Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Affendi berhijrah, buru keputusan terbaik bersama jentera baharu

SHAH ALAM 11 OKT: Mohd Affendi Rosli yakin penghijrahan ke pasukan baharu mampu membawa keputusan positif menjelang perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, pada 14 dan 15 November ini.

Pelumba berusia 32 tahun itu beralih ke pasukan Bio-Ray AHM Racing Team setelah hanya tujuh pusingan bersama pasukan SCK Rapido Hirev Honda Racing bagi mengharungi baki saingan perlumbaan kategori CP150 yang mula dkperkenal pada tahun ini.

“Saya yakin ia keputusan tepat. Selepas beberapa sesi latihan, saya yakin mampu kembali berada di kelompok hadapan. Tambahan pula, litar Jempol jarang mengecewakan saya.

“Pasukan telah menyediakan yang terbaik kepada saya. Banyak perubahan dari segi jentera berbanding sebelum ini. Saya akan membalas kepercayaan pasukan dan menunjukkan kemampuan sebenar kepada mereka yang mengkritik saya sebelum ini,” katanya.

Setakat tujuh pusingan lepas, Affendi sekadar berada di kedudukan ke-20 keseluruhan dengan mengumpul enam mata dengan pencapaian terbaik menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12 pada pusingan lepas di Kelantan.

Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mendahului kedudukan keseluruhan dengan 125 mata diikuti Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) dengan 99 mata dan Ahmad Fazli Sham, 64 mata.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix ucap tahniah kejayaan Hafizh Syahrin di San Morino

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 SEPT: Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersama rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kejayaan Hafizh Syahrin Abdullah menaiki podium dalam perlumbaan di Grand Prix San Morino, pada 9 September lalu.

Cub Prix get back in action on March 12 at Maeps SelangorIa adalah kejayaan podium kedua dicapai Hafizh Syahrin dalam kariernya yang muncul pemenang ketiga dalam perlumbaan Moto2 dimenangi pelumba Switzerland, Dominique Agerter dan Thomas Luthi (kedua).

Pada masa sama, Kejuaraan Cub Prix Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi, yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

“Ini adalah saat paling menggembirakan apabila dapat meraikan kejayaan pelumba Malaysia.

“Ia menjadi lebih istimewa apbila bakat pelumba ini ditemui dan digilap melalui Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia,” kata kenyataan itu.

Dengan pencapaian itu, semoga pencapaian Hafizh dan Khairul pada perlumbaan terbabit akan terus menjadi inspirasi kepada generasi juara Malaysia akan datang.

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma raih hatrik, kemenangan kelima

KELANTAN 10 SEPT: Kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin sukar dihalang apabila berjaya meraih kemenangan ketiga berturut-turut yang juga merupakan kemenangan kelima peribadi musim 2017 selepas menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu dengan mudah menamatkan 20 pusingan perlumbaan dan melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s.

“Saya tidak begitu yakin dan tidak menjangkakan kemenangan mudah pada perlumbaan hari ini. Prestasi dan catatan masa saya tidak begitu baik pada sesi-sesi lain,” jelas Kasma yang memulakan perlumbaan di belakang Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

Kasma berkata dia bermula agak perlahan dan ketinggalan di belakang beberapa pelumba lain.

“Persaingan pada awal perlumbaan agak sengit sehinggalah saya dapat mendahului kedudukan namun saya masih berhati-hati kerana permukaan litar yang semakin licin,” katanya.

KASMA IN ACTION (1)Dengan Kasma selesa di hadapan, perebutan lebih terarah kepada perebutan tempat kedua dan ketiga yang menjadi milik Fazli dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) setelah seorang lagi pelumba, Ramdan yang berada di kedudukan kedua terjatuh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

Kasma terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan setelah mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang telah berlangsung setakat ini manakala Afif kekal di tangga kedua dengan 99 mata diikuti Fazli ketiga dengan 64 mata.

Sementara itu, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues untuk meraih kemenangan keempat pada musim ini sekalibus terus mengukuhkan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 130 mata.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 13’46.688s diikuti Haziq dengan masa 13’46.894s. Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) meraih podium pertama pada musim ini setelah menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 13’47.727s.

CP150 PODIUMHaziq berada di tangga kedua keseluruhan dengan 96 mata diikuti Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketiga dengan 78 mata.

