Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Kakitangan, banduan Penjara Sungai Buloh jalani saringan

SHAH ALAM, 1 JUN: Saringan sedang dijalankan terhadap kira-kira 700 kakitangan termasuk 800 banduan di Penjara Sungai Buloh berikutan seorang bekas banduan bukan warganegara dikesan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata banduan terbabit yang dikenakan hukuman di penjara itu sejak 2016 sudah dibebaskan pada 13 Mac lalu sebelum dijangkiti wabak berkenaan.

“Banduan tersebut sudah dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih. Kita akan melihat dan menyaring kontak rapat yang terdedah dengan banduan itu.

“Malah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak menjalankan saringan ke atas kakitangan dan 800 tahanan di penjara itu,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan berhubung kes seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang didapati positif Covid-19.

Anwar Menteri Kewangan terbaik Asia 1996, Najib terburuk 2015


Ucapan Nurul Izzah Anwar pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 9 Feb 2016

3,000 hadir solidariti Himpunan Bebas Anwar

Hampir 3,000 hadirin memenuhi ruang tapak himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Pintu Penjara Sungai Buloh.