Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan daripada sistem kewangan.

Lebihan hari ini diunjurkan berjumlah RM35.06 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.31 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai bernilai RM8 bilion bagi dua hari hingga 33 hari serta tender Qard lelongan matang pelbagai Islam bernilai RM3.1 bilion bagi tujuh hari hingga 33 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM27.1 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.2 bilion.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Rizab Malaysia AS$103.49 bilion pada akhir Ogos 2019

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Rizab Malaysia kekal tetap boleh guna pada akhir Ogos 2019, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$103.49 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aset mata wang asing lain berjumlah AS$62.04 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk, pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh Kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang, berjumlah AS$5.72 bilion.

“Kedudukan hadapan pendek berjumlah AS$13.67 bilion pada akhir bulan Ogos 2019, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2.48 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Bank itu berkata, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$336.7 juta.

“Tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek diramal kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Kadar-kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar rujukan semalaman Islam mencatatkan 2.95 peratus, manakala kadar-kadar seminggu, dua dan tiga minggu masing-masing kekal pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

Pada minggu ini, BNM terlibat secara harian bagi menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard dan repo berbalik selain Bil Antarabank Bank Negara.

Jumlah lebihan tunai dalam sistem konvensional bagi minggu tersebut susut kepada RM23.6 bilion daripada RM25.4 bilion pada minggu sebelum ini.

Dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM12.20 bilion daripada RM15.9 bilion.

Pasaran ditutup pada 9 September sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$103.5 bilion pada 30 Ogos

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.5 bilion (AS$1=RM4.185) pada 30 Ogos, 2019 berbanding AS$103.1 bilion pada 15 Ogos 2019.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing sebanyak AS$97.1 bilion, kedudukan rizab IMF (AS$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.8 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

Ia berkata, aset termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM428.70 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM2.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM279.19 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.89 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM14.76 bilion).

Modal dan liabiliti lain meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM142.61 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.35 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM153.93 billion), deposit kerajaan persekutuan (RM17.12 bilion), deposit lain (RM2.49 bilion), kertas Bank Negara (RM20.87 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion) dan liabiliti lain (RM2.85 bilion).

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI

BNM terus perluas, perkukuh pasaran tempatan

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata perbincangan pihaknya dengan penyedia indeks bon global, FTSE Russell, mengenai kemungkinan bon Malaysia dikekalkan dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI), sangat menggalakkan.

Ketika ini, BNM terus berusaha untuk memperluas dan mempekukuh pasaran tempatan, termasuk memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi ke atas rogram lindung nilai dinamik.

Ini telah meningkatkan lagi kecekapan pasaran dan kecairan dalam landskap pasaran kewangan semasa.

“Kami telah meningkatkan penglibatan dengan pelabur. Kami mengadakan perbincangan dengan FTSE Russell ketika mereka berada di sini. Mereka sangat menghargai usaha untuk memperkukuh pasaran tempatan,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.

“FTSE Russell telah mengadakan siri perbincangan dengan para pelabur, dan para pelabur memberitahu bahawa mereka melihat akses ke pasaran tempatan kini lebih mudah menerusi pelbagai langkah yang diperkenalkan,” katanya.

Hasil daripada langkah yang dilaksanakan, termasuk membenarkan pelabur menjalankan aktiviti lindung nilai, perolehan pasaran tempatan hari ini meningkat dengan ketara.

Purata jumlah dagangan harian tukaran asing dalam negara meningkat kepada antara US$12 bilion (US$1= RM4.20) dan US$14 bilion setakat ini tahun ini berbanding hanya US$8 bilion pada 2016.

FTSE Russell menawarkan pelbagai indeks yang komprehensif, yang dibangunkan untuk mengukur prestasi pasaran pendapatan tetap di seluruh dunia, termasuk WGBI.

Pada April 2019, FTSE Russell dilapor meletakkan Malaysia di bawah senarai pemantauannya selama enam bulan dengan satu lagi pusingan semakan semula yang dijadualkan pada September.

Ini berikutan kajian pertama klasifikasi pendapatan tetap negara.

“Berada dalam senarai ini tidak bermakna kita akan dikeluarkan. Ini bermakna mereka akan tingkatkan penglibatan dengan pihak berkuasa. Sebelum ini, penglibatan hanya dilakukan pada asas tahunan namun kini ia akan menjadi lebih kerap,” kata Nor Shamsiah.

Mengenai kelestarian fiskal, Gabenor itu berkata: “Kerajaan Malaysia sangat komited terhadap penyatuan fiskal kerana defisit fiskal dijangka berkurangan daripada 3.7 peratus pada 2018 kepada 3.4 peratus pada 2019 dan untuk mengukuh sehingga 2020.

“Ini adalah komitmen untuk kemapanan fiskal. Pengurangan defisit fiskal akan mengurangkan keperluan untuk meminjam.”

