Categories
NASIONAL

SKMM sekat 46 sesawang, tutup 4,618 akaun palsu

OLEH HAZIQ ISMAIL

CYBERJAYA, 19 APR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 46 laman web dan blog yang dikesan menyebarkan berita palsu.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Dr Mazlan Ismail berkata, lebih 50 peratus dari 1,500 berita palsu disebarkan menerusi media sosial dan sedang disiasat suruhanjaya itu mengandungi unsur menyerang agensi kerajaan, Melayu dan Islam.

“Sekarang zaman tanpa wayar, tidak perlukan pejabat untuk gerakkan agenda ini, dan masing-masing ada masa sendiri untuk lakukan operasi.” katanya di Majlis Pelancaran Program Sukarelawan Teknologi Komunikasi Maklumat (MIV) di sini, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Dr Mazlan berkata, 99 peratus berita palsu disebarkan itu dilakukan pihak dalam negara sendiri dan ia merupakan cabaran SKMM mengenalpasti dalang yang menggerakkan penyebaran berita palsu.

“Semakin rumit, apabila pihak yang melakukannya menggunakan akaun palsu disebarkan menggunakan akaun palsu.

“Apabila sudah viral sesuatu isu itu, mereka serta-merta menutup akaun berkenaan bagi mengelak dijejaki,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, pihaknya kini berusaha menutup 4,618 akaun palsu media sosial.

Categories
SELANGOR

Henti sebar berita bantuan pendidikan palsu LZS

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 JUN: Orang ramai disaran untuk menghentikan penyebaran berita palsu berhubung bantuan pendidikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

imageLZS menafikan informasi yang tersebar di whatsapp ketika ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam laman Facebooknya, LZS berkata whatsapp terbabit bukan sahaja palsu, malahan maklumat yang diberikan juga tidak tepat.

“Permohonan bantuan pendidikan sebenarnya sudah tamat, pada 31 Mac lalu.

“Malah, ianya palsu dan maklumat itu juga tidak tepat,” tulisnya.

LZS memaklumkan sebarang maklumat hanya akan dimaklumkan di laman sesawang LZS dan Facebook rasmi Zakat Selangor.

-NFN-