Kongres PKR : Ucapan Setiausaha Agung

Ucapan Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli pada perasmian Kongres Nasional Tahunan ke-11, 2015

Categories
NASIONAL

Perjuang reformasi patriot hancur otokrasi BN

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: Reformasi diperjuangkan patriot negara perlu diteruskan KEADILAN demi menghancurkan politik otokrasi Barisan Nosional (BN) selama ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pemimpin parti di peringkat nasional, negeri dan cabang mesti membudayakan serta menjiwai falsafah islah, pembaharuan dan reformasi demi perjuangan rakyat.

Katanya, reformasi untuk membina Malaysia lebih baik, makmur, sejahtera dan saksama adalah intipati perjuangan patriot negara.

WAWI“Apabila kita dijajah lebih 500 tahun lalu, berbilang patriot berjuang untuk kemerdekaan daripada tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Burhanuddin Helmi, Pendita Zaaba, Rosli Dhoby, Datuk Tating, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan, Tun Abdul Razak dan ramai lagi dalam lipatan sejarah.

“Ini adalah tanggungjawab islah dan tuntutan satu perubahan daripada penjajahan kepada kebebasan rakyat,” katanya dalam ucapan di Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, tidak boleh dinafikan Malaysia kini sebuah negara otokrasi dan bukan demokrasi dalam erti kata sebenar.

Katanya, perlembagaan negara kini dilunturkan dengan perpisahan kuasa diketepikan serta perjanjian Malaysia dinafikan.

“Politik kita diotokrasikan, ruang demokrasi disempitkan dan undan-undang drakonian menghimpitkan.

“Ekonomi kita dimonopolikan, peluang ekonomi dikronikan, kesenjangan pendapatan dan kekayaan dilebarkan serta hutang negara digandakan.

“Hanya dengan reformasi diperjuangkan pewaris patriot sebenar dapat menghancurkan politik otokrasi, ekonomi kronisme, perpecahan perkauman dan penafian maqasid,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL

Wanita Pakatan kesal Kerajaan tumpu isu gambar atasi skandal 1MDB

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 NOV: Kepimpinan Wanita Pakatan menyatakan sokongan penuh kepada Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar terhadap isu kontroversi bergambar bersama Jacel Kiram dengan mengadakan himpunan solidariti dalam Kongres Nasional Tahunan ke-11 ini.

Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok berkata, pihaknya kecewa kerana kerajaan sanggup menumpukan perhatian ke atas isu kecil tetapi tidak menangani isu sebenar yang kini sedang merosakkan negara.

Katanya, isu gambar adalah cubaan Kerajaan mengalih pandangan daripada isu penting lain yang melanda negara.

Teresa-Kok“Skandal 1MDB masih belum selesai, skandal “derma” RM2.6 bilion belum berakhir, kontroversi pembunuhan Kevin Morais, ekonomi merudum dan kepahitan bakal dibawa TPPA semuanya belum selesai.

“Sikap kerajaan yang sengaja mencetuskan banyak kekecohan menunjukkan betapa ghairahnya mereka mahu memburukkan reputasi dan maruah pemimpin pembangkang,” katanya.

Katanya, kepimpinan Wanita Pakatan mendesak kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menghentikan pembulian terhadap seorang wakil rakyat berwibawa dan kembali menumpukan kepada isu sebenar termasuk pembinaan negara.

-nR-