Categories
SELANGOR

Yayasan Selangor yakin kembali catat surplus pada 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Pengurusan baru Yayasan Selangor yakin mampu mengembalikan zaman kegemilangan yayasan itu apabila projek yang dirancang di atas tanah milik Yayasan Selangor dilancarkan, kata Pengurus Kanannya, Zahura Zakry.

Beliau berkata, melalui Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang sahaja, Yayasan Selangor dianggarkan memperolehi pendapatan sebanyak RM7 juta setahun tidak termasuk pendapatan daripada projek lain.

“Yayasan Selangor jangkakan pendapatan yang akan diperolehi RM600,000 hingga ke RM700,000 sebulan dalam setahun lebih kurang RM7 juta pendapatan dijana hanya melalui bangunan ini sahaja tidak termasuk projek lain lagi.

“Sekiranya projek berjaya bermula tahun ini, tak kiralah mana-mana projek, kami percaya Yayasan Selangor akan mencatatkan surplus, kita kembali ke trek asal dan Yayasan Selangor bangkit semula di mana menjadi azam kami, pada 2018 dan 2019 adalah permulaan untuk Yayasan Selangor kembali ke zaman kegemilangannya,” katanya.

IMG_20170913_115951Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) di Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang di sini, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, pada peringkat ini projek terbabit belum boleh didedahkan sehinggalah cadangan terbabit mendapat kelulusan Ahli Lembaga Penyimpan Amanah pada mesyuarat akan datang.

Ketika mengulas status Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, Zahura memberitahu, pihaknya berjaya menjana pendapatan sebanyak RM178,896 sebulan dan sekaligus mencatatkan tahunan sebanyak RM2.14 juta sementara menantikan projek baru ke atas bangunan itu dilancarkan.

Yayasan Selangor“Selepas 2012 bangunan ini kosong tetapi apabila pengurusan baru ambil alih, kita ambil langkah proaktif untuk menjana pendapatan untuk Yayasan Selangor di mana sementara menunggu projek besar diteruskan, kita pastikan kita ada pendapatan untuk Yayasan Selangor,” katanya.

Zahura berkata pendapatan itu diperolehi daripada sewaan lot kedai di tingkat GF, Lobi A, sewaan ruang pengiklanan led, ruang parkir dan pencawang telekomunikasi.

=EZY=