Categories
GLOBAL

54 maut, 39 hilang banjir besar landa Vietnam

HANOI 13 OKT: Sekurang-kurangnya 54 maut manakala 39 lagi masih hilang dalam banjir besar dan tanah runtuh minggu ini di utara dan tengah Vietnam

Agensi Pencegahan Bencana Vietnam melaporkan, sebelum ini difahamkan wilayah utara Hoa Binh paling teruk terjejas lima lagi lokasi lain.

“Hujan lebat tanpa henti menyebabkan banjir besar dan kejadian tanah runtuh di beberapa tempat.

“Kami menggerakkan semua pasukan keselamatan untuk mencari mangsa hilang, ketika pihak berkuasa bertungkus lumus mencari mangsa hilang,” katanya, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Sebelum ini, agensi berita tempatan melaporkan seramai 19 orang dari empat isi rumah di Hoa Binh maut tertimbus tengah malam kelmarin namun hanya sembilan mayat berjaya ditemui setakat ini.

Sebanyak 317 rumah telah runtuh akibat banjir dan tanah runtuh minggu ini manakala lebih daripada 34,000 rumah lain telah tenggelam atau rosak.

=EZY=