Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Amal baca buku 10 minit sehari bantu bentuk pemikiran, persepsi

SHAH ALAM, 11 DIS: Wakil rakyat Kota Anggerik menggesa masyarakat supaya menerapkan amalan membaca buku sekurang-kurangnya 10 minit sehari bagi menambah ilmu pengetahuan.

Najwan Halimi berkata kesibukan tugas harian tidak seharusnya menjadi halangan buat seseorang untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang mampu membentuk pemikiran dan persepsi terhadap sekeliling.

“Amalan ini juga selari dengan wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW bahawa pentingnya membaca. Jadi, sesibuk manapun cuba cari masa untuk baca (buku).

“Saya akui, kadang-kadang teknologi digital menjadi ‘positive distraction’ kepada kita untuk membaca buku. Kebanyakan kita cuba mencari jalan pintas dengan menonton dokumentari di YouTube (berbanding baca buku),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam segmen Bicara Orang Muda Inspirasi Daripada Buku sempena Pesta Buku Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini semalam.

Sementara itu, Najwan berkata ibu bapa digalak mendedahkan anak mereka dengan bahan bacaan berunsur kisah klasik dan dongeng sebagai usaha menggalakkan minat membaca.

“Ibu bapa boleh perkenal buku seperti Sang Kancil, Pak Pandir dan Lebai Malang kerana buku ini penceritaan lebih mudah selain mendorong anak mereka mudah berfikir.

“Khazanah bacaan bahasa Melayu sememangnya banyak, cuma kita yang semakin lupa atau pemimpin tak bercakap mengenai buku-buku ini. Mereka (pemimpin) lebih bercakap benda bombastik,” katanya yang menggemari naskah berbentuk biografi, falsafah dan sejarah.

Categories
ADN SELANGOR

60 rumah di Seksyen 4, 10 terjejas akibat banjir kilat

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kira-kira 60 rumah di Seksyen 4 dan 10 di sini terjejas berikutan banjir kilat yang melanda sekitar daerah ini petang semalam.

Sebanyak 20 rumah dinaiki air di Seksyen 4 manakala 40 lagi di Seksyen 10 dalam kejadian bermula jam 5.30 petang sebelum surut kira-kira jam 9 malam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda serius.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad  menziarahi sebahagian penduduk yang ditimpa musibah itu.

Pusat Khidmat Masyarakat Kota Anggerik turut menyalur bantuan bagi meringankan beban penduduk untuk membersihkan kediaman mereka.

“Kejadian di Seksyen 13 berpunca akibat limpahan dari Sungai Damansara, sungai itu sepatutnya didalamkan kerana tidak lagi mampu menampung air yang banyak,” kata Najwan.

Categories
ADN SELANGOR

DUN Kota Anggerik sedia khidmat nyahkuman percuma

SHAH ALAM, 18 MEI: Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik memberi bantuan proses nyahkuman  percuma bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Wakil rakyatnya, Najwan Halimi berkata kemudahan itu disediakan kepada organisasi komuniti, pengurusan surau dan sekolah dalam lokasi tumpuan.

“Bantuan ini bermula sejak tahun lalu. Kita akan bantu jalankan proses sanitasi sama ada melalui syarikat swasta atau sukarelawan.

“Langkah ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain sekali gus mengelakkan penularan dalam komuniti,” katanya kepada SelangorKini.

Najwan berkata antara premis yang telah dinyahkuman adalah pangsapuri di Seksyen 7 dan 16 serta institusi pendidikan di Seksyen 6.

“Terbaharu pada minggu lalu. Kita lakukan sanitasi di Surau Masjid Jamek Raja Tun Uda Seksyen 16 selepas beberapa jemaahnya dilaporkan positif,” katanya.

Categories
ADN SELANGOR

Hargai petugas hadapan, ADN Kota Anggerik sumbang juadah sahur

SHAH ALAM, 9 MEI: Wakil rakyat Kota Anggerik menyumbang 95 pek makanan sahur kepada petugas barisan hadapan di lapangan sekitar Shah Alam, awal pagi semalam.

Sebanyak 50 pek diserah kepada petugas perubatan wad kecemasan Hospital Shah Alam, 30 pek untuk Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 manakala baki kepada anggota Balai Polis Seksyen 6.

Najwan Halimi berkata juadah berupa nasi lauk daging, serunding dan air diagih dengan kerjasama Pengerak Belia Selangor Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik.

“Sumbangan ini bagi menghargai pengorbanan petugas terbabit yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing sejak penularan Covid-19.

“Semoga Allah SWT memudahkan segala tugas mereka dan mengurniakan ganjaran kebaikan atas khidmat bakti yang dicurahkan,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Najwan berkata sumbangan juadah berbuka tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) turut diagihkan kepada penduduk Pangsapuri PKNS di Seksyen 16.

Beliau berkata serahan dibuat kepada wakil ketua blok meliputi 926 buah rumah.

Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

DUN Kota Anggerik, AMK Selangor bantu mangsa bah Pahang

SHAH ALAM, 12 JAN: Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik menyampaikan bantuan makanan asas kepada 100 keluarga mangsa banjir di Temerloh, Pahang pada Ahad.

