Categories
PBT SELANGOR

Cemuhan asam garam laksanakan tugasan

OLEH AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 12 SEPT: Berhadapan cemuhan orang awam sudah menjadi asam garam ketika bertugas sebagai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pembantu penguatkuasa Unit Clamping, Nor Safuan Nordin, 31.

Dengan pengalaman bertugas selama 10 tahun, beliau mengakui perlu ada kesabaran tinggi setiap kali berhadapan situasi sukar terutama menjelaskan kepada orang awam mengenai kesalahan serta sebab sesuatu tindakan itu diambil.

“Setiap hari ada orang marah ketika menjalankan tugas. Dari situ perlu ada kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tugas,” katanya.

Bercerita mengenai kejadian sekitar jam 1 tengah hari pada 6 September lalu ketika bertugas bersama dua rakannya, beliau mengakui tidak menyangka akan berhadapan situasi sedemikian tambahan pemandu berkenaan turut memegang pengunci kereta.

MPSJMenurutnya, tindakan mengunci kenderaan itu dibuat mengikut sekysen dan peraturan jalan raya kerana menghalang lalu lintas.

Katanya, beliau tidak mengenali individu yang merakam kejadian berkenaan sehingga ia tular di laman sosial.

Nor Safuan pernah bertugas di kawasan Subang Jaya selama dua tahun dan kemudiannya ditempatkan di Puchong.

MPSJ mempunyai 286 penguatkuasa secara keseluruhan dan Unit Clamping baru ditubuhkan sejak dua tahun lalu merupakan unit sokongan kepada Unit Tunda MPSJ yang memiliki tiga trak penunda.

Unit Clamping ditubuhkan kerana pelaksanaan undang-undang boleh dilakukan dan diselesaikan lebih cepat berbanding proses penundaan yang mengambil masa lebih lama.

=EZY=