Categories
GLOBAL

Nahas udara Colombia, bola sepak dunia berkabung

COLOMBIA 30 NOV: Bola sepak dunia berkabung selepas tragedi pesawat terhempas di pergunungan Colombia yang turut membawa satu pasukan bola sepak dari Brazil dengan mengorbankan 71 orang namun enam terselamat.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, legenda bola sepak Brazil, Pele dan Maradona dari Argentina termasuk bintang semasa, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mengetuai yang lain merakamkan takziah kepada kelab Chapecoense Real, sebuah pasukan sederhana yang sedang mencipta nama namun terjejas akibat nahas berkenaan.

Bangkit baru-baru ini selepas kurang dikenali, pasukan berkenaan sedang dalam penerbangan untuk menyertai aksi final merebut Piala Copa Sudamericana, pertandingan peringkat kelab kedua terbesar di benua Amerika Selatan.

“Kesakitan ini amat terasa. Kita baru saja mahu berjaya, saya tidak katakan kita teratas namun ke arah mencipta nama di peringkat kebangsaan, tragedi seperti ini pula menimpa,” kata naib presiden kelab itu, Ivan Tozzo memberitahu stesen Globo SportTV.

“Ia amat sukar, ia tragedi yang besar buat kami,” katanya.

Pihak berkuasa penerbangan awam Colombia pada awalnya berkata, seramai 75 terbunuh namun selepas itu mengesahkan empat dalam senarai penumpang sebenarnya tidak memasuki pesawat iaitu seorang pegawai kelab bola sepak berkenaan, seorang wartawan, Datuk Bandar kelab berkenaan berasal dan seorang ahli majlis perbandaran.

Presiden Colombia, Juan Manuel Santos menyifatkan nahas berkenaan sebagai ‘tragedi yang menyayat hati’ manakala Presiden Brazil, Michel Temer mengisytiharkan tiga hari tempoh berkabung.

Mereka yang terbunuh termasuk 20 wartawan Brazil yang menyertai penerbangan itu untuk membuat liputan perlawanan final berkenaan.

terhempas1Pesawat sewaan berkenaan yang diterbangkan oleh syarikat Bolovia, LAMIA, berlepas dari Santa Cruz, Bolovia sebelum mengumumkan kecemasan kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.

Ia dilaporkan akibat kerosakan elektrik dan terhempas sebaik menghampiri bandar Medellin, kata pegawai penerbangan.

Pesawat yang sama dilaporkan digunakan dua minggu lalu untuk membawa skuad kebangsaan Argentina dengan Messi berada di dalamnya untuk ke San Juan, bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Kapal terbang Avro RJ85 terhempas di Colombia

COLOMBIA 29 NOV: Kapal terbang membawa 72 penumpang dan sembilan krew antara mangsa kapal terbang terhempas di Colombia.

Pasukan bola sepak Brazil, Chapocoense antara penumpang yang menjadi mangsa selepas pesawat itu terbang dari Lapangan Terbang Bolivian.

Gabenor Medellin Federico Gutierrez berkata berkemungkinan ada mangsa yang hidup namun belum dapat dipastikan.

Colombia’s Civil Aviation Association berkata mangsa yang terselamat dibawa ke pusat perubatan berhampiran.

Dilaporkan seramai enam mangsa terselamat dalam nahas itu setakat ini.

terhempas2

 

terhempas

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL NASIONAL

Tiga masjid California terima ugutan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 NOV: Tiga masjid di California menerima surat beruncur kecaman dengan amaran presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump akan ‘membersihkan’ orang Islam di negara itu.

Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Hussam Ayloush berkata, surat itu mengutuk umat Islam sebagai ‘manusia keji dan kotor’ dan menuntut mereka berkemas dan keluar bandar yang turut diterima masjid lain di San Jose di California serta di Long Beach dan Claremont di Los Angeles.

“Surat misteri itu mencetus kebimbangan dan CAIR meminta polis mengetatkan kawalan di beberapa masjid.

islamaphobia1“Kempen kebencian yang ditujukan ke atas rumah ibadat California mesti disiasat sebagai kelakuan menyerang agama dan pemimpin perlu bersuara menentang ketaksuban anti Islam yang menyebabkan insiden sebegitu,” katanya dipetik Reuters.

Beliau juga mencadangkan tiga masjid tersebut supaya bekerjasama dengan polis tempatan untuk menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Polis San Jose memaklumkan ia telah menghantar anggotanya ke salah sebuah masjid bagi menjalankan siasatan.

Lebih 100 insiden anti Islam dilaporkan sejak kemenangan Trump yang di dalam kempenya mahu mengusir penduduk Islam di negara itu.