Najwan Halimi memaklumkan inisiatif itu dilakukan dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang diwakili 30 sukarelawan.

“Proses serahan bantuan diselaraskan dengan kerjasama KEADILAN cabang Temerloh dan AMK Pahang.

ADN Kota Anggerik Najwan Halimi mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Temerloh. Foto Facebook Najwan Halimi

“Tujuan kita untuk menyantuni dan mengurangkan beban ditanggung mangsa banjir. Walaupun berbeza negeri ia tidak menghalang kita meneruskan sumbangan ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Najwan, selain bantuan makanan pihaknya turut menghulur barangan sumbangan daripada orang ramai termasuk pakaian, tuala wanita dan lampin pakai buang bayi.

Sebanyak 11 kenderaan pacuan empat roda sertai misi konvoi bantuan mangsa banjir ke Temerloh pada Ahad.

Pelepasan konvoi disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pelepasan konvoi disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Categories
ADN SELANGOR

Ahli Tawas diminta tebus barangan kembali ke sekolah

SHAH ALAM, 3 JAN: Seramai 1,854 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik disenarai sebagai penerima sumbangan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Ahli Dewan Negeri Najwan Halimi berkata bagaimanapun setakat hari ini hanya 550 orang sahaja baru menebus barangan tersebut.

“Kita mengalu-alukan penjaga ahli Tawas iaitu murid tahun satu yang bakal memulakan sesi persekolahan hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik untuk mengambil sumbangan ini,” katanya ketika dihubungi.

Najwan berkata pusat khidmat itu dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 5 petang kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.

“Berikutan kita masih dalam situasi pandemik Covid-19 saya mencadangkan agar anda semua patuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika hadir untuk tebus,” jelasnya.

Menurutnya, serahan berupa beg sekolah, alat tulis, bekas makanan dan botol air.

Categories
ADN SELANGOR

ADN Kota Anggerik sumbang 10 komputer riba, bantu anak B40

SHAH ALAM, 30 DIS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik menyumbang sembilan komputer riba kepada anak golongan berpendapatan rendah (B40) minggu lalu.

Najwan Halimi berkata sumbangan diberi kepada pelajar berusia 18 tahun ke atas yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Penerima melanjutkan pelajaran ke peringkat kemahiran, diploma serta ijazah di beberapa institut pengajian tinggi antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Perlis.

“Bantuan ini dapat mengurangkan beban keluarga selain sebagai tanda sokongan untuk penerima menimba ilmu,” katanya kepada SelangorKini.

Najwan berkata satu komputer riba turut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk memudahkan urusan pentadbiran organisasi itu.

Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Wakil rakyat gerakkan bekalan air bersih ke kawasan terjejas

SHAH ALAM, 19 OKT: Dua lori membawa muatan 1,000 gelen air bersih digerakkan ke kawasan terjejas sekitar Pandamaran, Klang mulai malam esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Leong Tuck Chee berkata bekalan diutamakan kepada penduduk yang tinggal di perumahan bertingkat.

“Hari ini kita jangka semua penduduk masih mempunyai bekalan air. Sebab itu kita akan mulakan penghantaran esok sekitar jam 7 malam.

“Penduduk yang kehabisan bekalan boleh berhubung dengan ketua kawasan masing-masing supaya penghantaran lebih lancar dan sistematik atau melalui Facebook DUN Pandamaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ADN Kota Anggerik berkata pihaknya sudah menghubungi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) supaya bersedia menggerakkan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas.

“Melalui pengalaman sebelum ini, cara ini lebih berkesan. Kawasan yang kehabisan bekalan akan terus menerima air selepas aduan dibuat,” kata Mohd Najwan Halimi.

Awal pagi tadi, pencemaran dikesan di Sungai Selangor hingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Sungai Selangor Fasa 2, Sungai Selangor Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.

Susulan itu, lebih 1.1 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air.

Categories
ADN SELANGOR

ADN Kota Anggerik edar pelitup muka corak Jalur Gemilang

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sebanyak 200 pelitup muka corak Jalur Gemilang diedarkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ahli Dewan Negerinya, Mohd Najwan Halimi berkata pemilihan mengedarkan alat itu kerana negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik Covid-19.

“Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, saya memutuskan untuk mengedarkan pelitup muka corak Jalur Gemilang kepada warga DUN Kota Anggerik memandangkan kita masih dalam fasa PKPP.

“Serahan ini juga dapat memastikan masyarakat patuh SOP ketika berada di tempat awam sekali gus menzahirkan kecintaan dan semangat patriotik kepada negara,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Najwan berkata pelitup muka itu lebih praktikal digunakan kerana ia boleh diulang pakai selepas dicuci selain menjimatkan pengguna.

Menurut Mohd Najwan pelitup muka corak Jalur Gemilang yang diedarkan turut menjadi tarikan masyarakat luar Selangor.

“Memandangkan sambutan diterima amat menggalakkan, saya menyasarkan sebanyak 2,000 pelitup muka lagi diedarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Hari ini beliau turun padang mengedarkan pelitup muka corak Jalur Gemilang di Pasar Moden Seksyen 6; Kebun Komuniti Seksyen 8 dan Pasar Seksyen 16.