Menurut data BNM, jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2019 sebanyak RM799.1 bilion, di mana hutang dalam negeri berjumlah RM609.1 bilion dan hutang luar negeri pada RM190 bilion.

Ekonomi negara kekal berdaya tahan meskipun terdapat tekanan luar dengan pertumbuhan 4.9 peratus yang dicatatkan pada suku kedua tahun ini daripada 4.5 peratus pada suku pertama.

Bagaimanapun, ditanya sama ada negara mampu menawarkan pakej rangsangan jika sektor luar menjadi lebih teruk namun tetap komited terhadap penyatukan fiskal, Nor Shamsiah berkata: “Walaupun dalam laluan penyatuan fiskal, dasar fiskal masih mempunyai peranan untuk mengutamakan projek dan bidang yang boleh mempunyai kesan pengganda yang tinggi terhadap ekonomi.”

Selain perbelanjaan, peningkatan kecekapan juga akan membantu menjana pertumbuhan dan mengurangkan kos, katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.11 bilion daripada RM23.21 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam merosot kepada RM11.21 bilion daripada RM15.55 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat mengendalikan RM26.5 bilion tender pasaran wang konvensional dan RM11.2 bilion tender pasaran wang Murabahah, kedua-duanya untuk wang sehari.

BNM telah menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM22.7 bilion kepada RM26.5 bilion.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

BNM perluas kriteria kelayakan dana rumah mampu milik

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperluaskan kriteria kelayakan bagi Dana Rumah Mampu Milik RM1 bilion.

Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus ketika mengumumkan mengenai perkara itu berkata pendapatan bulanan isi rumah yang layak telah dinaikkan kepada RM4,360 daripada RM2,300 sebelum ini, manakala harga hartanah maksimum ditingkatkan kepada RM300,000 daripada RM150,000.

Tambahan ini akan berkuat kuasa pada 1 September depan, ia merupakan satu inisiatif tambahan oleh BNM bagi membantu golongan berpendapatan di bawah 40 untuk memiliki rumah pertama mereka, katanya semasa majlis pelancaran Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) di sini hari ini.

Selepas itu, dalam satu sidang akhbar, Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata BNM telah meluluskan 296 permohonan membabitkan pembiayaan bernilai RM31 juta sehingga akhir Jun 2019.

Peningkatan kelayakan dana itu akan membolehkan lebih ramai orang untuk meraih manfaat, sekali gus membantu meningkatkan kadar penggunaan dana tersebut.

“Kami belum menetapkan sebarang sasaran prestasi, tetapi tujuannya adalah bagi menangani kes-kes (permohonan pembiayaan yang ditolak) dan membantu meningkatkan kelayakan.

“Kami berharap orang awam serta peminjam yang menghadapi penolakan pembiayaan akan menggunakan kemudahan ini,” katanya.

Adnan Zaylani berkata, BNM telah menerima maklum balas bahawa ada perusahaan serta isi rumah yang menghadapi kekurangan maklumat dan kesedaran mengenai daya maju pinjaman di pasaran.

“Apabila permohonan mereka ditolak daripada satu institusi tertentu, peminjam cenderung untuk berpendapat bahawa keseluruhan ekosistem tidak akan membantu mereka.

“Dengan inisiatif ini (MyKNP), kami berharap untuk membuka perspektif mereka bahawa wujud ekosistem yang lebih besar yang boleh membantu bakal peminjam bagi mendapatkan pembiayaan atau memperbaiki peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman,” katanya.

Dana tersebut, yang mempunyai kadar pembiayaan maksimum pada kadar 3.5 peratus setahun, adalah untuk hartanah dalam pasaran utama sahaja.

Peminjam mesti pekerja bergaji atau bekerja sendiri dan tidak mempunyai mana-mana rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Jualan asing dijangka berterusan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Jualan asing ekuiti Malaysia dijangka berterusan dalam masa terdekat, dengan sentimen lemah didorong oleh pasaran luaran.

Pada minggu 13-15 Ogos yang singkat, jualan asing ekuiti tempatan dicatatkan sebanyak RM480.1 juta berbanding RM1.04 bilion dilaporkan dari 5-9 Ogos.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, selama lima minggu berturut-turut, dana asing mencatatkan jualan bersih berikutan persekitaran luaran yang tidak stabil, terutamanya didorong oleh konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Selain itu, dasar perdagangan perlindungan yang meningkat antara Jepun dan Korea Selatan seolah-olah turut mencadangkan pertumbuhan global yang mungkin tidak menggalakkan pada masa depan, katanya.

Beliau berkata, penangguhan untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import China yang bernilai US$300 bilion seperti diumumkan oleh Wakil Perdagangan AS memberi kelegaan dan harapan bahawa kedua-dua negara masih terbuka kepada penyelesaian yang baik.