Pertubuhan hak asasi Southern Poverty Law Center (SPLC) turut melaporkan 700 serangan kebencian ke atas kumpulan minoriti dikesan, sejak pilihan raya 8 November lalu.

-NFN-

Categories
GLOBAL

Demonstrasi rakyat terbesar di Korea Selatan desak Presiden letak jawatan

KOREA SELATAN 27 NOV: Ratusan ribu rakyat Korea Selatan berdemonstrasi di pusat bandar Seoul bagi menuntut presiden Park Geun Hye meletak jawatan semalam dalam himpunan buat kali kelima berturut-turut.

Pihak penganjur menjangka ia dihadiri lebih 800,000 dan melepasi angka 1.5 juta menjelang waktu malam dengan lebih 25,000 pihak berkuasa berkawal serta tiada laporan keganasan ekoran himpunan itu.

Penunjuk perasaan berarak sehingga 200 meter setelah mahkamah Seoul membenarkannya.

Pejabat Park dikelilingi oleh rangkaian penunjuk perasaan di sepanjang sekatan bas polis yang diletakkan untuk mengelakkan percubaan memasuki pejabat presiden.

Pertubuhan yang mendesak Park Geun Hye terdiri daripada kira-kira 1,500 kumpulan sivil, mengadakan acara awal selama tiga jam sebelum perarakan ke Blue House.

Perhimpunan nyalaan lilin berlangsung pada jam 6 petang dan perarakan kedua akan diadakan selepas lampu dipadam selama satu minit dari pukul 8 malam.

Penunjuk perasaan di jalan sepatutnya memadamkan lilin sementara mereka yang menonton demonstrasi itu di televisyen akan memadamkan lampu pejabat dan rumah bagi menunjukkan sokongan secara tidak lansung dalam perarakan itu.

Pada perhimpunan 12 November, sekitar 1.3 juta berarak di ibu kota itu melepasi demonstrasi Jun 1987 yang menarik kira-kira sejuta penunjuk perasaan.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Fidel Castro meninggal dunia pada usia 90 tahun

CUBA 26 NOV: Bekas Pemimpin Revolusi dan Presiden Cuba, Fidel Alejandro Castro Ruz meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun.

Pada 31 Julai 2006, Castro menugaskan adiknya Raúl Castro sebagai Presiden Majlis Negara, Presiden Jemaah Menteri, Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba dan jawatan panglima besar angkatan tentera.

Pemangkuan sementara ini dilakukan sementara Fidel pulih daripada pembedahan akibat “masalah usus akut dengan pendarahan berterusan”.

Pada 19 Februari 2008, Fidel Castro mengumumkan meletak jawatan sebagai Presiden Cuba dan Panglima Angkatan Bersenjata Cuba.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan Cuba (Parlimen) setuju melantik adiknya Raúl Castro yang lima tahun lebih muda menggantikan beliau secara tetap.

Pada 19 April 2011, Castro meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba,dan dengan itu turun sebagai pemimpin parti tersebut. Raúl Castro dipilih menggantikan beliau.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

160,000 penduduk Rohingya putus bantuan makanan & perubatan

SHAH ALAM 23 NOV: Kira-kira 160,000 penduduk Rohingya yang sepatutnya menerima bantuan makanan serta perubatan terputus bekalan berkenaan sejak 44 hari lalu.

Portal berita The Time melaporkan situasi getir itu sekali gus menambah lagi penderitaan ketika mereka berdepan operasi pembunuhan besar-besaran oleh tentera Myanmar.

Jurucakap Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan di Myanmar, Pierre Peron berkata, disebabkan itu, lebih 3,000 kanak-kanak berusia kurang lima tahun gagal menerima rawatan kerana kekurangan zat makanan, menyebabkan 50 peratus daripadanya berdepan risiko meninggal dunia.

“Bantuan kesihatan kepada 24,000 penduduk turut terjejas.

“Keadaan itu sangat membimbangkan mengambil kira kadar kematian bayi dan ibu mengandung yang empat kali lebih tinggi di Maungdaw berbanding di seluruh Myanmar,” katanya.

Seramai 30,000 penduduk Rohingya hilang tempat tinggal sejak ketegangan terbaharu tercetus bulan lalu.

Sehingga kini, sejumlah 30,000 etnik minoriti tersebut ditempatkan di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau bersama rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib umat Islam di Rohingya Myanmar menggesa pasukan bola sepak yang mewakili negara ini menarik diri dari menyertai Piala AFF di Myanmar.

