Categories
GLOBAL

Taufan Irma: Angka korban cecah 50

MIAMI 19 SEPT: Angka rasmi korban Taufan Irma di Florida, Amerika Syarikat mencecah 50 orang sehingga semalam, menurut laporan terkini pihak berkuasa susulan bencana yang melanda negeri itu minggu lalu.

Bahagian Pengurusan Kecemasan Florida pada mulanya meletakkan angka terkini pada 34, namun ia tidak termasuk lapan kematian di Keys dan lapan lagi di sebuah rumah orang-orang tua di Hollywood, utara Miami, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Jurucakap bahagian pengurusan berkenaan, Alberto Moscoso, berkata angka korban di Keys tidak dimasukkan kerana kawasan paling teruk dilanda taufan di Monroe County termasuk sekitar kepulauan di selatan Miami baru saja mengesahkan angka rasminya.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) sekurang-kurangnya suku daripada kawasan kediaman di Keys musnah manakala 65 peratus bangunan rosak teruk.

170911151141-16-irma-florida-0911-super-169Sehingga semalam, sejumlah 372,000 orang masih terputus bekalan elektrik di Florida selepas 15 juta penduduk terjejas teruk akibat taufan itu.

Irma turut mengorbankan 40 orang di Caribbean sebelum membadai Keys pada 10 September lalu.

Selepas Irma, Caribbean kini berdepan Taufan Maria yang diklasifikasi sebagai ribut kategori empat.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Taufan Maria selaju 175km/j bakal landa Caribbean

WASHINGTON 19 SEPT: Ribut Tropika Maria menambah kekuatan dan bertukar menjadi taufan kelmarin ketika menghala ke timur rantau Caribbean dengan tiupan angin lebih 175 kilometer sejam (kmj), kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

Amaran ribut dan nasihat berjaga-jaga meningkat di kebanyakan pulau di Laut Caribbean yang masih belum pulih selepas dibadai Taufan Irma awal bulan ini, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Ribut Maria bertukar kepada taufan Kategori Dua dalam skala taufan Saffir-Simpson. Ia berada 225 kilometer (km) ke timur laut Pulau Barbados dan bergerak pada kelajuan 24 kmj, kata NHC setakat kelmarin.

“Pusat Taufan Maria diramal bergerak melintasi Gugusan Pulau Leeward dan menuju ke tenggara Caribbean pada Selasa (hari ini),” katanya.

maria-steerSehubungan itu, amaran taufan telah dikeluarkan untuk Pulau St. Kitts, Nevis dan Montserrat, manakala pihak berkuasa mengeluarkan ‘nasihat berjaga-jaga’ di Kepulauan Virgin milik Amerika Syarikat dan Britain di mana sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh semasa Taufan Irma melanda.

Sementara itu, amaran ribut tropika pula dikeluarkan untuk Pulau Martinique, Antigua & Barbuda, Saba & St Eustatius dan St. Lucia.

Pulau Barbuda musnah akibat Taufan Irma pada 5 dan 6 September lalu apabila ia tiba di daratan di Rantau Caribbean sebagai taufan Kategori Lima.

NHC berkata, Taufan Maria akan mengakibatkan paras air laut meningkat dan mencetuskan ombak besar apabila ia melewati Gugusan Pulau Leeward.

Ribut itu juga diramalkan membawa hujan lebat di Gugusan Pulau Leeward, Puerto Rico dan Kepulauan Virgin British malam esok.

Keadaan itu berisiko menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh yang boleh mengancam nyawa.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Taufan Irma tinggal Florida kemusnahan, berjuta putus bekalan elektrik

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 12 SEPT: Taufan Irma mulai melemah ketika melintasi Florida Amerika Syarikat (AS) tetapi badai itu masih bertiup kuat, menyebabkan hujan lebat, tornado dan banjir kilat, lapor Agensi Berita Antarabangsa CNN.

Irma pertama kali membadai Florida Keys pada Ahad pagi sebagai Kategori 4 badai, merobek bumbung rumah mudah alih dan memenuhkan jalan raya dengan serpihan.

Sehari kemudian, ia telah melemah menjadi ribut tropika, tetapi masih membawa ribut yang boleh menyebabkan banjir ke Jacksonville.

Taufan Irma juga menumbangkan kren, memusnahkan jalan raya dan mengakibatkan berjuta-juta penduduk terputus bekalan elektrik.

170911130025-30-irma-florida-0911-super-169Enam juta orang diarahkan berpindah dari laluan taufan itu sekali gus antara perpindahan terbesar dalam sejarah AS.

Irma membawa angin selaju 169 kilometer sejam lewat kelmarin semasa menghampiri Fort Myers, bandar yang menjadi destinasi pelancongan utama di barat laut Florida.

