Categories
SELANGOR

MPK gesa peniaga bazar Ramadan utama kebersihan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesa peniaga menitikberatkan kebersihan ketika menjalankan aktiviti perniagaan di tapak bazar Ramadan di daerah itu.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, penjagaan kebersihan itu penting bagi mencegah berlakunya kes keracunan makanan.

“Penjagaan kebersihan juga salah satu perkara dituntut Islam.

“Justeru, saya menggalakkan pengunjung bazar Ramadan membawa beg sendiri untuk mengisi juadah yang dibeli sekali gus memelihara alam sekitar.

“MPK bukan sahaja mahu memudahkan pegunjung, tetapi turut sama mahu mewujudkan persekitaran yang sihat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MPK turut merangka pelbagai program meraikan Ramadan antaranya sumbangan, ceramah, pengagihan bubur lambuk serta ziarah.