Categories
GLOBAL

Trump menang Presiden Amerika Syarikat, saham Asia berkecamuk

WASHINGTON 9 NOV: Calon Parti Republikan, Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS selepas melepasi 270 undi elektoral.

Mengikut kedudukan semasa laporan laman web USA Today, calon Republikan itu kini selesa dengan 276 undi peringkat negeri manakala calon Demokrat, Hillary Clinton kekal dengan 218 undi.

Sementara itu, saham Hong Kong merekodkan kejatuhan terburuknya dalam tempoh sembilan bulan hari ini apabila susut hampir tiga peratus selepas pelabur di seluruh Asia melakukan jualan panik.

Indeks Hang Seng susut 2.8 peratus kepada 22,262.74 mata pada akhir sesi pagi, paras terendah dalam tempoh tiga bulan.

Indeks Hong Kong China Enterprises susut 3.9 peratus kepada 9,288.20, jatuh lebih lima peratus.

Mencerminkan peningkatan kebimbangan pelabur, HSI Volatility Index iaitu ukuran tekanan pasaran, melonjak ke paras tertinggi baharu iaitu 26, tertinggi sejak undian Brexit pada Jun.

Walaupun impak langsung pilihan raya AS ke atas China terhad, namun keputusan itu akan memberi “kesan sentimental kepada seluruh pasaran kewangan, jadi strategi yang sekarang adalah ‘menjauhi risiko’.”

EZY

Categories
GLOBAL

Harga minyak dunia jatuh ketara pagi ini

NEW YORK 1 NOVEMBER: Harga minyak mentah jatuh ketara pagi ini mencecah paras terendah satu bulan disebabkan kebimbangan berhubung kemampuan OPEC dalam melaksanakan rancangan pengurangan pengeluaran, manakala harga saham global pula kurang stabil berikutan sentimen semasa.

Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan harga minyak mentah jatuh lebih tiga peratus disebabkan keraguan berhubungan keupayaan pelaksanaan cadangan pengurangan pengeluaran OPEC.

OPEC yang dijangka menunjukkan rekod pengeluaran tertinggi pada Oktober, turut mempengaruhi pasaran.

“Pasaran menjadi sedikit tidak bermaya,” kata Kyle Cooper, penganalisis di ION Energy di Houston.

“Melainkan OPEC dapat meyakinkan ahlinya dan pemain minyak dan gas lain dalam menyertai usaha pengurangan pengeluaran, pasaran akan menjadi skeptikal.

” Brent jatuh AS$1.41, atau 2.84 peratus pagi ini, pada AS$48.30 satu tong, manakala minyak mentah AS pula susut AS$1.84, atau 3.78 peratus, pada AS$46.86. Harga minyak yang lebih rendah mempengaruhi saham berkaitan tenaga di Wall Street dan bursa saham Eropah.

EZY

Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat gegar Itali 7.1 skala richter

ITALI 30 OKT: Satu gempa bumi kuat menggegar tengah Itali selepas tiga hari dua gempa bumi menggegar negara itu.

Agensi USGS melaporkan gegaran itu pada kekuatan 7.1 skala richter.

Gegaran itu turut dirasai sehingga ke Croatia, Slovenia dan Bosnia-Herzegovina.

cv_3-cnumaaepfz

 

Categories
GLOBAL

Pesawat Boeing 767 American Airlines terbakar, 20 cedera

CHICAGO 29 OKT: Kira-kira 20 penumpang cedera apabila pesawat Boeing 767 American Airlines ke Miami terbakar ketika cuba berlepas dari lapangan terbang O’Hare di Chicago.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan kebakaran berlaku di atas pesawat 383, dengan 161 penumpang dan sembilan anak kapal, ketika ia berada di atas landasan di salah satu lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

“Kami memindahkan kira-kira 20 pesakit yang mengalami kecederaan ringan ke beberapa hospital,” kata jurucakap Jabatan Bomba Chicago, Juan Hernandez.

