Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma juara pusingan pembukaan 2018

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 APR: Juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin mengungguli perlumbaan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menamatkan 20 pusingan perlumbaan kategori CP150 dengan masa keseluruhan 14:54.984s mengatasi dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ, Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman.

Afif menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14:55.266s, manakala Hafiz meraih podium pertamanya dalam kelas perdana di tangga ketiga dengan masa 15:01.124s.

Kasma mendahului perlumbaan dari awal sehingga ke garisan penamat walaupun cuba diberikan cabaran oleh Afif, pada penghujung perlumbaan.

“Saya terpaksa bekerja keras mengekalkan kedudukan pada penghujung perlumbaan kerana Afif memberikan saingan sengit.

“Saya menutup segala ruang untuknya memintas dan berjaya memenangi perlumbaan,” kata Kasma.

Pelumba rookie yang juga juara CP115, Mohd Akid Aziz mencipta kejutan dengan mencatat masa terpantas ketika sesi Superpole dan seterusnya memulakan perlumbaan dari petak pertama gagal menyerap tekanan pelumba senior apabila terlepas kedudukan pendahulu sebaik perlumbaan bermula kepada Kasma sebelum terpaksa menarik diri dari perlumbaan seawal pusingan pertama.

Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) memulakan musim itu dengan cemerlang setelah muncul juara dengan masa keseluruhan 11:45.056s mengatasi Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) (kedua) dengan masa 11:48.459s diikuti Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) (ketiga) (11:49.814s).

Sementara dalam kategori WIRA KBS, kemenangan menjadi milik duo SIC Junior Team AFB Tech Racing, Md Danial Syahmi dan Md Harith Haziq dengan masa keseluruhan 10:27.747s dan 10:28.421s diikuti pemenang tempat ketiga, Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) dengan masa 10:29.866s.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, merasmikan sambutan ulang tahun ke-25 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan pembukaan litar lumba berkenaan.

KEPUTUSAN AKHIR:

CP150

1. Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14:54.984s
2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 14:55.266s

3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 15:01.124s

 

CP115

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:45.056s

2. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 11:48.459s

3. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:49.814s

 

WIRA KBS

1. Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10:27.747s

2. Harith Haziq (SGR) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10:28.421s

3. Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 10:29.866s

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Aiman tak gentar cabaran pelumba senior

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 MAC: Pendatang baharu, Muhammad Aiman Tahiruddin, 17, tidak gentar berdepan cabaran pelumba senior apabila bersaing dalam kategori CP150 pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018, musim ini.

Juara Wira KBS 2017 mewakili pasukan baharu, Petronas Sprinta Yamaha-CKJ akan beraksi dalam kelas perdana itu dalam perlumbaan pembuka tirai di Litar Tangkak, Johor, pada 31 Mac hingga 1 April ini.

Beliau akan bergandingan dengan naib juara CP150 2017, Ahmad Afif Amran dan seorang lagi pendatang baharu, Md Hafiz Azman dalam pasukan berkenaan.

“Saya gembira dan sangat teruja kerana dapat beraksi dalam kelas CP150 pada musim ini dan sesi pertama sangat penting kepada diri saya.

“Saya berharap dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan memahami rentak pelumba senior. Mujurlah banyak latihan dan persediaan dilakukan sepanjang tempoh rehat bagi membantu saya untuk lebih memahami jentera,” katanya yang meraih enam podium termasuk tiga kemenangan pada musim lalu.

Perkara sama turut diakui seorang lagi pendatang baharu yang beralih dari kelas Wira KBS ke kelas CP150, Md Aiman Azman, 18.

Pelumba muda itu akan bergandingan dengan dua lagi pelumba rookie CP150, Azroy Hakeem Anuar dan Harith Farhan Baharin untuk Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing.

“Saya dan pasukan mempunyai cabaran sangat besar pada tahun ini kerana ketiadaan Mohd Zaqhwan Zaidi menyaksikan pasukan kami adalah barisan termuda di litar.

“Azroy dan Harith pernah beraksi dalam kelas CP115 manakala saya terus melangkah ke kelas CP150 dari kelas Wira. Pengalaman menjadi kekurangan namun saya percaya seluruh pasukan akan bekerja keras untuk membantu kami,” katanya.

Categories
SUKANKINI

Pengumuman kalender kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018

SHAH ALAM 25 NOV: Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan menyambut ulangtahun penganjuran musim ke-25 telah mengumumkan kalendar sementara perlumbaan untuk musim 2018.

