulan peningkatan kos hidup di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

“Mungkin selepas ini saya perlu lebih banyak memasak, hidup sekarang kena banyak masak sendiri sebab kos hidup sekarang makin tinggi,” katanya.

Dalam perkembangan itu, sebanyak 68 jenis makanan asli negeri Cik Siti Wan Kembang itu disajikan kepada pengunjung dan warga tempatan pada penganjuran program.

Antara sajian tersedia termasuklah, Nasi Tumpang, Chacho Puteri Mandi, Sira Labu Nasi Hujan Panas, Ketupat Sotong, Butir Nangka, Akok, Keresek Jantung Pisang, Budu Ikan Tawar, Cek Mek Molek dan Tahi Itik.

Terdahulu, penganjuran pesta berkenaan diadakan bagi memperkenalkan tradisi makanan negeri itu kepada masyarakat Selangor.

IMG_6359Didukung sepenuhnya Kerajaan Negeri, pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri dan Pakatan turut hadir memeriah program.

Antara yang hadir, Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamsida Taharin dan isteri Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ia turut dihadiri Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.CP2A0820-1024x683