Beliau menggambarkan kecederaan sebagai lebam dan kecederaan di buku lali yang berlaku ketika penumpang keluar menerusi gelungsur kecemasan.

“Kami mengambil berat mengenai pelanggan dan kru dan menempatkan semula penumpang dalam penerbangan lain ke Miami petang ini,” kata American Airlines dalam kenyataan.

cv5qkugvuaati86Punca kejadian masih belum diketahui, dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan syarikat penerbangan memberikan maklumat bercanggah.

FAA berkata, tayar pesawat pecah tetapi jurucakapnya, Tony Molinaro, berkata ia adalah maklumat awal dan berdasarkan laporan juruterbang.

Dalam kenyataan berasingan, American Airlines menyalahkan isu berkaitan enjin sebagai punca kejadian. Pegawai Jabatan Bomba Chicago, Timothy Sampey, berkata salah satu enjin pesawat itu terbakar.

EZY

Categories
GLOBAL

Leonardo DiCaprio sedia bekerjasama kes 1MDB, pulangkan sumbangan

SHAH ALAM 19 OKT: Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan sebuah yayasan diterajui bintang Hollywood Leonardo DiCaprio berkata ia sedia memulangkan balik sumbangan dan hadiah kepadanya sekiranya ia didapati berasal daripada skandal 1MDB.

DiCaprio berkata beliau sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyiasat sama ada wang tersebut datang dari sumber boleh dipersoalkan, menurut kenyataan itu.

Julai lalu, saman sivil di AS oleh Jabatan Kehakiman menuduh sebuah syarikat penerbitan Hollywood menggunakan AS$100 juta daripada dana 1MDB bagi membiayai filem dibintangi DiCaprio, “The Wolf of Wall Street”.

Kenyataan wakil DiCaprio berkata beliau mendapat tahu mengenai siasatan itu menerusi media.

“Beliau serta merta mengarahkan wakilnya menghubungi Jabatan Kehakiman bagi menentukan sama ada beliau atau yayasannya, Yayasan Leonardo DiCaprio (LDF), pernah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan kebajikan secara langsung atau tidak yang berkait dengan pihak yang dinamakan.

US actor Leonardo DiCaprio looks on prior to speaking on stage during the Paris premiere of the documentary film "Before the Flood" on October 17, 2016 at the Theatre du Chatelet in Paris. US actor Leonardo DiCaprio has issued an impassioned call for immediate action on climate change in "Before the Flood", a documentary film making its premiere in Paris on October 17. DiCaprio takes viewers around the world to meet experts and politicians in order to reveal the scale of the problem, its effects and the paths towards solutions. / AFP / POOL / CHRISTOPHE ARCHAMBAULT (Photo credit should read CHRISTOPHE ARCHAMBAULT/AFP/Getty Images)
(Photo credit should read CHRISTOPHE ARCHAMBAULT/AFP/Getty Images)

“Dan sekiranya ada, akan mengembalikan hadiah atau sumbangan itu secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Syarikat Red Granite Pictures sebelum ini berkata setahunya tidak ada wang yang diterimanya secara tidak sah.

LDF yang ditubuhkan pada 1998 menyokong pelbagai usaha berkait alam sekitar.

Pada Ogos, Hollywood Reporter melaporkan yayasan tersebut menerima dana AS$2 juta tunai dan sumbangan lain daripada salah seorang rakyat Malaysia yang dinamakan dalam saman DoJ dan terlibat dalam penubuhan 1MDB.

DiCaprio, memenangi Oscar pada 2016 selepas penglibatannya dalam filem “The Revenant”, juga merupakan “duta keamanan” Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tetapi kini menerima tekanan daripada beberapa aktivis alam sekitar berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.

Jurucakap DiCaprio berkata pelakon itu memilih tidak bercakap mengenai perkara itu bagi menghormati siasatan yang masih berjalan yang ada kaitan dengan “badan kebajikan, hospital dan individu yang mungkin tidak secara sedar menerima dana yang dipersoalkan”.