Selepas memperkenalkan kategori baharu CP150 sebagai perlumbaan kelas perdana pada musim ini, tiada sebarang perubahan kategori lain dilakukan dengan Litar Tangkak, Johor akan menjadi venue pembuka musim pada 1 April diikuti negeri Melaka sebagai tuan rumah pusingan kedua pada bulan berikutnya.

Cuti rehat pertengahan musim kejuaraan bagi menyambut bulan Ramadhan dan Syawal akan berlangsung lebih awal. Penggal kedua kejuaraan akan bersambung di Selangor pada 1 Julai sebelum menuju ke pantai Timur untuk Pusingan 4 dan Pusingan 5 di Pahang dan Kelantan.

Bandar Penawar, Johor yang menjadi lokasi penamat musim 2017 kekal di dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix dipilih sebagai hos pusingan ketujuh pada bulan September.

Batu Kawan, Pulau Pinang muncul lokasi tunggal di Utara tanah air menjadi tuan rumah pusingan kelapan pada penghujung Oktober.

Pusingan kedua terakhir akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 18 November sebelum saingan musim 2018 melabuhkan tirai di Teluk Intan, Perak pada 16 Disember.

 

KALENDAR PERLUMBAAN KEJUARAAN CUB PRIX AAM MALAYSIA PETRONAS 2018

Pusingan 1: Tangkak, Johor 31 Mac – 1 April, 2018

Pusingan 2: Melaka 5 – 6 Mei, 2018

Pusingan 3: Selangor 30 Jun – 1 Julai, 2018
Pusingan 4: Temerloh, Pahang 20 – 21 Julai, 2018

Pusingan 5: Terengganu 3 – 4 Ogos, 2018

Pusingan 6: Kelantan 31 Ogos – 1 September, 2018

Pusingan 7: Bdr Penawar, Johor 22 – 23 September, 2018

Pusingan 8: Batu Kawan, P. Pinang 27 – 28 Oktober, 2018

Pusingan 9: Jempol, N. Sembilan 17 – 18 November, 2018

Pusingan 10: Teluk Intan, Perak 15 – 16 Disember, 2018

(*Tertakluk kepada perubahan)

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Perlumbaan penuh dramatik bantu Aiman juara Wira

JOHOR 20 NOV: Pemburuan gelaran juara keseluruhan kategori Wira berakhir dengan penuh dramatik apabila Md Aiman Tahiruddin akhirnya ditabalkan selaku juara keseluruhan meskipun tidak beraksi pada perlumbaan akhir pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Dataran Bandar Penawar, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech sebelum itu mengalami masalah jentera sewaktu sesi kelayakan dan tidak layak ke perlumbaan akhir bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke pusingan terakhir sebelum pencabar utama, Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) yang memerlukan kemenangan untuk merampas gelaran juara mengalami masalah jentera pada pusingan terakhir ketika sedang bersaing sengit bersama-sama Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing).

Saiful Azhary muncul juara setelah menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12’00.163s diikuti rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman muncul naib juara dengan masa 12’00.304s. Rakan sepasukan Aiman, Md Danial Syahmi muncul pemenang tempat ketiga dengan masa 12’00.357s.

Aiman muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 132 mata manakala gelaran juara di Johor membantu Saiful Azhary naik ke tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 128 mata. Syafieq Aiman yang gagal memungut sebarang mata berada di tangga ketiga dengan 110 mata.

“Suasana di khemah pasukan sangat mendebarkan. Saya dan seluruh pasukan tidak duduk diam kerana semua pelumba bersaing sengit dan saling bertukar kedudukan sehingga ke garisan penamat. Kami mengharapkan rakan sepasukan, Danial Syahmi dapat menewaskan Syafieq Aiman dan memenangi perlumbaan.

“Walaupun Danial di tempat ketiga di belakang Saiful dan Syarifuddin, ia sudah cukup untuk membantu saya muncul sebagai juara keseluruhan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua yang menyokong dan membantu saya,” kata Aiman.

KEPUTUSAN KATEGORI WIRA
Akhir
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.163s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.304s
3 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 12:00.357s
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:06.759s
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 12:10.009s

Kedudukan keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 132 mata
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 128 mata
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 107 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 85 mata

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma muncul juara keseluruhan

JOHOR 20 NOV: Kasma Daniel Kasmayuddin berada dalam kelas tersendiri selepas mencatat nama selaku pelumba pertama muncul juara keseluruhan dalam tiga kategori berbeza secara berturut-turut sebaik pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2017 melabuhkan tirai di Dataran Bandar Penawar, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Motor yang telahpun mengesahkan gelaran keseluruhan sebaik pusingan kesembilan di Pulau Pinang berakhir, awal November mengakhiri musim 2017 dengan mengumpul 138 mata keseluruhan termasuk lima gelaran juara.

