47 keluarga orang asli terlibat ribut terima bantuan

Kerajaan Negeri sedia baik pulih 47 rumah mangsa ribut dan setiap keluarga menerima bantuan awal RM500 dan barangan keperluan.

Categories
SELANGOR

40 keluarga Kampung Selayang Baru terima bantuan banjir

Oleh: SYASYA SUFIAN

SELAYANG, 13 DIS: Seramai 40 keluarga di Kampung Selayang Baru menerima bantuan banjir bernilai RM300 bagi mengurangkan bebanan mereka.

Majlis penyampaian sumbangan disampaikan oleh Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib kepada Pegerusi Ketua Kampung Daerah Gombak, Jumari Talib bagi mewakili keluarga mangsa banjir.

zaidyZaidy berkata, Kerajaan Negeri komited menangai isu banjir kilat dengan peningkatan peruntukan RM80 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam pembentangan Belajawan 2016 lalu.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak 70.21 peratus khusus untuk pengurusan banjir yang terjadi.

“Untuk masalah kolam takungan yang seringkali berkait dengan banyak pihak, Kerajaan Negeri memutuskan bagi 2016 kesemua kolam takungan diuruskan di bawah tanggungjawab JPS,” katanya sewaktu program persiapan Karnival Jelajah Tani 2015, di sini, semalam.

Katanya, projek bernilai RM6.8 juta di Sungai Udang, Selayang sedang giat melaksanakan kerja naik taraf bagi mengurangkan masalah banjir.

“Kita mengharapkan bila mana selesai projek menaik taraf termasuk di kolam takungan di Jalan 27, Selayang Mutiara sedang giat diselengarakan tersebut mampu mengurangkan banjir kilat.

“Selain itu, peruntukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga diluluskan RM800,000 untuk membuat kajian bagi menyelesaikan masalah banjir kilat khususnya di perkampungan Bandar Baru Selayang,” katanya.

Sementara itu, Jumari Talib, 52, berkata beliau mewakili penduduk menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Bantuan diberi sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa membaiki kerosakan perabot dan alatan perumahan.

“Saya juga menyokong usaha Kerajaan Negeri terus menyelesaikan masalah banjir ini kerana sememangnya ia sering berlaku hampir setiap tahun waktu hujan lebat,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

331 keluarga terima bantuan banjir ringan beban

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 8 DIS: Seramai 331 keluarga yang merupakan mangsa banjir di beberapa kawasan di sini menerima Sumbangan Bantuan Bencana daripada Kerajaan Negeri bernilai RM500 bagi setiap keluarga.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata setiap keluarga turut menerima sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM300.

Bantuan banjirKatanya, mereka yang mempunyai anak yang berdaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) juga bakal menerima sumbangan lain bernilai RM200.

“Syukur Alhamdulillah, banyak agensi yang sama membantu mereka yang dilanda kesusahan.

“Mangsa nyata terharu dan gembira kerana merasakan mereka tidak bersendirian ketika susah tetapi terus mendapat sokongan daripada pihak kerajaan,” kata Daroyah.

Semalam, beliau menyampaikan sumbangan yang diagihkan melalui Pejabat Daerah Kuala Selangor di Dewan Bukit Kuching Tengah, Jeram.

Daroyah berkata, Kerajaan Negeri turut menghargai dan berterima kasih atas peranan sukarelawan dalam membantu mangsa banjir.

“Selain daripada gerak kerja jabatan kerajaan, semangat kemasyarakatan untuk saling bantu membantu yang ditunjukkan sukarelawan ini nyata merupakan aset dan kebanggaan Selangor,” katanya.

EZY

Mangsa banjir dapat RM250

Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan sebanyak RM250 kepada setiap keluarga yang terbabit bencana banjir di negeri itu

Categories
SELANGOR

RM100,000 bantu mangsa banjir Kelantan & Pahang

Oleh: ASRI SAPFIE

KLANG 17 JAN: Sejumlah RM100,000 disasarkan bagi membantu mangsa banjir di Pahang dan Kelantan untuk meringankan bebanan ditanggung ekoran kerosakan dialami bencana terburuk .

Penaung Program Secubit Pemberian Segunung Kesyukuran, YAM Tengku Besar Putra Selangor Tengku Datuk Seri Ismail Shah Alhaj, berkata beliau melahirkan rasa terima kasih kepada semua penderma dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan misi ini.

Flag Off Bantuan Banjir Amazing Height oleh Tengku Dato' Sri Ismail (2)Beliau berkata bantuan ini dapat mengurangkan penderitaan mangsa mangsa banjir yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan.

“Semoga semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini,” kata beliau.

Beliau berharap bantuan seperti itu dapat diteruskan semua pihak agar mempunyai kesinambungan bantuan berterusan daripada masyarakat.

Ketua Misi Bantuan Banjir, Jalil Bujang, berkata bantuan kali kedua dihantar merupakan bantuan berskala lebih besar dengan penyertaan kira-kira 50 orang sukarelawan.

” Misi kali ini kita juga akan cuba membantu membersihan kawasan di sana bersama-sama dengan sukarelawan yang lain,” Kata beliau.

Bantuan itu terdiri daripada barangan keperluan dapur, tuala, selimut dan keperluan Solat bakal diagihkan di Kelantan dan Pahang iaitu di Pasir Mas dan Rantau Panjang serta di Pekan.

Flag Off Bantuan Banjir Amazing Height oleh Tengku Dato' Sri Ismail (4)“Kami mengharapkan supaya program ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mampu meringankan penderitaan mereka di sana,” kata beliau.

Pasukan konvoi yang terdiri daripada empat buah pacuan empat roda dan tiga buah lori bertolak dari Surau Al-Amin Sungai Udang, Klang dan upacara pelepasan dilakukan Tengku Datuk Seri Ismail.

EZY