“Bagaimanapun, keluk hasil di AS dan United Kingdom yang tidak menentu telah menarik perhatian pasaran, menyebabkan pengelakan risiko menjadi lebih jelas,” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, AS mengumumkan negara itu akan menangguhkan untuk mengenakan tarif import sebanyak 10 peratus ke atas komputer riba, telefon bimbit, konsol permainan video dan produk lain yang dibuat di China yang pada mulanya dijadualkan bermula bulan depan.

Di peringkat tempatan, Mohd Afzanizam berkata, sokongan daripada dana institusi – dan pada tahap tertentu, daripada pelabur runcit, akan membantu mengurangkan penurunan dalam FBM KLCI.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 15.83 mata kepada 1,599.22 daripada 1,615.05 minggu lepas.

“Oleh itu, ekuiti akan terus tidak menentu berikutan konflik perdagangan antara AS dan China yang masih wujud. Ia boleh memberi kesan kepada sentimen pasaran.

“Dalam tempoh tidak menentu, pasaran pendapatan tetap boleh menawarkan perlindungan yang lebih baik dan justeru, peruntukan aset akan tertumpu kepada pasaran bon. Menjangka dagangan yang amat berhati-hati dalam kalangan pelabur,” kata Mohd Afzanizam.

Semasa mengumumkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua pada Jumaat, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pertikaian perdagangan AS-China yang berlanjutan dijangka memberi kesan terhadap asas pertumbuhan eksport kasar Malaysia 2019 sebanyak -0.5 hingga -0.8 mata peratusan.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2019 (Q2 2019), disokong oleh perbelanjaan isi rumah dan pelaburan swasta yang lebih tinggi.

Sebagai perbandingan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini.

Bagi 2019, bank pusat menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam julat antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus, disokong oleh aktiviti sektor swasta.

Mohd Afzanizam berkata, pada tahap tertentu, pertumbuhan ekonomi Q2 2019 yang lebih kukuh itu akan mengurangkan kebimbangan mengenai ekonomi perlahan dan menyediakan pemangkin kepada pasaran ekuiti.

“Bagaimanapun, pecahan KDNK menunjukkan pelaburan perniagaan kurang menggalakkan berikutan kerajaan amat berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. Pertumbuhan eksport bersih lebih tinggi tetapi ini berikutan import yang rendah.

“Oleh itu, sektor luaran tidak begitu membantu. Oleh yang demikian, kes untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah masih sah tetapi BNM boleh tunggu,” katanya.

Pada Mei, bank pusat menurunkan OPR kepada 3.0 peratus, penurunan kadar pertamanya sejak Julai 2016.

Sementara itu, bank pusat turut mengumumkan langkah-langkah liberalisasi selanjutnya dalam dasar pentadbiran pertukaran asing (FEA) berkuat kuasa 30 Ogos untuk memberikan fleksibiliti yang lebih besar dan meningkatkan tahap kecekapan sektor perniagaan dalam menguruskan risiko pertukaran asing dan menjalankan operasi harian mereka dengan lebih baik.

Dengan liberalisasi, pemastautin kini boleh melindung nilai obligasi akaun semasa mata wang asing mereka sehingga tempoh asas, dengan mendapat kelulusan daripada BNM.

– BERNAMA

Categories
EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 24 JUL: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM20.71 bilion daripada RM25.23 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia turun kepada RM8.32 bilion daripada RM9.02 bilion.

Terdahulu, hari ini bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Pada 4 petang, ia menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM20.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM7.80 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Categories
EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Kadar jangka pendek antara bank hari ini kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM23.50 bilion daripada RM24.64 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam menyusut kepada RM6.75 bilion daripada RM14.80 bilion.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM20.6 bilion kepada RM23.0 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional dan empat tender Qard.

Pada 4 petang, ia mengendalikan tender pasaran wang konvensional bernilai RM23.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM6.70 bilion, masing-masing bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar satu minggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing ditetapkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Categories
EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Berikutan itu, lebihan dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM19.20 bilion daripada RM20.98 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam ia susut kepada RM7.6 bilion daripada RM10.26 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM19.20 billion dan tender pasaran wang Murabahah RM7.60 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$103.3 bilion

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$103.3 bilion (US$1=RM4.112) pada 15 Julai, 2019 daripada US$102.7 bilion pada 28 Jun.

Dalam kenyataan, bank pusat itu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak US$97.1 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR (US$1.1 bilion), emas (US$1.8 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.1 bilion).

Ia berkata, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM427.99 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.28 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.34 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.95 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM11.63 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM141.31 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.50 bilion), deposit institusi kewangan (RM154.41 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM21.61 bilion), deposit lain (RM1.45 bilion), kertas Bank Negara (RM18.58 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion), dan liabiliti lain (RM2.66 bilion).

– BERNAMA