Bagaimanapun, hasrat pelumba kelahiran Johor itu untuk menamatkan musim dengan muncul juara di laman sendiri tidak kesampaian setelah sekadar berada di kedudukan keempat yang menyaksikan kemenangan menjadi milik rakan sepasukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli dengan masa keseluruhan 19’42.832s. Tempat kedua menjadi milik Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dengan masa 19’43.972s.

Kasma yang bermula dari petak pertama ketinggalan di kelompok pertengahan pada pertengahan perlumbaan setelah dua kali terjatuh namun berjaya bangkit untuk tamat di kedudukan keempat setelah dipintas pada saat akhir oleh Mohd Helmi Azman (Onexox TKKR Racing).

“Perasaan saya bercampur-baur. Walaupun gembira dengan gelaran keseluruhan, namun saya agak kecewa kerana gagal memenangi perlumbaan terakhir sebagai hadiah kepada penyokong dan keluarga di laman sendiri,” kata Kasma.

Hadiah kepada pemenang-pemenang disampaikan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sementara itu, dalam kategori CP115, Md Akid Aziz yang telahpun bergelar juara keseluruhan menamatkan musim 2017 dengan cemerlang apabila meraih kemenangan keenam peribadi untuk mengumpul 180 mata keseluruhan.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 15’29.993s diikuti Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS SPrinta Yamaha – CKJ) kedua, 15’30.301s dan rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairues ketiga, 15’31.807s.

Haziq kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 123 mata diikuti Syukran ketiga, 114 mata.

KEPUTUSAN
CP150
1 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 19:42.832s
2 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 19:43.972s
3 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 19:48.798s
4 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 19:48.809s
5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 20:02.221s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 138 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 107 mata
3 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata
4 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 84 mata
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 77 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:29.993s
2 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15:30.301s
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:31.807s
4 Md Syafiq Rosli (PRK) M-Seki Liberty Honda Racing 15:38.655s
5 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 15:42.116s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 180 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 123 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 114 mata
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 78 mata
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 70 mata

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Fuad nasihat Aiman tenang, fokus

SHAH ALAM 15 NOV: Ahmad Fuad Baharudin menasihatkan pelumbanya, Mohd Aiman Tahiruddin untuk bertenang dan kekal fokus bagi menghadapi perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Dataran bandar penawar, Johor, 18 dan 19 November ini.

Aiman kini sedang mendahului kedudukan keseluruhan kategori WIRA dengan mengumpul 132 mata dan hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi bagi mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan musim 2017.

Namun, Fuad yang juga pengurus pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech tidak mahu pelumba muda berusia 16 tahun itu berasa gementar dan melakukan kesilapan yang boleh meranapkan impian untuk bergelar juara keseluruhan.

“Di atas kertas, tiga mata yang diperlukan nampak mudah, tetapi situasi berbeza di atas litar. Mungkin pelumba akan berasa sedikit gementar dan ini akan menyebabkan berlaku kesilapn dan hilang fokus,” jelas Fuad, juara keseluruhan tiga kali kategori perdana itu.

Tambahnya,d alam perlumbaan penting seperti ini, Aiman perlu tenang dan berlumba seperti biasa seperti perlumbaan-perlumbaan lepas.

“Dari segi persiapan jentera pula, dia tidak perlu bimbang kerana kami akan menyediakan yang terbaik untuknya. Kami juga mahu melihat dia menamatkan musim di atas podium,” katanya.

Kedudukan Keseluruhan Kategori WIRA

1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 132 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 103 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 73 mata

 

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Aiman dinasihat terus fokus

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 NOV: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech, Mohd Aiman Tahiruddin, diminta terus fokus bagi menghadapi perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November ini.

Pengurus pasukan, Ahmad Fuad Baharudin, berkata tumpuan perlu diberikan Mohd Aiman kerana beliau kini mendahului kedudukan keseluruhan kategori WIRA dengan 132 mata dan hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi bagi mengesahkan gelaran juara keseluruhan musim ini.

Namun, katanya, pelumba berusia 16 tahun itu tidak harus berasa gementar dan melakukan kesilapan hingga boleh meranapkan impiannya.

“Di atas kertas, tiga mata diperlukan nampak mudah tetapi situasi berbeza di atas litar di mana pelumba mungkin berasa sedikit gementar dan ini akan menyebabkan berlaku kesilapan termasuk hilang fokus.

“Dalam perlumbaan penting seperti ini, Mohd Aiman perlu tenang dan berlumba macam biasa sama seperti perlumbaan lalu,” kata juara keseluruhan tiga kali kategori perdana itu.

