Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Program Shah Alam Tanpa Kenderaan semarak gaya hidup sihat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Program Shah Alam Tanpa Kenderaan yang menghimpunkan penyertaan lebih 1,000 peserta warga bandaraya itu, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pagi ini.

MBSA dalam kenyataannya memaklumkan, penganjurannya bertujuan untuk melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida terhadap alam sekitar.

“Matlamat penganjuran program ini pada masa sama turut memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam bandar rendah karbon menjelang 2030.

“Bagi memastikan keberkesanan program ini kepada warga Shah Alam khususnya, ia telah diadakan pada setiap hari Ahad, minggu kedua pada setiap bulan,” menurut kenyataan itu.

IMG_20171008_082709Menariknya, program pagi ini bertemakan Sambutan Deepavali sempena perayaan warna masyarakat India di negeri ini.

Dalam pada itu, pengisian program antaranya aktiviti riadah berbasikal, acara jalan kaki, larian santai, aktiviti senamrobik, wall climbing, persembahan buskers dan brassband.

Selain itu, turut diadakan pameran kesihatan, pendidikan, agensi pertanian dan agensi luar eco free market.

Terdahulu, majlis perasmian program dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin.

IMG_20171008_082719Dalam pada itu, bagi memudahkan urusan Hari Tanpa Kenderaan 2017, pihak MBSA akan menutup beberapa jalan pada setiap kali program berlangsung.

Jalan-jalan yang ditutup adalah Persiaran Bandaraya Dataran Kemerdekaan, Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

IMG_20171008_082733

 

IMG_20171008_100600

 

IMG_20171008_100626

=EZY=