Categories
NASIONAL

Dilahirkan 29 Februari, sambut hari jadi 2020

KUALA LUMPUR 29 FEB: Istimewa berbanding orang lain, bayi yang dilahirkan hari ini hanya akan dapat meraikan sambutan hari jadinya pada 2020 berikutan tarikh 29 Februari hanya muncul setiap empat tahun sekali iaitu pada tahun lompat.

Tahun lompat 2016 ini nyata lebih bermakna kepada pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata, khusus kepada pasangan yang pertama kali berstatus sebagai ibu dan bapa.

February-29th-CalendarBERNAMA melaporkan, di ibu negara setakat ini, hanya seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Arikah Maisarah Asyraf, dilahirkan di Hospital Pusrawi pada pukul 7.33 pagi tadi.

Di NEGERI SEMBILAN, seramai 11 bayi iaitu enam perempuan dan lima lelakidilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Bayi terawal dilahirkan ialah bayi lelaki yang dilahirkan Siti Nurhidayu Aliza dengan berat 2.5 kilogram (kg) manakala bayi terberat yang juga bayi lelaki dilahirkan Yap Meng Fong secara pembedahan dengan berat 3.73 kg.

Di IPOH pula, setakat pukul 3 petang tadi, sebanyak 13 bayi tahun lompat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) terdiri daripada lapan lelaki dan lima perempuan.

Pegawai Perhubungan Awam HRPB, Normah Mohd Tahir berkata, kelahiran pertama pada pukul 1.50 pagi tadi yang merupakan bayi perempuan seberat tiga kilogram dilahirkan oleh Harmina Ishak.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil kesempatan meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 bekas pemain rugbi kebangsaan Ahmad Faizal Ramli yang jatuh hari ini bersama-sama dengan 390 kakitangan lain yang lahir pada bulan Februari.

Ahmad Faizal kini berkhidmat sebagai pembantu awam bahagian kerja dan bangunan MBI berkata beliau sangat terharu kerana seumur hidup tidak pernah menyambut hari lahir.

Di GEORGETOWN, seramai tiga orang bayi termasuk seorang lelaki dilahirkan di Hospital Pulau Pinang, setakat pukul 3 petang tadi.

Bayi pertama (lelaki) seberat 2.8 kilogram dilahirkan Syarifah Zahidah Syed Hussain, 27, pada 12.34 tengah malam, diikuti bayi seberat 3.3 kg (perempuan) dilahirkan oleh L. Krishnavery, 35, pada 1.25 pagi.

Pra Musim 2016 : Selangor (2) vs Sarawak (0)


Selangor tundukkan Sarawak dengan keputusan 2-0 pada Perlawanan Pra Musim 2016, 19 Januari 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pra Musim 2016 : Selangor tewaskan Sarawak, 2-0


Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan nyata berpuas hati dengan kemenangan ke atas Sarawak.