Katanya, ini sebagai membantah kekejaman dan kezaliman sangat dahsyat dilakukan kerajaan Myanmar terhadap penduduk Rohingya apabila wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan segala jenayah kemanusiaan lain dilakukan atas kuasa pemerintah Myanmar.

“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Lebih daripada itu, ia merupakan kezaliman teramat ke atas satu etnik manusia dan mereka itu beragama Islam. Ketegasan kerajaan dalam hal ini amat diharapkan,” katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, mendesak Kerajaan Malaysia untuk membawa suara majoriti umat Islam di Malaysia ke OIC, PBB dan Asean agar etnik Rohingya diberikan pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Kerajaan Malaysia juga perlu mendesak OIC, PBB dan Asean untuk menyekat dan memberi tekanan ekonomi selagi Myanmar tidak memberhentikan serangan dan penindasan.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Tsunami 1.4 meter landa pantai Jepun gempa 7.4 magnitud

TOKYO 22 NOV: Tsunami berukuran satu meter (3 kaki) melanda pesisir pantai Jepun dekat loji nuklear Fukushima hari ini susulan gempa bumi, kata pengendali Tokyo Electric Power (TEPCO).

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan gelombang tsunami itu membadai pada jam 6.38 pagi (waktu tempatan).

Terdahulu gempa bumi dengan kekuatan 7.4 magnitud melanda rantau itu dengan kekuatan gegaran dirasai sehingga Tokyo.

Bagaimanapun seorang jurucakap TEPCO memberitahu AFP bahawa tiada laporan berhubung sebarang masalah di loji berkenaan akibat gelombang itu.

Agensi berita Japan Times.com melaporkan tsunami setinggi 1.5 meter membadai pesisir pantai Sendai.

Orang ramai dipesisir pantai terjejas diarahkan pergi ke tempat lebih selamat ekoran amaran dikeluarkan agensi berkaitan ramalan tsunami setinggi tiga meter bakal berlaku.

proxy-33

EZY

Categories
GLOBAL

OIC: Hentikan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya

SHAH ALAM 16 NOV: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan kejam tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya dan menyeru agar tindakan antarabangsa diambil bagi menamatkan perbuatan zalim itu.

Duta Khas OIC bagi Myanmar Tan Sri Syed Hamid Syed Albar dalam kenyataan hari ini, berkata keganasan itu diburukkan lagi apabila tentera Myanmar mendera secara beramai-ramai kaum Rohingya di Rakhine, sebuah negeri di utara Myanmar.

Sambil menyifatkannya sebagai pencabulan hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya dan penghinaan yang tidak boleh diterima terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, beliau berkata kekejaman itu merupakan perbuatan menghapuskan etnik secara zalim dan sistematik.

“Penggunaan kuasa dengan cara tidak sewajarnya terhadap masyarakat itu, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, tidak langsung mempunyai justifikasi dan tidak boleh diterima sama sekali atas apa alasan sekali pun,” katanya.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya terus membisu ketika kaum Rohingya berada di jurang penghapusan.

“Berbuat demikian bermakna kita gagal dalam menunaikan tugas kita untuk menjunjung prinsip keadilan dan tanggungjawab memberi perlindungan bagi memelihara keamanan dan keselamatan global,” kata bekas Menteri Luar Malaysia itu.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu segera bertindak untuk menamatkan segala tindakan tidak berhati perut dan menyeru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN khususnya, supaya mengambil langkah sewajarnya, sejajar dengan peruntukan termaktub dalam Piagam PBB bagi melindungi dan menghormati hak semua manusia dalam menikmati keamanan dan keselamatan.

Menurut laporan media, tentera Myanmar melancarkan serangan dengan helikopter terhadap perkampungan masyarakat Rohingya di Rakhine pada Sabtu, mengakibatkan lapan orang maut, termasuk dua tentera.

Laporan itu juga menyebut, tentera turut menembak mati sekurang-kurangnya 25 orang di kampung berkenaan pada Ahad.

BERNAMA

Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat gegar New Zealand 7.4 magnitud, amaran tsunami dikeluarkan

NEW ZEALAND 13 NOV: Gempa bumi kuat menggegar Christchurch kawasan yang musnah pada lima tahun lalu dengan kekuatan 7.4 skala richter menurut USGS.

Jabatan Meterologi Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan gempa bumi itu berlaku di kedudukan latitud 42.8 Selatan dan longitud 173.2 Timur, dengan magnitud 7.5 dan kedalaman 10 km, di South Island, New Zealand.

Ia terletak 92km Timur Laut Christchurch, New Zealand.