Kira-kira empat juta orang terputus bekalan elektrik di seluruh Florida, kata syarikat utiliti, Florida Power and Light yang turut menutup dua reaktor nuklearnya di loji janakuasa Turkey Point.

Taufan Irma juga mengakibatkan paras air laut meningkat sehingga 4.5 meter, cukup untuk menenggelamkan sebuah rumah apabila ia melanda Florida.

Dua buah kren pembinaan gergasi di kota raya Miami tumbang akibat tiupan taufan itu, manakala kawasan pantai di Miami Beach ditenggelami air laut.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Dua pulau di Caribbean rata dibadai Taufan Irma

GLOBAL 12 SEPT: Penduduk di Pulau Saint Martin dan Saint Barts, rantau Caribbean mengenangkan nasib mereka kelmarin ekoran terpaksa membina semula kehidupan selepas tinggal sehelai sepinggang akibat dibadai Taufan Irma.

Ribut gergasi itu mengakibatkan sebahagian besar daripada 80,000 penduduk di dua buah pulau tersebut hilang tempat tinggal dan tiada barangan keperluan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

“Masih ada lagi kehidupan di sini?” soal Michelene Jean-Charles, 23, wanita yang sarat mengandung di St Martin, pulau yang terbahagi kepada wilayah milik Perancis dan Belanda.

Hampir 70 peratus kemudahan di wilayah Belanda yang dikenali sebagai Sint Maarten musnah, kata pihak berkuasa.

Irma Damage1Seramai empat orang disahkan terkorban di Sint Maarten, kata Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Ahad lalu, meningkat berbanding dua orang sebelum ini.

Perancis pula mengesahkan seramai 10 orang maut di wilayahnya, Saint-Martin.

Laporan kematian baharu di Sint Maarten pula menjadikan angka korban Taufan Irma di kepulauan Caribbean meningkat kepada 27 orang.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijadualkan melawat Saint-Martin hari ini untuk menemui mangsa bencana dan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan, kata Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb.

Perancis dan Belanda bertungkus lumus mengagihkan bantuan logistik dan menghantar beratus-ratus anggota polis tambahan untuk menangani jenayah kecurian.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Taufan Irma: 6.3 juta warga Florida diarah pindah

MIAMI 10 SEPT: Bilangan penduduk di Florida yang diarah berpindah menjelang kedatangan Taufan Irma mencecah 6.3 juta, kata pihak berkuasa semalam.

Peningkatan itu bermakna tambahan 700,000 lagi diarah berbuat demikian sejak kelmarin, apabila pegawai kerajaan negeri berkata 5.6 juta diarah berpindah, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pengurusan kecemasan negeri berkata, ia menganggarkan 6.3 juta penduduk Florida diarahkan berpindah.

Negeri itu mempunyai 20.6 juta penduduk, dan dengan ribut Kategori Empat itu dijangka bergerak ke utara Florida, Gabenor Rick Scott, berkata semua orang perlu bersedia berpindah.

 

Florida-Begins-Preparing-For-Hurricane-Irma_1.jpeg.CROP.promo-xlarge2

 

DJUW3mnUEAM037q

=EZY=

Categories
GLOBAL

Taufan Irma: Jutaan rakyat AS larikan diri, bagai dalam filem kemusnahan

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 9 SEPT: Jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) bertindak lari menyelamatkan diri selepas Taufan Irma melanda Florida.

Lebuh raya di Florida mengalami kesesakan teruk kerana jutaan penduduk ingin keluar menyelamatkan diri daripada Taufan Irma, lapor Agensi Berita Antarabangsa CNN.

Keadaan genting itu seperti gambaran filem hollywood mengenai kemusnahan Amerika yang sering dipaparkan dalam filem dihasilkan mereka seperti Deep Impact, The Independence Day dan Armageddon.

Pemindahan besar-besaran dramatik dari South Florida menjadi salah satu pemindahan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, kata pakar meteorologi senior CNN, Dave Hennen.

PindahKawasan Miami-Dade, Broward dan Palm Beach dihuni sekitar enam juta penduduk.

Gabenor Rick Scott memberi amaran kepada para penduduk:

“Apabila angin taufan mula menyerang, tiadak siapa yang dapat menyelamatkan anda.”

Miami bertukar menjadi bandar hantu selepas perpindahan penduduk yang dianggap sebagai perpindahan terbesar dalam sejarah negara itu.

Ia berlaku setelah pakar kaji cuaca menjangkakan Taufan Irma akan melanda Florida Keys dengan kelajuan angin 160 batu sejam.