Sementara itu berikut berita dilaporkan Wall Street Journal berkenaan perkara itu. VIDEO

it’s all … legal rights and not to make more money when you … talk about dirty money … Leonardo DiCaprio they’ll know Wolf of Wall Street finance … that called for a Lincoln government find one and DB … at the U S federal investigators Latino …

and representatives of the Hollywood actor came out publicly Tuesday … to pay DiCaprio has been Kwap reading since July as soon as the allegations surface …

DiCaprio is entangled primarily because of his personal and professional relationships … with Malaysian finance Here gelato … and worries that the stepson of Malaysian Prime Minister Najib read the baby is head of red granite pictures and came up with the over one hundred million dollars …

needed to get DiCaprio then director Martin Scorsese’s film made … money global investigators now believe was diverted from one end DB well and is the isthe also gave DiCaprio would be six hundred thousand dollars birthday get … Marlon Brando as nineteen fifty five best actor Oscar statuette on the waterfront …

and then partied with DiCaprio and several lavish parties around the world … low when Donna million dollar gambling spree in Vegas with DiCaprio … bought a house very close to the actors Los Angeles home …

and allegedly used over one million dollars of the devil funds to buy art from a charity sale the After hosted at Christie’s …

the Justice Department is now in the process of feeding luxury real estate artwork and other assets … purchased allegedly stolen funds from one end he beat … buy a house of characters including love … and has issued subpoenas to several red granite employee is … an debate and accounting firm that uses … the comments from DiCaprio scams …

come after a rain forest charities Switzerland’s Bruno Mansur fund … called on the actor to explain his ties to the alleged fraud … or step down from his UN position as Messenger of peace for climate change … DiCaprio the spokesman said the actor is … actively seeking to determine whether either a charitable foundation …

had received any get Sir charitable donations directly … or indirectly related to the party and if so to return those gifts or donations as soon as possible … saying he continues to be entirely supportive of all efforts to ensure justice is done in this matter …

and is grateful for the lead and instruction of the government on how to accomplish this … as these and red granite deny any wrongdoing Malaysian Prime Minister also denies wrongdoing and has been cleared of any crime by the Malaysian attorney general …

low has not commented on the allegations … source that DiCaprio says the actor and well are no longer in contact …

EZY

Categories
GLOBAL

Gempa bumi 6.5 skala gegar Laut Jawa

INDONESIA 19 OKT: Satu gempa bumi kuat berlaku jam 8.25 pagi di latitud 5.31 Selatan longitud 107.99 Timur dengan magnitud 6.5 dan kedalaman 644km ,di Laut Jawa, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan ia berada di kedudukan 149 km Timur laut Bekasi, Indonesia. 750 km barat daya Tebedu, Sarawak.

Menurut laporan Tempo.com menyatakan Kepala Pusat Data, Informasi, dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho, berkata tidak ada korban luka ataupun korban meninggal akibat gempa tersebut.

gempa-2“Sampai saat ini, tidak ada korban,” katanya ketika dihubungi Tempo.com

Menurut data dari BNPB, gempa tersebut tidak berpotensi menimbulkan tsunami. Namun, gempa itu terasa di beberapa wilayah Jawa Barat.

Beberapa daerah yang turut merasakan gegaran akibat gempa itu adalah Cikarang, Indramayu, Cirebon, Cianjur, dan lain sebagainya.

EZY

Categories
GLOBAL

Tokyo hadapi gangguan elektrik 350,000 pengguna terjejas

TOKYO 12 OKT: Gangguan bekalan elektrik berlaku di Tokyo dengan 350,000 pengguna terkesan dengan kejadian itu.

Agensi berita Jepun NHK melaporkan berlaku kebakaran di salah satu loji elektrik di bandar Niiza berhampiran Tokyo.