Menurut agensi berita New Zealand Herald, gegaran dirasai sejauh bandar Dunedin dan Wellington.

Pasukan pertahanan awam New Zealand mengeluarkan amaran tsunami kepada kawasan pantai yang terjejas.

Gempa itu pada kedudukan 7589km Tenggara Semporna, Sabah.

gempa-naz

EZY

Categories
GLOBAL

Lebih sejuta rakyat Korea Selatan desak Presiden letak jawatan

KOREA SELATAN 13 NOV: Lebih sejuta rakyat Korea Selatan turun ke jalan raya semalam meningkatkan tekanan terhadap Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye supaya meletak jawatan.

Agensi berita antararabangsa AFP melaporkan demontrasi terbesar itu setakat ini menyaksikan warga Korea daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar sekolah menengah, agamawan, buruh dan petani, pesara dan pasangan baru berkahwin membanjiri Seoul dengan laungan mendesak Park supaya berundur.

Polis menganggarkan 260,000 turun berdemo, manakala penganjur berkata sejuta orang tampil menyertai tunjuk perasaan minggu ketiga membantah skandal korupsi yang membelit Geun-Hye.

Polis mengerahkan 25,000 anggota, sebahagian besar dilengkapi kelengkapan anti-rusuhan, sementara bas dan lori polis menghalang semua laluan masuk menuju Rumah Biru – kediaman rasmi presiden.

Di waktu malam, penunjuk perasaan yang berarak di lebuh Gwanghwamun kelihatan seperti arus nyalaan lilin. Mereka berarak sambil mengusung keranda khusus untuk Park Geun-Hye.

Skandal yang membelit Geun-Hye sejak tiga minggu lalu berligar sekitar kawan rapatnya, Choi Soon-Sil yang ditahan atas dakwaan salahguna kuasa dan penipuan.

Pendakwaraya sedang menyiasat Soon-Sil yang didakwa menggunakan hubungannya dengan presiden untuk mengutip derma daripada syarikat-syarikat besar untuk yayasan yang ditubuhkan untuk kepentingan peribadi.

Soon-Sil juga dituduh mencampuri urusan kerajaan, walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

EZY

Categories
GLOBAL

Bantahan besar-besaran anti Trump Presiden AS berterusan

NEW YORK 13 NOV: Sambil melaungkan “Bukan presiden saya” dan “cinta mengatasi benci”, ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di bandar raya seluruh Amerika Syarikat bagi membantah Presiden Donald Trump yang disifatkan mereka mengancam kebebasan sivil dan hak asasi manusia.

Agensi berita antarabangsa REUTERS melaporkan perhimpunan terbesar diadakan di New York, Los Angeles dan Chicago, menyaksikan penganjur berkata mereka mahu membina momentum selepas beberapa malam mengadakan tunjuk perasaan berpunca daripada kemenangan tidak dijangka hartawan hartanah itu pada pilihan raya presiden Selasa lalu.

Di New York, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak secara aman ke Fifth Avenue melalui kedai-kedai terkemuka, sesetengah sudah menaikkan perhiasan Krismas, sebelum memenuhi jalan raya di kaki lima Menara Trump, kediaman presiden itu.

“Kami takut negara ini sudah memilih individu yang prejudis terhadap wanita, bersifat perkauman yang tidak layak langsung, berdasarkan landasan kebencian,” kata pesara bank dari New York, Florin-McBride, 62, yang memegang sepanduk “Tiada Fasis di Amerika”.

Tunjuk perasaan turut diadakan di Chicago dan Los Angeles di mana ribuan penunjuk perasaan berkumpul di bawah pokok palma di Taman MacArthur memegang sepanduk termasuk “Dump Trum” dan “Minorities Matter” sebelum berarak ke pusat bandar.

Sebahagian penunjuk perasaan mengibarkan bendera Amerika, Mexico dan yang berwarna-warni. Pendatang dari Afrika Selatan, Evelyne Werzola, 46, berkata dia sudah melihat apa yang polis boleh lakukan.

“Saya melihat penduduk ditindas. Ini seolah-olah mimpi ngeri Amerika bagi saya. “Saya berjuang untuk memastikan pendirian Amerika selama ini terus hidup,” katanya.

EZY

Categories
GLOBAL

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Jepun

TOKYO 12 NOV: Gempa bumi kuat 6.2 magnitud melanda perairan pantai Jepun di 65 kilometer di timur laut Bandaraya Sendai, jam 6.43 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi Jepun berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula berkata, tiada kemungkinan ancaman ombak besar pasifik yang menghasilkan tsunami berlaku.

EZY