Dalam saingan Wira, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kembali ke pentas podium sebagai juara setelah kali terakhir muncul juara pada pusingan pertama di Temerloh dengan masa keseluruhan 11’12.261s.

Saiful menewaskan rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman yang menamatkan perlumbaan dengan masa 11’12.399s manaka pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha –Afb Tech) di tangga ketiga dengan masa 11’16.542s.

Aiman kekal di tangga teratas dengan 107 mata diikuti Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) di kedudukan kedua dengan 94 mata diikuti Saiful ketiga, 93 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 7, PASIR PUTEH, KELANTAN
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:52.165s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:54.113s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:54.739s
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 18:06.052s
5 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 18:06.295s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 99 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 64 mata
4 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 51 mata
5 Md Fitri Ashraff Razali (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 51 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.688s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:46.894s
3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:47.727s
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:54.385s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 13:57.524s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 130 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 96 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 78 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PERONAS Sprinta Yamaha – CKJ 58 mata
5 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 52 mata

WIRA
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.261s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:12.399s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 11:16.542s
4 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:16.982s
5 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 11:17.191

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 107 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 94 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 69 mata

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Izzat terpantas di Pasir Puteh Sentral

KELANTAN 9 SEPT: Md Izzat Zaidi Salehan memberikan cabaran awal apabila berjaya mendahului sesi kelayakan kategori CP150 pada saingan hari pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Pasir Puteh Sentral, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu mencatat masa terpantas 53.171s mengatasi Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang dilihat kembali menemui prestasi terbaik apabila kembali ke kelompok pelumba terbaik dengan catatan 53.281s.

Pelumba yang baharu beraksi dalam kategori CP150 bersama pasukan Onexox TKKR Racing, Md Hafiza Rofa mencipta kejutan apabila muncul pelumba ketiga terpantas setelah mencatatkan masa terbaik 53.519s.

“Saya sendiri tidak menjangka dapat mencatat masa terpantas kerana masih bergelut untuk mendapatkan pelarasan dan aksi terbaik di sini. Lagipun catatan saya pada sesi latihan tidak begitu baik jika dibandingkan dengan Fazli,” jelas Izzat.

Izzat Zaidi terpantas Kelayakan CP150“Tambahnya, mungkin faktor jentera banyak membantu. Selain pelarasan yang lebih baik, kami juga menggunakan beberapa peralatan baru yang membantu saya untuk mengendalikan jentera dengan lebih baik.

“Namun, masih terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan dan agak sukar untuk menjangkakan siapa pelumba terbaik pada sesi Superpole,” katanya.

Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin mencatat masa ketujuh terpantas dengan catatan 53.602s manakala Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) muncul pelumba tunggal jentera Honda yang layak ke sesi Superpole dengan catatan 53.545s

 
Keputusan Sesi Kelayakan
CP150
1 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 53.171s
2 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.281s
3 Md Hafiza Rofa (TRG) Onexox TKKR Racing Team 53.519s
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.539s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 53.541s

CP115
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 53.560s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53.807s
3 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 54.554s
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 54.602s
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54.721s

WIRA
1 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) Persendirian 55.432s
1 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 55.463s
2 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 55.690s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 55.523s
4 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 55.795s
5 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 55.837s

 
=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Amirul Hafiq kembali ke litar saingi kelas CP150

SHAH ALAM 6 SEPT: Bekas pelumba Moto3 negara, Amirul Hafiq Azmi bakal kembali ke litar setelah tersenarai dikalangan barisan pelumba CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Pasir Puteh Central, Kelantan pada 8 dan 9 September ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu akan membawa cabaran pasukan Onexox TKKR Racing bagi menggantikan Md Haiekal Akmal Zakaria yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan patah kaki kiri.

Kali terakhir Amirul beraksi dalam saingan Kejuaraan Cub Prix pada tahun 2011 sewaktu perlumbaan berlangsung di Putrajaya bersempena sambutan Hari Belia Negara.

“Haikal mungkin terpaksa berehat lama akibat cedera patah kaki kiri sewaktu perlumbaan akhir di Jasin tempoh hari.

Cub Prix“Kami terpaksa mencari pengganti yang berpengalaman untuk bersaing dalam kategori CP150 ini,” jelas pengurus pasukan, Alizan Tambi.