Senarai penerbangan yang terpaksa dibatalkan di Lapangan Antarabangsa Miami pada Jumaat.

AS sedang bersedia menghadapi bencana itu minggu ini selepas pakar kaji cuaca memberi amaran bahawa Miami sedang berda dalam kedudukan terburuk kerana Taufan Irma masih meneruskan perjalanan dalam laluan kehancuran.

Kira-kira 80 peratus dari kawasan Bahamas terletak hanya tiga kaki di atas air sudah pun dilanda taufan selaju 185 batu sejam dan mengakibatkan 22 orang maut.

 

=EZY=

Categories
GLOBAL

Penduduk AS dan sekitar siap sedia hadapi Taufan Irma selaju 300km/jam

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 6 SEPT: Ketika warga Floridia menyerbu pasar raya membeli keperluan serta air botol dan mengisi pam gas, warga di timur laut Caribbean membuat persiapan minit terakhir sebelum Taufan Irma membadai pulau mereka.

Agensi Berita Antarabangsa CNN melaporkan pada lewat Selasa, Taufan Irma diletakkan pada ketegori 5 apabila menghampiri pulau seperti Antigua dan Barbuda dengan kelajuan angin sehingga hampir 300 kilometer sejam.

Dalam jam 11 pagi Penasihat Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat pberkata mata taufan itu 50 batu dari kedua pulau itu dengan pusat ribut bergerak ke barat-barat laut pada 25 km/jam.

IRMA BADAITrek ramalan laluan Taufan Irma kini berhampiran atau lebih dari Antigua dan Barbuda, St Kitts dan Nevis, dan Anguilla pada awal Rabu, dan British dan US Virgin Islands dan Puerto Rico pada petang Rabu.

Republik Dominican mengeluarkan amaran badai itu pada Selasa malam termasuk bandar-bandar pesisir dari Cabo Engaño ke sempadan utara dengan Haiti.

Ribut kategori empat mengikut skala Saffir Simpson, mampu menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan dan infrastruktur, termasuk menerbangkan atap, memecahkan tingkap dan membunuh manusia.

Kekuatan pada kategori empat merupakan tahap maksimum yang dimiliki oleh Taufan Harvey yang menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada sebahagian Texas dan Louisiana.

DI_X1GDXoAAVdFWDalam perkembangan sama, Puerto Rico telah mengeluarkan perintah darurat dan mengerahkan Pengawal Kebangsaan semalam.

Malahan, mereka juga mengaktifkan pembekuan harga terhadap barangan keperluan seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, penjana kuasa serta bateri bagi membantu persediaan penduduk tempatan.

Sementara itu, Gabenor Florida, Rick Scott di laman Twitter memberitahu, beliau telah berbincang dengan Presiden Donald Trump dan kerajaan AS bersedia menyalurkan bantuan kepada rakyat negeri itu dalam menghadapi taufan Irma.

NHC memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk meramalkan laluan sebenar taufan tersebut dan apa kesannya terhadap AS, tetapi menegaskan beberapa kawasan bakal terjejas menje­lang akhir minggu ini.

DI_WEr9XYAAACIZ

 

DI_hipMWAAAniJO

=EZY=

Categories
GLOBAL

Taufan Irma: Caribbean siap sedia hadapi angin selaju 215km/jam

MIAMI 5 SEPT: Caribbean diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan perintah darurat, menjelang ketibaan taufan Irma membawa angin dengan kelajuan 215 kilometer sejam.

Pusat Taufan Kebangsaan turut mengeluarkan amaran kelajuan angin akibat taufan Irma diramalkan meningkat dalam tempoh 48 jam akan datang, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP/REUTERS.

“Mengikut ramalan, Irma dijangka bergerak menuju ke utara Kepulauan Leeward menjelang malam Selasa dan awal pagi Rabu ini,” kata Pusat Taufan Kebangsaan.

Sebelum ini, Gabenor Florida mengumumkan perintah darurat selepas taufan Irma diletakkan dalam kategori bahaya tahap empat.

IRMA 1Ribut kategori empat mengikut skala Saffir Simpson, mampu menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan dan infrastruktur, termasuk menerbangkan atap, memecahkan tingkap dan membunuh manusia.

Taufan Harvey yang baru-baru ini memusnahkan sebahagian Texas dan Louisiana juga dilaporkan mempunyai kekuatan pada tahap empat.

Sementara itu, di Puerto Rico, Gabenor Ricardo Rossello sudah mengerah pengawal kebangsaan untuk membantu penduduk dan mengarahkan supaya pusat perlindungan yang mampu menempatkan 62,000 mangsa dibuka.

Rossello turut mengumumkan sekolah akan ditutup hari ini.

=EZY=