Categories
NASIONAL

Segera pulih keyakinan rakyat

KUANTAN, 6 FEB: Pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN) perlu mengambil langkah segera bagi memulihkan keyakinan rakyat.

Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata, isu itu tidak seharusnya dipandang ringan, sebaliknya memerlukan penyelesaian supaya ia tidak bertambah teruk.

“Kita perlu pandang serius terhadap semua isyarat yang diberikan (rakyat), mungkin ini bersifat sementara kerana mereka kecewa dengan beberapa menteri atau dasar yang tidak jelas.

“Tetapi ia perlu diatasi segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap PAKATAN,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya, PAKATAN juga perlu memberi tumpuan kepada aspek ekonomi iaitu pengagihan dan perkembangan ekonomi memandangkan rakyat semakin dibebani dengan peningkatan kos sara hidup.

Katanya, walaupun kerajaan sudah memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan, namun keresahan rakyat dalam isu ekonomi yang berlaku sejak awal tahun lalu masih dirasai.

“Oleh itu, kerajaan perlu mencari mekanisme lain dan menyediakan dasar ekonomi menyeluruh untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB bersikap terbuka dan telus terima memo dari Adun PR – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 24102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Penghantaran memorandum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan memberikan tekanan kepada pentadbiran beliau dan kerajaan negeri

2. Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor meluluskan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 kepada RM3,000 sebulan.

3. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berjaya mengutip semula hutang yuran pelajar berjumlah RM7.8 juta sehingga bulan ini.