Categories
NASIONAL SELANGOR

Pendekatan ABCD Untuk Bangunkan Desa

wan azizah kapar kerang 01

SHAH ALAM 8 JULAI : Pelan terperinci untuk pembangunan kawasan luar bandar dan peningkatkan pendapatan masyarakat desa akan dibentangkan semasa Belanjawan Selangor 2014 pada November ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan ABCD (Asset Based Community Development) bagi merangka pembangunkan kawasan luar bandar.

Buat masa ini, Unit Perancangan Ekonomi Negeri sedang mengendalikan bengkel untuk para ketua kampung dan ketua kampung tradisi untuk mendapat maklumbalas dan mengenalpasti aset di dalam komuniti mereka yang boleh dibangunkan.

Kerajaan Negeri juga akan memberikan membangunkan infrastruktur yang sesuai di kawasan luar bandar bagi mencapai tujuan pembangunan itu.

“Kita akan menjemput pakar untuk berkongsi pengalaman dari mereka seperti antaranya daripada negara Chile dan Bangladesh,” kata beliau dalam ucapannya di Sidang Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian semasa memberikan jawapan terhadap usul ?Go Rural? yang dibawa oleh Adun Kampung Tunku Lau Weng San.

Usul tersebut mendesak kerajaan negeri merancang pembangunan berjangka pendek dan panjang untuk membangunkan infrastruktur dan ekonomi di kawasan luar bandar.

Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan bahawa penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor akan tertumpu kepada pembangunan kawasan desa agar masyarakat luar bandar dapat merasa tahap kehidupan yang setimpal dengan masyarakat bandar.

ABCD Memacu Kemajuan Desa – Iklan


 

Sinopsis:
Model Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset atau Asset Based Community Development (ABCD)  adalah pendekatan pelbagai sisi dalam membangunkan komuniti setempat.

Projek penyeliaan Exco Pembangunan Usahawan Kerajaan Selangor ini mengenalpasti bakat dan kemahiran individu dan persatuan dalam sesebuah komuniti, dan membina kelebihan itu menjadi sumber manfaat untuk komunitinya.

Komuniti berdaya-saing! Tahukah anda sumber kekuatan komuniti anda?

Hubungi 0355447217 untuk keterangan lanjut!