Categories
SELANGOR

Penduduk mahu pengurusan dewan kembali kepada Kerajaan Negeri

OLEH LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 5 OGOS: Barisan Nasional (BN) digesa mengembalikan semula pengurusan Dewan Orang Ramai di Kampung Lee Kim Sai kepada agensi Kerajaan Negeri.

Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak, Chee Chu Sang, berkata parti politik tidak berhak mentadbir dewan yang digazetkan sebagai kegunaan awam.

Katanya, agensi kerajaan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lebih sesuai menguruskan dewan orang ramai.

“Kita mahu MCA serah balik kepada JKKK supaya penduduk ada tempat sesuai untuk menjalankan segala aktiviti demi kebaikan penduduk.

“Kita bukan mahu menggunakannya untuk tujuan parti dan politik,” katanya kepada SelangorKini.

BN Selangor didakwa menyalahguna lapan dewan orang ramai di Rawang sebagai bangunan dan cawangan parti komponennya.

DSC_6862 kecilDewan berkenaan adalah Dewan MCA Desa Kuala Garing, Dewan MIC Kuala Garing, Dewan MCA Bukit Rawang Jaya, Dewan MCA Bandar Country Homes, Dewan MCA Taman Sri Hijau, Dewan Perpustakaan Kampung Sungai Terentang, Dewan MCA Kampung Lee Kim Sai dan Dewan Umno Bandar Country Homes.

Chu Sang berkata, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) pernah menulis surat supaya menyerahkan kunci dan mengosongkan bangunan, namun diabaikan pihak berkaitan.

“Pengerusi Cawangan MCA pernah minta kita terima hakikat pilihan raya umum, jadi kita pun mahu dia buat yang sama, terimalah yang Selangor ditadbir Pakatan.

“Serah pada kita dewan yang memang hak kita. Jika Pakatan tewas dalam pilihan raya nanti, saya pasti kunci dewan akan diserah balik kepada kerajaan yang berhak,” katanya.

-AA-

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Umno-BN Selangor Ketandusan Pemimpin Berkaliber

MB Majlis Ikrar PKPS dan SPRM Tingkat 22 SUK 01

KELANA JAYA 27 FEB : Perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor menyerlahkan Umno-BN Selangor ketandusan untuk menengahkan pemimpin berkaliber bagi menerajui Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan Umno-BN Selangor sehinggakan Najib Razak sendiri terpaksa memikul tanggungjawab itu.

“Carilah orang-orang Selangor yang lebih berkaliber, jika Datuk Seri Noh Omar tidak dapat melaksanakan tugas itu Najib perlu menyatakan kepadanya,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Kediaman Pekerja Industri di SS 8/6 di sini.

Ujar Abdul Khalid lagi, pelantikan itu juga merendahkan taraf Najib Razak sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa menggalas bebanan itu.

“Saya lebih senang hati sebab Najib Razak menjadi Pengarah sebab menunjukkan tiada pemimpin yang lebih baik oleh Umno-BN Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Najib Razak dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dengan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai timbalannya yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor.