Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Selangor catat lima kes import

SHAH ALAM, 16 OGOS: Selangor mencatat lima kes baharu Covid-19 dan kesemuanya adalah jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menyaksikan aliran kes kembali meningkat berbanding sifar kes baharu semalam di negeri ini.

ā€œSemua kes adalah jangkitan luar negara. Namun terus amalkan norma baru, mutasi Covid-19 yang lebih merbahaya dikesan di Malaysia,ā€ kata Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitter hari ini.

Lima kes berkenaan membabitkan warganegara dengan dua daripadanya pulang dari India manakala satu kes masing-masing tiba dari Lubnan, United Kingdom dan Jepun.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor ialah 2,149.