Categories
AGENDA NASIONAL

Cuaca panas: Paras air empangan Selangor melebihi 90 peratus

SHAH ALAM, 30 MAC: Paras air beberapa empangan di negeri ini melebihi 90 peratus meskipun negara mengalami cuaca kering dan panas yang boleh menjejaskan muatan takungan air.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata kapasiti air Empangan Sungai Tinggi pada paras 88.27 peratus dan Empangan Sungai Langat (87.96 peratus).

“Walaupun begitu, Kerajaan Negeri sedang memantau susulan Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan negara memasuki fasa kedua Monsun Timur Laut menyebabkan kurangnya taburan hujan serta cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.

“Justeru, paras air empangan dijangka akan mengalami penurunan. Tetapi kita sentiasa bersiap sedia dengan melaksanakan langkah mitigasi bagi memastikan kuantiti sumber air mencukupi dan bekalan air terawat berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Air Selangor sempena Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri menerusi siaran langsung di Facebook Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Turut bersiaran, Pengarah LUAS Hasrolnizam Shaari dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Nor Aziah Jaafar.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata beberapa inisiatif diambil bagi memastikan bekalan air mencukupi iaitu melaksanakan operasi pengepaman air kolam di Lembangan Sungai Selangor sehingga 800 juta liter sehari (JLH).

Selain itu, katanya, pengepaman masuk bekalan air alternatif dari HORAS 600 sehingga 300 JLH turut dilaksanakan.

“Langkah ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Skim Jaminan Air Mentah Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur yang dipengerusikan oleh Izham Hashim,” katanya.

Categories
SELANGOR

Paras air empangan ditahap baik dan memuaskan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 MEI: Kapasiti air di beberapa empangan sekitar Selangor berada pada tahap baik dan memuaskan walaupun keadaan cuaca berubah-rubah.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), takungan air di empangan Sungai Selangor masih berada ditahap konsisten apabila berada di paras 66.42 peratus dengan 152.77 juta meter padu.

Sementara itu, Empangan Semenyih terus mencatatkan peningkatan dengan 73.46 peratus, Langat (75.76 peratus) dan Kolan Takungan Sg. Laby (ORS) (44.3).

Manakala dibeberapa empangan terus mencatatkan sedikit penurunan antaranya empangan Batu mencatatkan 67.64 peratus, Klang Gates (63.19), Tasik Subang (81.45) dan Sungai Tinggi (78.07).

EZY

Categories
SELANGOR

Paras air 6 empangan terus meningkat

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 14 MEI: Setakat pagi tadi, enam daripada tujuh empangan di Selangor terus mencatatkan peningkatan paras takungan dalam tempoh seminggu.

Exco Belia dan Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, antaranya, Sungai Selangor kini mencatat takungan sebanyak 95.50 juta meter padu bersamaan 41.52 peratus.

IMG_1188a“Takungan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.46 peratus berbanding minggu lepas yang sekadar mencatatkan 94.45 juta meter padu bersamaan 41.06 peratus.

“Pada ketika ini, hanya pengepaman air sungai ke dalam kolam sedang beroperasi berikutan lebihan aliran sungai yang diterima setiap hari hasil daripada kadar hujan yang tinggi,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini.

Pengepaman air daripada kolam di Bestari Jaya ke dalam Sungai Selangor dilakukan bermula pada 26 Februari sehingga 6 April 2014 yang lepas.

Ini dilakukan ketika aliran rendah di sungai dan mesin pengepaman hanya beroperasi bermula jam 8 malam sehingga jam 8 pagi.

Sementara itu, Empangan Batu mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 2.48 peratus apabila mencatatkan 26.73 juta meter padu (83.61 peratus) berbanding minggu lepas, 25.94 juta meter padu (81.13 peratus).

Empangan Langat pula meningkat kepada 19.39 juta meter padu (56.86 peratus) berbanding 18.91 juta meter padu (55.45 peratus) pada minggu lepas.

Dalam tempoh sama, Empangan Klang Gates mencatat bacaan takungan terkini 15.88 juta meter padu (62.67 peratus), Empangan Semenyih, 46.49 juta meter padu (78.70 peratus), Empangan Sungai TInggi, 77.77 juta meter padu (67.92 peratus) manakala Empangan Tasik Subang kekal pada paras 3.59 juta meter padu (85.38 peratus).

EZY