Categories
SELANGOR

Shah Alam On Wheels di Jalan Kebun hari ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 1 DIS: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) beroperasi di perkarangan Masjid Al-Falah, Kampung Batu 7, Jalan Kebun, Seksyen 30, di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, SAOW beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini juga menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, bayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan Majlis untuk manfaat masyarakat.