Tambahnya, meskipun Amirul telah lama tidak bersaing di pentas Cub Prix, namun dia masih menunjukkan prestasi memberangsangkan sewaktu sesi ujian yang kami lakukan.

“Jika dia menunjukkan prestasi baik minggu ini, mungkin dia akan kekal sehingga ke penghujung musim jika Haiekal tidak sempat sembuh,” katanya.

Amirul akan bergandingan bersama dua pelumba muda, pemenang dua podium sewaktu Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Indonesi, Md Helmi Azman dan juga Md Khairul Ikhwan Ajis.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Deruman enjin bakal hangatkan Pasir Puteh Sentral

KELANTAN 5 SEPT: Pasir Puteh Sentral bakal dihangatkan dengan deruman enjin jentera perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila bakal menjadi venue pusingan ketujuh bagi musim 2017 pada 8 dan 9 September ini.

Pemilihan Pasir Puteh Sentral juga menyaksikan Kelantan sekali lagi berada dalam kalendar kejuaraan setelah Pasir Mas turut menjadi tuan rumah siri perlumbaan kebangsaan itu pada musim 2016.

“Kelantan merupakan antara lokasi pilihan untuk berada dalam kalendar kejuaraan Cub Prix.

“Sambutan dan sokongan daripada semua pihak sentiasa menggalakkan dan kita jangkakan sama seperti musim lepas di Pasir Mas, puluhan ribu pengunjung dijangka akan hadir bagi memeriahkan suasana perlumbaan,” jelas Shafry Azizan, Ketua Penyelaras Operasi Kejuaraan Cub Prix.

Kasma (duduk), Afif (kiri) dan Ramdan mendahului kedudukan CP150Tambahnya, bentuk litar ini juga dijangkakan akan memberi cabaran tertentu kepada pelumba dengan beberapa selekoh yang agak mencabar.

“Persaingan di litar baru sentiasa menarik dan terbuka buat pelumba-pelumba,” katanya.

Selepas enam pusingan, saingan kelas perdana CP150 dikuasai oleh Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan mengumpul 100 mata diikuti Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan kedua dengan 83 mata dan rakan sepasukan Kasma, Mohd Ramdan Rosli ketiga, 45 mata.

Saingan CP115 juga milik dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan Mohd Akid Aziz kekal di tangga teratas dengan 105 mata diikuti Mohd Haziq Fairues di tangga kedua dengan 76 mata.

Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan ketiga dengan 67 mata.

Kelas Wira milik Mohd Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yama – Afb Tech) dengan 91 mata, Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) kedua, 87 mata dan Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) ketiga, 68 mata.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma raih kemenangan keempat di Jasin

JASIN 6 OGOS: Kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan keempat setelah memenangi perlumbaan akhir CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’18.875s, empat saat dihadapan rakan sepasukan, Mohd Ramdan Rosli manakala Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan ketiga dengan masa 17’22.664s.

“Pada peringkat awal, saya sedikit ketinggalan sebelum kembali mengejar pelumba di hadapan. Persaingan kali ini semakin sengit sebelum saya berjaya memintas untuk mendahului perlumbaan.

Kasma Podium“Persaingan sengit diantara pelumba di belakang saya memberi kelebihan untuk saya terus selesa di hadapan sehingga ke garisan penamat,” jelas Kasma.

Kemenangan ini membantu Kasma untuk terus kekal di tangga teratas dengan mengumpul 100 mata, 117 mata mengatasi Afif di kedudukan kedua.

Pada masa sama pelumba muda negara itu turut mengumumkan akan beraksi secara wildcard dalam kelas 600cc pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, minggu ini.

Sementara itu, Azroy Hakeem Anuar merupakan pelumba paling bertuah pada hari ini apabila berjaya memenangi perlumbaan kategori CP115 meskipun terjatuh sewaktu pusingan ketiga perlumbaan.

Pemenang pusingan kelima di Maeps, Selangor itu bagaimanapun bernasib baik apabila perlumbaan telah diberhentikan setelah bendera merah dikibarkan sebelum perlanggaran diantara Azroy dan pendahulu ketika itu, Ahmad Syukran Aizat.

Sebaik perlumbaan kembali bersambung, Azroy yang memulakan perlumbaan dari petak kedua berjaya memintas Ahmad Syukran dan mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12’36.249s diikuti Ahmad Syukran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan kedua dengan 12’38.581s manakala Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) ketiga dengan masa 12’42.460s.