Categories
ADN SELANGOR

ADN Kota Anggerik bantu keluarga kebakaran Taman Cahaya Alam

SHAH ALAM, 1 JUN: Nasib malang sebuah keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini pada 30 Mei lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik.

Najwan Halimi berkata, beliau akan membantu urusan kebajikan keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri bersama enam anak berusia empat hingga 17 tahun termasuk berkaitan pendidikan.

“Saya ada berhubung dengan ketua keluarga tersebut dan melahirkan simpati di atas nasib yang menimpa sehingga hampir seluruh rumah mereka musnah dalam tragedi itu.

“Selain menghulurkan bantuan kewangan segera semalam, saya bercadang untuk membantu keluarga ini daripada aspek kebajikan anak-anak antaranya berkaitan pendidikan sejurus mereka keluar dari hospital nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut laporan BH Online, kebakaran itu berpunca dari tingkat bawah rumah teres dua tingkat sehingga tujuh daripada lapan sekeluarga melecur ketika cuba menyelamatkan diri dengan bertindak terjun daripada tingkat atas.

Susulan itu, semua mangsa kini dirawat di Hospital Shah Alam.

Categories
ADN SELANGOR

Bantuan infrastruktur sekolah angkat agenda pendidikan Selangor – ADN

SHAH ALAM, 30 DIS: Program bantuan infrastruktur sekolah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri mulai tahun ini disifatkan sebagai langkah ke hadapan dalam mengangkat agenda pendidikan sebagai teras utama pentadbiran di Selangor.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi berkata sumbangan itu diyakini mampu memberi impak besar terhadap sekolah yang berdepan kekangan dana, khususnya milik persendirian dalam usaha membaik pulih kemudahan sedia ada.

“Ini sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberdaya institusi pendidikan memandangkan mereka (sekolah persendirian) bergerak atas dana sendiri dan tidak mendapat peruntukan langsung daripada kerajaan persekutuan.

“Saya berharap peruntukan ini sedikit sebanyak dapat digunakan sebaik mungkin bagi menambah baik mutu pendidikan, sekali gus menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ramah Mesra (Networking) Bersama Penerima Bantuan Sekolah Negeri Selangor Fasa 2 2019 di Ballroom Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 401 sekolah seluruh Selangor menerima agihan dana berjumlah RM4.5 juta menerusi program itu dengan 12 daripadanya membabitkan sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik.

Ia meliputi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Shah Alam; KAFA Integrasi Al-Ikhwan U10; KAFA Integrasi Al-Insan; SAR KAFA Integrasi Setia Alam; Sekolah Rendah Islam (SRI) Integrasi Pintar Bukit Jelutong dan SRI Al-Hijrah.

Najwan berkata semua sekolah dipilih selepas melalui proses penilaian yang ketat dengan mengambil kira keperluan menaik taraf prasarana supaya pelajar dapat menikmati pembelajaran yang kondusif dan selesa.

“Di DUN Kota Anggerik sahaja, banyak sekolah yang bersifat Sekolah Agama Rakyat (SAR), jadi kita melihat keperluan daripada sudut prasarana selain jumlah pelajar yang terdapat di sekolah-sekolah berkenaan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Aktif politik tak halang Najwan terima Ijazah Sarjana

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 7 NOV: Menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak menghalang Mohd Najwan Halimi memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Tadbir Urus Korporat), pada Istiadat Konvokesyen ke-42 Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik berusia 33 tahun itu berkata, kejayaan terbabit membuktikan keputusan menerima tawaran mewakili Pakatan Harapan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada Mei lalu tepat walaupun sibuk dengan kuliah dan tugasan.

Beliau membahagikan jadual waktu belajar dan bekerja sebaik mungkin supaya pembabitan dalam aktiviti politik tidak terganggu.

“Saya akan memastikan setiap tugasan dan kuliah disiapkan tanpa masalah dan tekad menghabiskan pelajaran sehingga saya banyak menyertai kerja kumpulan sepanjang mengikuti pengajian separuh masa.

“Walaupun saya bekerja dan belajar, saya perlu kuatkan semangat untuk menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.

“Pada masa sama, saya perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga, terutama anak yang masih kecil dan memang saya peruntukkan masa untuk mereka, pada hujung minggu apabila tiada program,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau yang turut mewakili daerah Hulu Selangor dalam sukan tenis semasa sekolah menengah dan bola sepak daerah Petaling semasa sekolah rendah, mahu memperkasakan diri dalam arena politik.

Katanya, kerjaya sebagai wakil rakyat sememangnya mencabar tetapi menyeronokkan kerana dapat berbakti kepada masyarakat.

“Saya berjinak dengan politik apabila menjadi Exco Persatuan Pelajar Islam, di sebuah universiti tempatan.

“Saya mahu ‘establish’ diri dalam politik dan pada masa sama berhasrat menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang politik dan pentadbiran atau sains politik,” katanya.

Pada PRU14 lalu, Najwan memenangi DUN Kota Anggerik dengan majoriti 17,004 undi dalam saingan tiga penjuru.