Categories
AGENDA SUKANKINI

FAM laksana Piagam SupaRimau semua akademi bola sepak

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memulakan pelaksanaan piagam akar umbi, dikenali sebagai Piagam SupaRimau FAM dengan hasrat untuk meningkatkan taraf akademi bola sepak negara.

Piagam SupaRimau FAM bertujuan mendorong penyertaan yang lebih besar dalam kalangan akademi bola sepak di Malaysia , sejajar dengan Peta Hala Tuju F:30.

Menurut FAM, Piagam SupaRimau juga menyokong akademi yang menyediakan aktiviti akar umbi berkualiti serta melabur dalam latihan dan pendidikan pemain muda berpotensi tinggi melalui bentuk penghargaan, sekiranya pemain mereka menjadi profesional.

“Ini adalah satu inisiatif dan komitmen FAM untuk meluaskan penyertaan di peringkat akar umbi, sekali gus memajukan peranan akademi mengikut kualiti aktiviti yang dilaksanakan,” kata Pesiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan semalam.

Piagam SupaRimau FAM mempunyai akreditasi dan proses penilaian yang bertujuan untuk menyeragamkan proses penstrukturan akademi.

Piagam SupaRimau FAM perlu memenuhi lima kriteria khas iaitu kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan akar umbi dan pendidikan untuk mencapai status ahli Piagam SupaRimau FAM.

Piagam SupaRimau FAM dibezakan melalui tiga tahap ahli iaitu Gangsa (asas) yang menekankan pada asas yang kuat untuk pertumbuhan masa depan, manakala Perak (maju) pula mementingkan kelestarian dan pembangunan dan Emas (penanda aras) memfokus pada pertumbuhan dan pengekalan bilangan pemain dan program.

Akademi bola sepak yang berminat boleh mendaftar bersertakan dokumen lengkap untuk dinilai oleh pihak FAM.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM, Datuk Subahan Kamal berkata FAM menerima sebanyak 250 permohonan daripada akademi bagi proses pendaftaran dan penialaian seterusnya.

“Kami menggalakkan semua akademi bola sepak di tanah air untuk berdaftar dengan Piagam SupaRimau FAM, untuk membolehkan ahli menikmati banyak kelebihan yang istimewa,” kata Subahan yang juga Timbalan Presiden FAM.

Antara kelebihan yang diberikan adalah:

Akreditasi – Membolehkan akademi bola sepak menggunakan Piagam untuk tujuan promosi, dengan mendapat pengiktirafan daripada FAM.

Liga SupaRiamu – Akademi layak untuk menyertai Liga Akar Umbi FAM yang menyediakan persaingan menyeluruh dan mencorak perjalanan kerjaya pemain.

Pampasan Latihan Pemain – Akademi yang melabur dalam latihan dan pendidikan pemain muda diberi pampasan sekiranya salah satu pemainnya berjaya menjadi profesional. (Polisi berkuat kuasa pada tahun 2021. Butiran diterbitkan dalam masa terdekat)

Keistimewaan Keahlian – Faedah istimewa dan menarik untuk semua jurulatih dan pemain akademi akar umbi bersama rakan premium FAM SupaRimau.

-BERNAMA

Categories
SUKANKINI

Debaran kian memuncak perlawanan bola sepak Malaysia – Indonesia

SHAH ALAM 26 OGOS: Debaran perhitungan Malaysia dan Indonesia semakin mendebarkan pada aksi separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) malam ini di Stadium Shah Alam.

Pertemuan klasik skuad Projek KL2017 bimbingan Datuk Ong Kim Swee serta skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, Bima Sakti itu menjanjikan pertembungan penuh bermakna dan panas’ di padang dan dalam kalangan para penyokong kedua-dua pasukan.

Ia berikutan isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata KL2017 yang belum reda biarpun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah memohon maaf.

Bagaimanapun, Kim Swee enggan terganggu dengan insiden tersebut sebaliknya mahu fokus untuk membawa skuad muda negara melangkah ke final.

