Kesepaduan kaum aset terpenting kekuatan Selangor

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Petaling Jaya pada 20 Feb 2016. |

Dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan paluan gendang bersama barisan Exco Kerajaan Negeri, Adun serta pimpinan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pra Musim 2016 : Selangor (2) vs Sarawak (0)


Selangor tundukkan Sarawak dengan keputusan 2-0 pada Perlawanan Pra Musim 2016, 19 Januari 2016 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) pupuk remaja lebih disiplin

Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) antara inisiatif baru Kerajaan Negeri bina sahsiah remaja agar peka menjaga aset komuniti

Categories
SELANGOR

KLIK inisiatif bina sahsiah remaja pantau aset komuniti

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 OKT: Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) merupakan inisiatif baru yang diambil Kerajaan Negeri bagi membina sahsiah remaja supaya lebih berdisiplin menjaga aset komuniti di rumah pangsapuri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sebelum ini pelbagai usaha dilakukan mendidik masyarakat yang tinggal di kawasan pangsapuri terutama orang dewasa namun gaya pemikiran yang sudah sebati dalam diri menyukarkan perubahan.

KLIKKatanya, penyertaan orang muda khususnya belia dapat memberikan kesedaran awal kerana mereka adalah ganerasi yang bakal memimpin badan pengurusan bersama (JMB) kelak.

“Kita dah buat banyak kempen untuk orang dewasa tetapi susah nak tukar cara pemikiran mereka. Jadi kita fokus kepada remaja dan diharapkan mereka mempengaruhi orang dewasa supaya menukar sikap.

“Kita perbaiki kerosakan semata-mata tidak bererti jika tidak menukar sikap mereka,” katanya.

1 isIskandar sebelum itu merasmikan Kursus Perdana Klik bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 yang disertai 20 kawasan yang terdiri daripada 20 agen penggerak, berumur 13 hingga 30 tahun.

Kursus perdana itu bertujuan memberikan pengetahuan terhadap konsep asas pengurusan pangsapuri dan peranan KLIK sebagai pencetus “Komuniti Bersih, Ceria dan Harmoni”.

EZY

Categories
SELANGOR

Iskandar: KLIK turun ke 20 lokasi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 OGOS: Program Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) mengenalpasti 20 kawasan pangsapuri kos rendah untuk pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad, berkata satu kumpulan remaja akan dikenalpasti untuk menjadi kumpulan yang akan membawa perubahan kepada pembangunan kawasan mereka di bawah program KLIK.

Iskandar (PAS-Chempaka) berkata, kumpulan terbabit akan bertindak sebagai koordinat bagi kawasan mereka dan akan diberikan latihan serta kursus.

Iskandar Samad“Kerajaan Negeri yakin bahawa remaja lebih efektif dalam membawa perubahan kepada masyarakat sebagai tujuan mengurangkan masalah sosial di pangsapuri kos rendah.

“Kerajaan Negeri juga menganjurkan kempen seperti Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni bagi tujuan sama,” katanya dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menjawab pertanyaan Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang), semalam.

Iskandar berkata, Skim Rondaan Keselamatan Kejiranan (SEROJA) turut diberikan kebenaran kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan MC menggunakan sebahagian peruntukkan geran untuk memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV).

“Kita faham kaedah memantau dan rondaan masa kini adalah sukar dilaksanakan secara konsisten berdasarkan senario masa kini.

“Oleh itu, kaedah paling relevan era moden ini adalah pemasangan CCTV. Mereka perlu memberi maklumat bilangan kes jenayah yang berlaku kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk dianalis,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan RM1 juta setahun juga diberikan kepada SEROJA dan KLIK.

-NFN-

MBPJ, Unilever didik peniaga tingkat kebersihan makanan dan persekitaran

Ditaja oleh Unilever Food Solutions, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama Know, Lady’s Choice dan Planta mengendalikan kursus pengendalian makanan khusus untuk peniaga bazar ramadan tahun ini.

Kini anda yakin juadah berbuka puasa anda boleh dinikmati tanpa was-was, disamping menjaga kebersihan alam sekitar.