Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat

 

SHAH ALAM, 11 DIS: Beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 9.00 pagi pada 13 Disember hingga 5.00 petang pada 14 Disember ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat SYABAS, Siti Zubaidah Zakaria berkata, ia berikutan kerja penyambungan jajaran paip dalam pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2, di Jenderam Hilir, Sepang.

“Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut.

“Segala usaha akan diambil menyiapkan kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat.

”Kesabaran dan kerjasama semua pelanggan kami sepanjang pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini amat dihargai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Zubaidah turut meningatkan bahawa SYABAS sedang menuju ke arah ‘Mesra Alam’ dengan memperkenalkan e-bil baharu.

Katanya, daftar dan kemaskini maklumat boleh dibuat di https://update.airselangor.com untuk menerima e-bil bermula Januari 2018.