Categories
GLOBAL NASIONAL

Brexit: Theresa May letak jawatan jika perjanjian lulus

LONDON, 28 MAC: Theresa May mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, jika perjanjian Brexit diluluskan, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian di hadapan jawatankuasa 1922, parti Konservatif di Parlimen, semalam.

“Saya tahu terdapat hasrat untuk pendekatan baharu dan kepemimpinan baharu dalam fasa kedua rundingan Brexit dan saya tidak akan menghalangnya,” katanya.

“Tetapi kita perlu memastikan perjanjian diteruskan dan Brexit diselesaikan.vSaya bersedia melepaskan jawatan lebih awal daripada apa yang saya mahukan, demi negara dan parti,” katanya.

May turut semua ahli jawatankuasa menyokong perjanjian itu untuk “menyelesaikan tugas bersejarah”, menurut kenyataan pejabat perdana menteri.

Parlimen akan mengundi menukar tarikh Brexit dari 29 Mac ini, tarikh yang ditetapkan untuk undang-undang Brexit. –BERNAMA

Categories
GLOBAL

Parlimen Britain tolak perjanjian Brexit

LONDON, 16 JAN: Parlimen Britain semalam menolak perjanjian Brexit, sekali gus menyulitkan lagi langkah bersejarah negara itu untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Memetik laporan agensi berita Xinhua, seramai 432 anggota parlimen mengundi menolak perjanjian yang dicapai antara Kerajaan United Kingdom dengan EU berbanding 202 menyokong, selepas isu berkenaan dibahaskan selama lima hari.

Perdana Menteri Britain, Theresa May mempunyai tiga hari untuk kembali ke Parlimen bagi membentangkan ‘Pelan B’.

Britain dijadual meninggalkan EU, pada 29 Mac ini.

Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn, membentangkan usul tidak percaya terhadap kerajaan berikutan kekalahan usul kerajaan itu dan akan dibahaskan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Dalam rayuan saat akhir menjelang undian, Perdana Menteri berkata, undian itu adalah proses membuat pemilihan paling penting dalam sejarah politik mereka.

Katanya, keputusan undian akan menentukan nasib Britain untuk dekad akan datang.

*Sumber: BERNAMA

Categories
GLOBAL

570,000 berarak, desak undian kedua Brexit

LONDON 21 OKT: Warga Britain mengibarkan bendera Kesatuan Eropah (EU) dengan menolak masa depan di luar blok itu di tengah London, semalam dan penganjur tunjuk perasaan mendakwa separuh juta menyertai bantahan itu.

Polis tidak memberikan jumlah berapa ramai turut serta untuk perarakan dan perhimpunan besar-besaran itu di luar parlimen bertujuan mendesak kerajaan mengadakan undian Brexit kedua.

Namun, kehadiran 570,000 orang yang dilaporkan pasukan kempen menjadikan tunjuk perasaan itu terbesar sejak penyertaan 750,000 orang menentang perang Iraq pada 2003, menurut data polis.

“Ia seperti keraian. Namun, ia mungkin perhimpunan terakhir kami sebelum langsung tiada harapan,” kata pelajar universiti Liverpool, Lucy Dogget.

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

Bil ‘perceraian’ Brexit RM100 bilion

LONDON 21 SEPT: Perdana Menteri Britain, Theresa May berjanji akan membayar bil ‘perceraian’ Brexit berjumlah sekurang-kurangnya 20 bilion euro (RM100 bilion), menurut beberapa pegawai yang dipetik berkata oleh Financial Times.

Olly Robbins yang merupakan penasihat hal ehwal Kesatuan Eropah (EU) kepada Perdana Menteri, Theresa May telah memaklumkan rakan-rakan sejawatnya di beberapa ibu kota Eropah tentang tawaran tersebut, kata akhbar itu lewat kelmarin, lapor AFP.

Pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat oleh May dalam satu ucapan Brexit di bandar Florence, Itali, kata akhbar itu lagi.

Britain masih belum mengemukakan angka untuk memenuhi tanggungjawab kewangannya kepada EU apabila ia meninggalkan blok itu yang kini ditetapkan pada 29 Mac 2019.

Ibu kota EU, Brussels juga belum mengumumkan kos Brexit, namun, beberapa pegawai kanan EU berkata, penilaian awal mendapati Britain perlu membayar antara 60 hingga 100 bilion euro (RM503 bilion) apabila ia keluar dari blok berkenaan.

=EZY=

Categories
SELANGOR

BN perlu khuatir impak negatif 1MDB berbanding Brexit

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 OGOS: Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim membidas Barisan Nasional (BN) Selangor supaya lebih khuatir isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding kesan Brexit terhadap Selangor.

Beliau berkata lebih penting untuk menyelesaikan masalah 1MDB kerana bakal menyebabkan pelabur ‘angkat kaki’ berhubung isu kontroversi itu.

“Impak negatif kesan daripada Brexit masih belum nampak. Tetapi impak 1MDB memang nampak. Minta jawapan saya beri jawapan.

“Isu yang mengegarkan sekarang adalah isu 1MDB yang akan mengoyahkan keyakinan pelabur di Malaysia, bukan isu Brexit.

CP2A8489-800x595“Petang ini ada taklimat tertutup mengenai isu 1MDB, jadi minta YB tolong bangkitkan masalah ini dan minta pimpinan selesaikan masalah 1MDB ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan (BN-Batang Kali), di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Nadzari sebelum ini bertanyakan langkah mengatasi kesan Brexit dan mengekalkan pelabur di Selangor serta impak terhadap ekonomi negeri.

Chang Khim (DAP- Sungai Pinang) menjelaskan Kerajaan Negeri menerima impak minimum daripada Brexit ekoran statistik pelaburan projek perindustrian yang memberangsangkan sejak 1987.

Katanya, sejak 1987 hingga Mac 2016, pelabur utama di negeri itu adalah Jepun (RM 24.235 bilion), Amerika Syarikat (RM 14.676 bilion), Singapura (RM 10.666 bilion), Jerman (RM 5.695 bilion), Taiwan (RM 4.207 bilion), Korea (RM 3.735 bilion) dan United Kingdom (RM 2.356 bilion).

“Secara dasarnya Brexit tidak membawa impak negatif yang besar ke atas pertumbuhan ekonomi negeri kerana impak Brexit lebih tertumpu kepada UK dan negara Eropah.

“Aktiviti perdagangan Malaysia lebih tertumpu kepada kepelbagaian eksport ke negara China, India dan Timur Tengah. Jadi, impak negatif Brexit kepada ekonomi Malaysia dan Selangor adalah minimum,” katanya.

Beliau berkata, walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri mengkaji sama ada Brexit membawa impak positif kepada Kerajaan Negeri kerana United Kingdom mencari peluang pelaburan di luar Eropah selepas Brexit.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengambil beberapa langkah bagi mengekalkan tahap ekonomi dan mengekalkan sektor perindustrian serta perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Antara langkah ialah menyediakan pelan perancangan strategik bagi sektor perindustrian, perkukuhkan peranan agensi Invest Selangor, memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan dan menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru berkonsepkan ‘Managed Industrial Park dengan Konsep Gated and Guarded’.

“Selain itu, inisiatif e-commerce turut dilebarkan dan Invest Selangor Talent initiative antara institusi pendidikan bagi membantu pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran serta Invest Selangor Advisory Network iaitu menjalinkan kerjasama dengan penyelia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur memerlukan,” katanya.

EZY