Categories
EKONOMI

Harga minyak dunia turun

SEOUL 12 SEPT: Harga minyak turun pada awal dagangan Asia, berikutan pedagang mempertimbangkan dua faktor, iaitu kesan Taufan Irma ke atas permintaan dan kembalinya beroperasi loji penapisan pasca Taufan Harvey yang menjurus kepada lebih banyak minyak mentah akan diproses.

Penanda aras antarabangsa Brent susut 8 cent, atau 0.2 peratus, pada AS$53.76 satu tong pada 0108 GMT berbanding penutup sebelumnya, lapor REUTERS.

West Texas Intermediate (WTI) pula turun 3 cent, atau 0.1 peratus, pada AS$48.04 satu tong.

Loji penapisan Amerika Syarikat (AS), termasuk Motiva Enterprises yang terbesar di negara itu, sudah memulakan operasi.

minyak-duniaMotiva memulakan pengeluaran Isnin selepas ditutup selama dua minggu susulan Taufan Harvey melanda.

Tidak lama selepas itu, Taufan Irma pula melanda Florida pada Ahad, menyebabkan lebih 7.4 juta kediaman dan perniagaan putus bekalan tenaga. Ribut itu kemudiannya direndahkan penarafan kepada ribut tropika.

Inventori minyak mentah AS menokok minggu lalu, manakala simpanan produk minyak ditapis diramalkan susut, demikian menurut data yang dikumpul Reuters.

=EZY=