Categories
SELANGOR

MB : Pindah lokasi burung walit bagi selaras penempatan

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 12 DIS : Arahan pemindahan lokasi pengusaha burung walit ke kawasan berstatus tanah pertanian dilakukan kerajaan negeri bagi menyelaras penempatan sangkar burung itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

IMG_9031 copyBeliau berkata garis panduan berkenaan diputuskan ekoran terdapat aduan daripada penduduk setempat yang tidak selesa dengan penempatan sangkar burung walit di kawasan perumahan serta komersial.

“Orang ramai menyatakan rasa tidak selesa mereka terhadap perniagaan yang dijalankan di kawasan perumahan dan komersial seperti kedai makan kerana beranggapan kurang sesuai untuk menempatkan sangkar burung walit di situ.

“Mereka buat di tempat yang tidak sepatutnya dilakukan. Kalau mereka tidak bertindak, mahukah mereka membayar pampasan kepada jira-jiran mereka?” katanya.

Ia sebagai respon kepada bantahan pengusaha burung walit terhadap langkah baru yang diperkenalkan kerajaan negeri untuk memperkemaskan industri berkenaan.

Padi tadi, dianggarkan seramai 200 pengusaha burung walit mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang marah kerana terpaksa mengosongkan premis ternakan sedia ada.

burung walitBaru-baru ini Kerajaan Negeri memperkenalkan Peraturan Kecil Penternakan Burung Walit dan Pengeluaran Sarang Burung Walit 2013.

Peraturan baru itu mengarahkan pengusaha berkenaan untuk berpindah ke kawasan berstatus tanah pertanian dalam tempoh tiga tahun.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tetap mengekalkan arahan pemindahan dalam tempoh tiga tahun kerana menyifatkan tempoh masa itu bersesuaian dan munasabah.

“Kita beri masa atau kalau gagal patuhi kita akan tutup sahaja kerana kita sudah beri masa yang sesuai,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Permohonan lesen premis burung walit dibuka

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 7 DIS : Orang ramai yang berminat untuk membuat permohonan lesen premis penternakan perusahaan burung walit perlu mematuhi beberapa syarat antaranya tempoh matang menamatkan perusahaan itu di bangunan perniagaan selama tiga tahun dan tujuh tahun di kawasan sawah padi.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, berkata pengusaha burung walit yang berpindah ke tanah pertanian akan diberi insentif selama lima tahun dan dikecualikan daripada membayar lesen, cukai tanah dan cukai taksiran.

Norfiza-Mahfiz-(MPK)Katanya, tempoh yang diberikan kepada pengusaha burung walit untuk memohon lesen kepada majlis adalah sehingga 31 Dis ini dan pengusaha perlu memperbaharui lesen setiap tiga tahun bagi yang beroperasi di kawasan sawah.

“Permohonan burung walit adalah untuk pengusaha yang beroperasi sebelum 31 Julai lalu dan hanya permohonan yang sudah didaftarkan dengan majlis sebelum 31 Disember ini sahaja layak memohon.

“Selain daripada itu, antara lokasi yang dibenarkan adalah kawasan sawah padi dan komersial, manakala kawasan yang dilarang bagi operasi burung walit adalah kawasan perumahan,rumah kedai, premis yang pernah mendapat aduan dan lokasi yang termasuk di dalam zon 10 kilometer radius daripada landasan penerbangan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Norafiza berkata, tempoh pemberian lesen bagi kawasan komersial adalah tiga tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2016, manakala kawasan sawah padi pula selama tujuh tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2020.

Beliau berkata, pembaharuan lesen secara tahunan bagi kawasan sawah padi boleh dibuat setiap tiga tahun dan MPK menetapkan bayaran bagi keluasan tidak melebihi 130 meter persegi berjumlah RM720, manakala setiap tambahan 25 meter persegi atau sebahagiannya berjumlah RM100.

Bagi mereka yang berminat, borang permohonan burung walit boleh didapati di Tingkat 3, Jabatan Perlesenan dan Penjaja dengan bayaran RM 50 dan boleh menghubungi talian 03-3375 5555 sambungan 6308 untuk sebarang pertanyaan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Protokol Eksport Akan Bankrapkan Industri Sarang Burung Walit


TANJONG KARANG, 16 SEPT : Pengusaha sarang burung walit mendesak kerajaan pusat agar menunda tandatangan protokol eksport produk tersebut ke China yang dijadualkan pada 20 September ini.

Jika protokol itu ditandangani ia akan menyebabkan 90 peratus daripada jumlah pengeluaran sarang burung walit di Malaysia setiap bulan tidak dapat dieksport.

Perkara demikian diutarakan dalam memorandum daripada Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Sarang Burung Walet SeMalaysia, Lim Lai Soon kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di sini.

“Kesannya seluruh penternak akan mengalami masalah kewangan dan mengalami kesulitan untuk membayar pinjaman daripada institusi bank di Malaysia,” kata Lim Lai semasa membacakan memorandum yang diserahkan kepada Noh di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mewakili sembilan persatuan yang berkaitan dengan industri burung walit negara.

Ia melibatkan Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit se Malaysia, Persatuan Penternak Malaysia, Persatuan Pengeksport Malaysia, Komiti Penyelamat Industri Burung Walit, Komiti Gerakan Burung Walit.

Turut sama, Persatuan Peniaga Burung Walit, Persatuan Industri Sarang Burung Walit Perak, Persatuan Penternak Kuala Krai dan Gabungan Persatuan-Persatuan Industri Burung Walit Pahang.

Ujar beliau lagi, syarat untuk memasang Sistem Kesan dan Jejak Dalam Talian Sarang Burung Walit yang menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) adalah cadangan pihak-pihak tertentu untuk membolehkan mereka mengaut keuntungan.

Sebelum ini, sistem itu dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Veterinar, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) isi kandungan dan infrastruktur komunikasi (CCI) itu dilancarkan pada 12 Ogos tahun lalu.

Memorandum tersebut dihantar ke Noh selepas kira-kira 300 pengusaha dan aktivis Pakatan Rakyat mengadakan himpunan di perkarangan pejabat Umno Tanjong Karang.

Turut serta di dalam himpunan itu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, industri burung walit akan mengalami kemerosotan ekoran isu-isu yang tidak ditangani dengan baik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ujarnya, kerajaan masih tidak menyelesaikan isu-isu tersebut walaupun pengusaha sarang burung walit sudah kerap kali bertemu kementerian.

“Ada beberapa isu yang tidak didengari, dan pengusaha pergi berjumpa dengan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan bertemu dengan pihak Pakatan Rakyat.

“Kami bertindak sebagai ‘posmen’ bagi menyampaikan masalah ini,” kata Badrul Hisham bila ditemui.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tidak wujud persoalan pihak Pakatan mempolitikkan isu pengusaha sarang burung walit kerana masalah ini sudah berlanjutan sejak lebih setahun.

Ujar Ng, selepas aduan dikemukakan kepada pihaknya barulah isu ini di bawa kepada kementerian untuk diambil perhatian serius.

“Saya minta pihak kerajaan agar memulihkan semula perniagaan sarang Burung Walet ini secara perniagaan bebas jangan kongkong dan ada pihak yang memonopoli,” kata Suee Lim.

Sementara itu, Noh mengakui kelemahan di pihaknya dalam menangani isu sarang burung walit.

“Sebab itu markah KPI saya gagal untuk masalah rumah sarang Burung Walit. Saya ambil itu sebagai tanggungjawab. Ini adalah masalah sejak tahun lepas,” katanya semasa majlis serahan memorandum itu.