Categories
SELANGOR

Contohi MPKj laksana perbandaran sejahtera

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KAJANG, 13 APR: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diangkat sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik yang giat menyediakan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur terbaik.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu perlu menjadi pengukur kepada PBT seluruh negeri untuk menjadikan perbandaran di negeri ini lebih lestari dan membangun.

“Misi dan visi menyediakan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur ke arah kehidupan berkualiti menuntut MPKj untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang, efisyen dan tepat pada waktunya mengikut keutamaan rakyat.

“Kriteria ini harus menjadi kayu ukur kepada PBT lain apatah lagi bagi sebuah bandar yang sedang membangun dan maju dengan begitu pesat.

“Melalui jumlah populasi penduduk kian meningat, peluang pekerjaan tinggi serta aktviti ekonomi dan komersial yang rancak akan menjadikan Kajang sebagai sebuah bandar mampan untuk terus memainkan peranan tranformasi Selangor sebagai Smart State,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, MPKj, di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian Kajang, semalam.

Kini, MPKj mengalami perkembangan pesat pembangunan perbandaran dengan kemudahan jaringan pengangkutan terbaik kepada masyarakat di kawasan itu.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga komited membawa kemajuan negeri selaras peningkatan taraf kehidupan rakyat.

Katanya, adalah penting bagi sesebuah Kerajaan Negeri menunaikan janji dan perkhidmatan tepat pada waktunya.

“Kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini seperti yang berlaku dalam banyak isu leagasi tanah termasuk isu Tanah Revolusi Hijau di Ijok, Isu Tanah Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor oleh Kerajaan Negeri terdahulu.

“Ia adalah satu pengkhianatan kepada aspirasi rakyat,” katanya