“Saya percaya kedua-dua pasukan berada pada tahap yang baik dan mahu fokus kepada aksi esok (hari ini). Diharapkan tidak berlaku gangguan dan perlawanan berjalan dengan aman,” katanya.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan juara bertahan, Thailand dan
Myanmar di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 4 petang.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Selangor tubuh akademik bola, cipta pemain berkualiti

Oleh : AFIX REDZUAN

KELANA JAYA, 11 OKT: Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berharap satu akademi bola sepak Selangor dapat ditubuhkan menjelang tahun hadapan.

Katanya, penubuhan akademi itu bertujuan membangunkan bakat baru bola sepak untuk beraksi bersama pasukan Selangor dan negara.

Sehingga kini, modul dan struktur pembangunan akademi sudah dikenalpasti dan melibatkan kerjasama semua pihak termasuk agensi sukan negeri.

yb amir -markshot 6“Kita sedang meniliti modul dan struktur terbaik dengan kerjasama semua anak syarikat (GLC) Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) untuk membentuk akademi sukan yang lebih tersusun.

“Ada banyak pertandingan yang saya hubungkan dengan Jabatan Pendidikan dan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini di Kejohanan Bola Sepak Piala Dato Mokhtar Dahari kali ke 2 di Kompleks Sukan PKNS SS7, di sini hari ini.

BOLA MOHTARJelasnya, kejohanan bola sepak seperti Piala Dato’ Mokhtar Dahari merupakan platform terbaik untuk memilih pemain terbaik untuk diserapkan dalam akademi bola sepak itu.

Seramai 30 pemain sudah dikenalpasti untuk dibangunkan FAS bagi mewakili pasukan bola sepak negeri.

“Pertandingan sebegini menjadi sumber untuk kita mendapatkan pelatih dan kita akan membuat program pembangunan sekitar umur 16 tahun keatas,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

Selangor hasrat tubuh Akademi Bola Sepak

Oleh : Lizawati Madfa

KUALA LANGAT 16 NOV : Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan Akademi Bola Sepak Selangor bagi melahirkan atlet bola sepak yang berkemahiran tinggi dalam usaha memartabatkan sukan bola sepak negeri itu.

Dr yunus pic mza1Exco Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi, berkata pelan jangka panjang itu masih dalam perancangan dan bergantung kepada bajet Kerajaan Negeri yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Menurutnya, rancangan mewujudkan akademi itu juga bukan sekadar bertujuan memberi peluang kerjaya bola sepak kepada golongan remaja dan belia.

Malah ia juga bakal membuka peluang dalam bidang-bidang berkaitan seperti kejurulatihan, keusahawanan pakaian sukan dan sebagainya.

“Ini boleh dikatakan sebagai satu langkah mewujudkan industri sukan itu sendiri, iaitu sesuatu yang besar dengan banyak peluang untuk direbut di dalamnya.

bola selangor“Jadi, jika tiada halangan dan segalanya berjalan lancar, insyaAllah Akademi Bola Sepak Selangor ini dapat direalisasikan,” kata beliau.

Ahmad Yunus berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan rancangan Kerajaan Negeri untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Selangor dalam satu sesi dialog bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Belia Selangor.

Majlis yang diadakan di Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) di Morib pagi tadi turut dihadiri Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan penceramah jemputan, Prof. Dr. Azimi Hamzah (Universiti Putra Malaysia).

Selain isu bola sepak negeri, Ahmad Yunus turut dihujani soalan mengenai peranan dan fungsi pertubuhan dan NGO belia dalam merealisasikan rancangan-rancangan pembangunan negeri.

“Kita akan melibatkan NGO belia ini dalam rancangan pembangunan Selangor kerana kita sedar ramai pemimpin hebat pun lahir daripada pertubuhan dan NGO belia.

“Mungkin kita akan contohi modus Skimsel, pinjaman tanpa faedah diberi kepada individu yang membentuk kumpulan dan kita akan panggil NGO untuk perbincangan lebih lanjut,” kata Ahmad Yunus.

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Selangorku Pantai Morib 2013 sempena Tahun Melawat Kuala Langat 2013 yang turut dihadiri Adun Morib, Hasnul Baharudin.

-EZY