Pihak utiliti, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menyiasat punca kejadian itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Gangguan elektrik itu juga menyebabkan perkhidmatan keretapi tergendala manakala operasi pejabat kerajaan di tengah Tokyo turut terkesan.

cuji65mwcaa8iiu

 

cujq_5pw8ayzs0g

EZY

Categories
GLOBAL

Skandal 1MDB: 2 bekas pegawai kanan BSI didakwa di Singapura

SINGAPURA 11 OKT: Polis Singapura mendakwa dua bekas pegawai kanan BSI, ketika siasatan berterusan yang membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland di republik itu, Mei lalu.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan Yak Yew Chee ialah naib presiden kanan di BSI Singapura dan mengendalikan hubungan bank itu dengan 1MDB yang dilanda masalah, didakwa melakukan pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan.

Jabatan Hal Ehwal Komersial polis Singapura memfailkan dakwaan sama terhadap Yvonne Seah, bekas pengarah BSI.

1MDB-1024x731Mei lalu, bank pusat Singapura merujuk enam kakitangan dan pegawai kanan pengurusan BSI, termasuk Yak dan Seah kepada pendakwa raya untuk menilai jika mereka melakukan kesalahan.

Mei lalu, bank pusat Singapura mengarahkan penutupan operasi BSI di bandar raya itu, manakala Switzerland pula memulakan prosiding jenayah terhadap bank swasta itu.

Ia adalah antara tindakan keras antarabangsa yang terbesar dilakukan terhadap entiti kewangan yang berurusan dengan 1MDB.

EZY

Categories
GLOBAL

140 terbunuh serangan udara pada majlis pengebumian di Yaman

NEW YORK 9 OKT: Angka terkini korban serangan udara yang menyasarkan sebuah majlis pengebumian di Sanaa, Yaman semalam meningkat kepada lebih 140 orang manakala lebih 525 lagi cedera, lapor pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Agensi berita antarabangsa AFP berkata, menurut PBB pemberontak Houthi menyalahkan pakatan diketuai Arab Saudi ke atas serangan kejam itu.

Penyelaras Kemanusiaan PBB Yaman, Jamie McGoldrick, berkata petugas bantuan amat terkejut dan kesal dengan serangan yang menyasarkan sebuah dewan komuniti di ibu kota Sanaa ketika mereka yang berkabung berkumpul.

“Laporan awal pegawai perubatan di Sanaa memberitahu bahawa lebih 140 terkorban manakala lebih 525 lagi cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu pegawai bantuan PBB menyeru siasatan segera dijalankan dan berkata komuniti antarabangsa perlu meletakkan lebih tekanan bagi memastikan keselamatan orang awam dilindungi.

EZY

Categories
GLOBAL

Taufan Matthew: 842 terkorban, puluhan ribu hilang tempat tinggal di Haiti

PORT-AU-PRINCE 8 OKT: Taufan Matthew yang membadai Haiti awal minggu ini meragut sekurang-kurangnya 842 nyawa pada Jumaat dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal.

Agensi berita antarabangsa Reuter dan AP melaporkan selepas membadai Haiti, taufan itu bergerak ke Florida pada Jumaat dan kini menuju ke pantai Atlantik Amerika Syarikat.

Matthew, taufan paling kuat menjejaskan Amerika sejak Superstorm Sandy melanda timur laut negara itu empat tahun lalu, menyebabkan pemindahan besar-besaran sepanjang pantai Florida menerusi Georgia hingga ke Carolina Selatan dan Carolina Utara.

Presiden Barack Obama menggesa rakyat tidak leka dan mematuhi arahan keselamatan ketika berhadapan ribut berkenaan, yang paling teruk membadai timur laut Florida dalam masa lebih 100 tahun.

“Saya cuma mahu menekankan kepada semua orang ia masih taufan yang bahaya, kemungkinan kekuatannya bertambah, kehilangan nyawa dan kerosakan teruk pada harta akan berlaku,” katanya kepada wartawan selepas taklimat dengan pegawai pengurusan kecemasan.

