Anwar Menteri Kewangan terbaik Asia 1996, Najib terburuk 2015


Ucapan Nurul Izzah Anwar pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 9 Feb 2016

Kongres PKR : Ucapan Setiausaha Agung

Ucapan Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli pada perasmian Kongres Nasional Tahunan ke-11, 2015

Categories
SELANGOR

MB: 2015 tahun politik matang, lebih bertanggungjawab

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JAN: Sempena tahun baru 2015, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyeru semua kepimpinan mengamalkan politik lebih matang dan bertanggungjawab.

Dalam perutusannya, beliau berkata, wacana baru itu penting memandangkan tahun 2015 dijangkakan Malaysia akan bergelut dengan cabaran ekonomi yang getir.

Katanya, kesulitan ekonomi sering menimbulkan rasa tidak selamat golongan tertentu, konflik sosial dan ketegangan politik.

“Anasir pelampau, golongan fasis dan opportunis akan mengeksploitasi suasana ini dengan menampilkan diri mereka sebagai juara kumpulan dan kaum.

azmin“Persoalan dan cabarannya adalah kepada elit kepimpinan sama ada mereka bersedia meninggalkan politik sempit perkauman, politik adu domba untuk mendapat sokongan sementara dan mendiskriminasi rakyat berdasarkan fahaman politik.

“Rakyat tidak mahu sikap tuding menuding, sebaliknya mereka mahu pemimpin membina keyakinan untuk menyegarkan kembali semangat toleransi, keluar dari pemikiran sempit melalui pencerahan dan mematangkan demokrasi,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun yang benar-benar menguji negara dengan pelbagai tragedi dan malapetaka yang datang bertubi-tubi.

Bagaimanapun, katanya, rakyat Malaysia berjaya membina tali persaudaraan kemanusiaan yang merentasi kaum, agama dan pendirian politik dalam menghadapi masa hitam bersama.

MB AzminTidak ketinggalan, Mohamed Azmin turut memberi ucapan penghargaan sempena 100 hari pentadbirannya sebagai Dato’ Menteri Besar.

“Kepada rakyat Selangor, anggota perkhidmatan awam, ketua kampung, pemimpin masyarakat dan Lembaga Swadaya Masyarakat, saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dukungan tuan-tuan dan puan-puan sekalian,” katanya.

-NFN-