Dari segi persiapan jentera, Ahmad Fuad berkata, Mohd Aiman tidak perlu bimbang kerana pasukan akan menyediakan yang terbaik untuknya.

“Kita mahu melihat dia menamatkan musim di atas podium,” katanya.

KEDUDUKAN KESELURUHAN KATEGORI WIRA

1. Mohd Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech (132 mata)

2. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team (110 mata)

3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing (103 mata)

4. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing (87 mata)

5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech (73 mata)

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Pusingan ke-9 Batu Kawan batal atas faktor cuaca

PULAU PINANG 5 NOV: Faktor cuaca buruk memaksa pihak promoter membatalkan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix yang berlangsung pada 5 November di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selepas pemeriksaan keselamatan litar yang dijalankan pada jam 0800, Ahad, mesyuarat steward AAM memutuskan keadaan di perkarangan Stadium Batu Kawan tidak selamat disebabkan hujan lebat dan ribut yang melanda sepanjang hari.

Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix akan bersambung di Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November, 2017.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Akid hampiri gelaran keseluruhan CP115

SHAH ALAM 31 OKT: Mohd Akid Aziz semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam kategori CP115 menjelang saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Batu kawan, Pulau Pinang, 4 dan 5 November ini.

Juara bertahan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu kini selesa mendahului kedudukan dengan mengumpul 155 mata, 48 mata mengatasi rakan sepasukan, Mohd Haziq Mohd Fairues di kedudukan kedua dengan 107 mata.

Akid hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 untuk memungut dua mata dan mengesahkan gelaran juara keseluruhan CP115 untuk tahun kedua berturut-turut.

Manakala Haziq perlu menjuarai perlumbaan memandangkan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) yang berada di tangga ketiga tidak berupaya untuk memberikan cabaran lagi apabila 57 mata di belakang Akid dengan hanya baki dua pusingan sahaja lagi.

“Saya tidak mahu memandang mudah perlumbaan minggu ini. Walaupun kedudukan itu agak selesa, tetapi saya tetap akan memberi yang terbaik dan mahu menamatkan perlumbaan di atas podium,” kata Akid.

Sementara itu gandingan Mohd Akid dan Mohd Haziq terlebih dahulu berjaya mempertahankan gelaran pasukan terbaik buat PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada musim lepas sebaik perlumbaan pusingan 8 di Jempol, Negeri Sembilan berakhir.

Pasukan ini turut telah mengesahkan status pasukan terbaik dalam kategori CP150 di Jempol.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Ramdan Rosli muncul juara di Jempol

JEMPOL 16 OKT: Mohd Ramdan Rosli berjaya mengatasi masalah gear menjelang perlumbaan akhir untuk meraih kemenangan sulung CP150 musim 2017 pada perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

Selepas aksi cemerlang sepanjang tiga pusingan lepas termasuk dua gelaran naib juara di Selangor (Pusingan 5) dan Melaka (Pusingan 6), pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu bergelut dengan masalah gear sepanjang sesi latihan yang menyaksikannya sekadar bermula dari petak kelapan.

Pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’24.031s mengatasi pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) dengan kelebihan 0.388s.

Md Iqbal Amri Abd Malek (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berjaya meraih podium pertama setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 15’25.255s.

Manakala pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan manakala pencabarnya, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) turut terjatuh namun berupaya meneruskan perlumbaan namun sekadar tamat di kedudukan ke-15.

“Setiap sesi latihan saya menggunakan pelarasan yang berbeza-beza dan sewaktu sesi Superpole, saya masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan jentera saya.

“Saya mengalami masalah gear pada sesi Superpole dan terpaksa bermula dari petak kelapan,” kata Ramdan.

Kemenangan itu meletakkan Ramdan di tangga keempat keseluruhan dengan 70 mata manakala Kasma kekal di tangga teratas dengan 125 mata. Ahmad Afif kedua dengan 100 mata manakala Ahmad Fazli Sham ketiga dengan 75 mata.

Sementara itu dalam saingan CP115, Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) meraih kemenangan kelima peribadi pada musim 2017 sekaligus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada musim lepas.

Akid yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’50.983s diikuti Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) kedua dengan masa 11:51.333s dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga, 11:55.239s.

Selepas lapan pusingan, Akid kini mengumpul 155 mata dan hanya dua mata lagi diperlukan untuk mengesahkan gelaran keseluruhan ketika perlumbaan musim 2017 hanya berbaki dua pusingan sahaja.

Rakan sepasukan Md Haziq Md Fairues berada di kedudukan kedua dengan 107 mata manakala Ahmad Syukran ketiga dengan 94 mata.