Matthew membadai semenanjung barat Haiti pada Selasa dengan kelajuan angin 233 kilometer sejam dan membawa bersamanya hujan lebat.

Kira-kira 61,500 penduduk berada di pusat perlindungan, kata pegawai, selepas ribut itu membawa ombak besar memusnahkan perkampungan pesisir pantai, sebahagiannya baru dapat dihubungi.

Destroyed houses are seen after Hurricane Matthew hit Jeremie, Haiti, October 6, 2016. REUTERS/Carlos Garcia Rawlins     TPX IMAGES OF THE DAY      - RTSR4LP
Destroyed houses are seen after Hurricane Matthew hit Jeremie, Haiti, October 6, 2016. REUTERS/Carlos Garcia Rawlins TPX IMAGES OF THE DAY – RTSR4LP

Dengan talian telefon bimbit tidak berfungsi dan jalan raya dinaiki air, bantuan lambat tiba di kawasan paling teruk terjejas di Haiti.

Sementara di New York, Matthew menyebabkan 4,500 penerbangan dibatalkan setakat antara Rabu dan Ahad, menurut perkhidmatan FligtAware.

Semua penerbangan ke dan dari Orlando dibatalkan pada Jumaat dan separuh lagi pada Sabtu.

FlightAware menjangkakan ia akan meningkat. Taman tema terkenal dunia di Orlando seperti Walt Disney World, Universal Studios dan SeaWorld, turut ditutup berikutan ribut berkenaan.

EZY

Categories
GLOBAL

Kapal Zaytouna semakin hampir ke Pantai Gaza

SHAH ALAM 5 OKT: Kapal Zaytouna membawa 13 wanita dari 12 buah negara sudah melepasi garisan 80 batu nautika ke arah Pantai Gaza pada jam 12.20 waktu tempatan (UC+3).

Facebook Rose2Rose melaporkan Zaytouna sudah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel pada jam 11.40 waktu tempatan.

Ketika tragedi Mavi Marmara, tentera Israel menyerang kapal pada kedudukan 70 batu nautika.

Butiran perbualan team Crisis Centre (CC) bersama Dr Fauziah Mohd Hasan menyatakan
maklumat dari AlJazeera Arabic rakyat di Gaza terutama wanita dan kanak-kanak sedang menunggu mereka di Pantai Gaza.

14462921_1126798994024431_5445955268211842450_nWakil AlJazeera di Jerusalem memaklumkan bahawa tentera Israel tidak akan menggunakan kekerasan jika menangkap ahli misi WBG. Setakat ini tidak kelihatan kapal Israel.

Kapal Zaytouna mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza kerana Zaytouna percaya rakyat Gaza berhak menikmati kebebasan dan keadilan seperti mana manusia lain.

EZY

Categories
GLOBAL

Pound merudum paras terendah 31 tahun

NEW YORK 5 OKT: Pound British merudum ke paras terendah 31 tahun berbanding dolar AS disebabkan kebimbangan berhubung pemisahan Britain dari Kesatuan Eropah (EU), selain faktor pengukuhan dolar AS susulan data ekonomi negara itu yang lebih baik daripada jangkaan.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan Pound mencecah paras terendah sejak pertengahan 1985, disebabkan kebimbangan pemisahan Britain daripada EU akan menjurus kepada pelaksanaan pemisahan secara drastik sekali gus memberi kesan besar kepada ekonomi.

Langkah itu dijangka mengehadkan keupayaan London untuk kekal sebagai hab kewangan global.

Pound jatuh 0.9 peratus kepada AS$1.2722, selepas mencecah AS$1.2715, dan berada pada paras terendah tiga tahun berbanding euro pada 88.02 pence.

“Setiap apa yang didengar dari UK adalah tidak positif bagi mata wang,” kata Paresh Upadhyaya, pengarah strategi kewangan di Pioneer Investments di Boston.

EZY