Categories
GLOBAL

Turki bantah referendum wilayah Kurdistan

ISTANBUL 26 SEPT: Kerajaan Turki akan mengambil segala tindakan yang ada di bawah undang-undang antarabangsa sekiranya referendum kemerdekaan anjuran Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) yang diadakan semalam mencetuskan ancaman kepada keselamatan Turki, kata kementerian luar negara itu.

Dalam satu kenyataan bertulis, kementerian tersebut menyatakan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pungutan suara KRG dan keputusannya akan dianggap tidak sah dan batal.

Kenyataan itu menambah, KRG mengancam keamanan dan kestabilan Iraq serta seluruh rantau Asia Barat, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Dalam satu amaran perjalanan berasingan, kementerian sama turut berkata, pihaknya mengesyorkan warga Turki di wilayah yang dikuasai puak Kurdis Iraq di Dohuk, Erbil dan Sulaymaniyah supaya keluar secepat mungkin.

=EZY=