Dalam saingan Wira, Mohd Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) muncul juara dengan masa keseluruhan 9’37.095s diikuti Mohd Aiman Azman (V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing) yang meraih podium pertamanya pada musim ini muncul naib juara dengan masa 9’39.905s dan Mohd Syafieq Aiman Fauzi (Elf Koyoko KC Racing Team) ketiga, 9’43.537s.

Kemenangan di Jempol meletakkan Mohd Aiman selesa di tangga teratas dengan untuk terus 132 mata manakala Syafieq Aiman kekal di tangga kedua dengan mengumpul 110 mata.

Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam kekal di tangga ketiga dengan 103 mata.

 

KEPUTUSAN PUSINGAN 8, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
CP150

1 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:24.031s
2 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:24.419s
3 Md Iqbal Amri Abd Malek (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15:25.255s
4 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:26.256s
5 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:29.545s

 

Kedudukan Keseluruhan

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 100 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 67 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:50.983s
2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:51.333s
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:55.239s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:55.401s
5 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:55.545s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 155 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 107 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 94 mata
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 72 mata
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 66 mata

WIRA
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 9:37.095s
2 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 9:39.905s
3 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 9:43.537s
4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 9:45.486s
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 9:45.971s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 132 mata
2 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 103 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 73 mata

 

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma ungguli sesi kelayakan di Jempol

JEMPOL 14 OKT: Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori CP150 setelah muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan spusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakam masa terbaik 45.651s manakala pelumba Onexox TKKR Racing, Md Helmi Azman yang beraksi cemerlang dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) mencatat pencapaian terbaik peribadi musim ini apabila mencatat masa kedua terpantas dengan masa 45.817s.

Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 45.876s sambil Md Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) dan Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) melengkapkan senarai lima pelumba terbaik dengan catatan 45.893s dan 45.910.

“Keadaan cuaca pada hari ini agak baik berbanding keadaan hujan dan cuaca tidak begitu menentu sepanjang minggu ini. j

“Bagi saya, perlumbaan di Jempol kali ini tidak bnyak berbeza berbanding perlumbaan lepas. Saya tidak berasa sebarang tekanan untuk mengejar kemenangan dan sekaligus menebus kekalahan di litar ini pada musim lepas,” kata Kasma.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) merakam masa terpantas sesi kelayakan dengan masa 46.619s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairues, masing-masing dengan catatan terbaik 46.661s dan 46.713s.

Dalam saingan Wira, Md Anuar Ibrahim Pawi (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas sesi Shootout dengan masa 47.218s.

Ia diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kedua, 47.505s.
Pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech) bakal bermula dari petak ketiga dengan catatan 47.643s.

KEPUTUSAN
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 45.651s
2 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 45.817s
3 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.876s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45.893s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.910s

CP115
1. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.619s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.661s
3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.713s
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.721s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47.089s

WIRA -Shootout
1 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.218s
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.505s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 47.643s
4 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 47.722s
5 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 47.762s

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Zaqhwan enggan mengalah saingan hebat

SHAH ALAM 12 OKT: Mohd Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2017 masih belum memihak kepada dirinya selepas kali terakhir menaiki podium pada perlumbaan pusingan pertama di Temerloh, Pahang, Mac lepas.

Menjelang pusingan kelapan yang akan berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 14 dan 15 Oktober ini, pelumba pasukan Givi Honda Yuzy Racing yang diletakkan sebagai pelumba pilihan untuk bersaing merebut kejuaraan pada awal musim optimis mereka masih mampu untuk berada di kelompok hadapan dalam baki tiga pusingan perlumbaan terakhir sebelum saingan musim 2017 menutup tirai November ini.

“Banyak yang memperkatakan tentang kemampuan kami pada musim ini. Ia, memang tak dinafikan, situasi ketika ini tidak begitu memihak kepada kami, namun kami bukan hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa untuk mendapatkan jentera yang lebih baik,”

“Pasukan terus berusaha untuk mendapatkan jentera yang mampu memberikan saingan kepada lain-lain pasukan,” jelas juara keseluruhan CP130 musim 2014 ini.

Katanya Litar Jempol merupakan antara litar kegemarannya apabila tahun laku dia menang di sini, namun sukar untuk mengulanginya pada tahun ini.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan mensasarkan penamat dalam kelompok lima pelumba terbaik. Satu bonus tambahan jika dapat naik ke podium,” kata Zaqhwan.

Selepas tujuh pusingan, Zaqhwan berada di tangga ke-11 keseluruhan dengan 35 mata manakala Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tangga teratas dengan 125 mata.

=EZY=