Categories
NASIONAL

Anwar kekal calon Perdana Menteri

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 27 DIS: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak wujud istilah ‘tidak’ untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika dalam Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sebaliknya beliau membayangkan parti itu terus optimis dengan pendirian mereka sebelum ini hanya bekas ketua pembangkang yang layak menggantikan tempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apa maksud awak dengan tidak? Jangan sekali kata tidak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 14 Disember lalu menolak permohonan semakan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes fitnah liwat 2 dihadapinya.

Keputusan itu menyaksikan Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara yang masih berbaki 16 bulan di Penjara Sungai Buloh.

=EZY=

Anwar Menteri Kewangan terbaik Asia 1996, Najib terburuk 2015


Ucapan Nurul Izzah Anwar pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 9 Feb 2016