Azmin : Sedangkan suami isteri pun bergaduh, PR tetap satu pasukan

Hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat tetap utuh jelas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Manakala saranan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib supaya PAS keluar PR jika tidak lagi menerima mereka dalam gabungan pembangkang itu, Mohamed Azmin berkata, ia berada di luar bidang kuasanya

Categories
SELANGOR

Belanja RM1.5 Juta Untuk Skim Kesihatan Wanita

SHAH ALAM 24 NOV : Sehingga kini, Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM1.5 juta bagi memberi manfaat kepada 17, 582 wanita di Selangor untuk menikmati program Kesihatan Wanita.

Menurut Exco Wanita, Dr Rodziah Ismail, sejak mula program ini diperkenalkan pada tahun 2010,  kaum wanita mula sedar bahawa mereka perlu mengambil peluang ini untuk memeriksa kesihatan mereka.

“Jumlah penyertaan ini saya kira sangat memberansangkan kerana wanita kini lebih mengerti keperluan mereka untuk menjaga kesihatan bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk keluarga.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 115 daripada mereka disyaki menghidap kanser,” jelas Rodziah menjawab soalan lisan daripada Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib.

Tambahnya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 5.2 juta untuk menjayakan program kesihatan wanita iaitu peruntukan RM1 juta bagi setiap tahun.

“Saya harap para YB di dalam dewan dapat meuar-uarkan mengenai program ini supaya rakyat di luar khususnya wanita beroleh manfaat,” katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga turut menjelaskan, program kesihatan bukan ditamatkan seperti didakwa pihak tertentu sebaliknya melalui proses penilaian untuk penambahbaikan.

“Bukan tiada lagi, tetapi kita perlu memberi ruang untuk Kerajaan Negeri meneliti dan menambah baik program sedia ada.

“Malah, kita juga akan mengadakan skim kesihatan lain seperti urutan refleksologi dan juga program kesedaran mengawal tekanan hidup wanita,” jelas beliau sambil menambah tender baru kini sudah dibuka untuk sesi program baru yang akan dimulakan sedikit masa lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lantik Pakar Bebas Nilai Status Cerun

SHAH ALAM 21 NOV : Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib menggesa Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan pakar bebas bagi menilai status kawasan cerun di Taman Sri Ukay dan Taman Hillview berhampiran Highland Towers.

Tegasnya lagi, jika kawasan cerun tersebut tidak selamat maka Kerajaan Negeri perlu mewartakan kawasan tersebut seterusnya mengharamkan sebarang pembangunan di kawasan itu.

“Sebelum ini terdapat kajian bahawa kejadian Highland Tower disebabkan aliran air bawah tanah.

“Dan kini, pembinaan kondo yang dirancang itu hanya beberapa meter daripada kawasan kejadian, keadaan ini ternyata merisaukan,” ujar beliau ketika perbahasan belanjawan di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) sebentar tadi.

Baru-baru ini, Shaari bersama 50 penduduk di Taman Sri Ukay dan Taman Hillview mengadakan demonstrasi secara aman bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dua projek pembangunan berprofil tinggi di kawasan cerun berhampiran kediaman mereka.

Salah satu projek di Lot 847 berhampiran Taman Hillview akan dibina tiga buah blok bangunan 40 tingkat, sementara satu lagi projek di Lot 5 membabitkan pembinaan lima blok bangunan 17 tingkat yang dibina berhampiran runtuhan kondominium Highland Towers.

Difahamkan, kedua-dua projek tersebut bakal dilaksanakan oleh dua pemaju yang berbeza.