Dua kemenangan berturut-turut melonjakkan Azroy ke tangga keempat keseluruhan dengan 50 mata manakala pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam kekal di tangga teratas dengan mengumpul 105 mata.

Rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues di kedudukan kedua dengan 76 mata diikuti Ahmad Syukran ketiga, 67 mata.

Dalam kategori Wira, Md Syafieq Aiman akhirnya berjaya meraih gelaran juara yang pertama setelah muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 10’52.455s.

Sementara Md Izam Ikmal Izamli meraih gelaran nabi juara dengan masa 10’52.577s. Md Danial Syhmi (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) meraih tempat ketiga dengan masa 10’59.774s.

Pendahulu, Md Aiman Tahiruddin yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 setelah terjatuh pada awal perlumbaan bagaimanapun masih mendahului senarai keseluruhan dengan 91 mata manakala Syafieq naik ke tangga kedua dengan 87 mata. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) turun ke tangga ketiga dengan 68 mata.

KEPUTUSAN
Akhir
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:18.875s
2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:22.579s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:22.664s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 17:23.210s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 17:27.281s

Kedudukan keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 100 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 83 mata
3 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 45 mata
4 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44 mata
5 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 42 mata

CP115
Akhir
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:36.249s
2 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:38.581s
3 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12:42.460s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12:43.263s
5 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:46.821s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 105 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 76 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 67 mata
4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 50 mata
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45 mata

WIRA
Akhir
1 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 10:52.455s
2 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) Persendirian 10:52.577s
3 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 10:59.774s
4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 10:59.930s
5 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:00.561s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 91 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 87 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 68 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 67 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 63 mata

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Afif optimis peluang di Jasin

SHAH ALAM 2 OGOS: Ahmad Afif Amran tidak boleh ketinggalan jauh kepada Kasma Daniel Kasmayuddin seandainya mahu kekal dalam pemburuan gelaran keseluruhan kelas CP150 pada saingan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, pada 5 dan 6 Ogos ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu berada di tangga teratas selepas perlumbaan pusingan keempat di Teluk Intan dengan kelebihan satu mata namun penamat di tempat ketiga sewaktu perlumbaan lepas di Selangor meletakkan Afif jatuh ke tangga kedua keseluruhan dengan 67 mata, lapan mata ketinggalan kepada Kasma di tangga teratas dengan 75 mata.
SHZ_6523 (1)“Saingan di Melaka minggu ini juga saya perlu kompetitif. Litar baru tidak memberi banyak kelebihan kepada sesiapa, tetapi pasukan mana yang memiliki jentera lebih baik dan cepat menyesuaikan diri dengan litar sudah tentu akan mempunyai kelebihan.”

“Saya perlu mencari peluang untuk menewaskan kasma, tetapi bukan mudah kerana semua tahu yang dia memang laju. Tambahan pula bentuk litar ini memberi kelebihan kepada pelumba dan jentera yang laju,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Kasma ungguli CP150 Cub Prix di MAEPS Serdang

OLEH HAFIZAN TAIB

SERDANG, 17 JULAI: Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin mudah melepasi garisan penamat dan meraih kemenangan dalam saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM PETRONAS di Litar Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Pelumba negara yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia itu bersendirian serta menepati ramalan melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’59.423s, lapan saat di hadapan pemenang tempat kedua.

“Memang strategi saya untuk cuba menjarakkan diri dengan pelumba lain dari awal perlumbaan kerana tidak mahu bersaing dalam kelompok besar.

“Litar ini mempunyai banyak selekoh sempit dan permukaan jalan semakin teruk, maka saya cuba mengekalkan masa sepusingan dengan konsisten kerana tidak mahu terbabit insiden tidak diingini,” katanya.

Kasma berkata, beliau juga berusaha memenangi perlumbaan itu kerana mungkin terdapat lagi perlumbaan Cub Prix selepas ini tidak dapat disertainya dan dia tidak boleh kehilangan mata berharga.

Di sebalik kemenangan mudah Kasma, persaingan lebih terarah kepada perebutan pemenang tempat kedua dan ketiga di antara rakan sepasukan Kasma, Md Ramdan Rosli, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ), Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) dan Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) terutama ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

KASMA DANIEL KASMAYUDDINKesempatan digunakan dengan bijak oleh Md Ramdan menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 16’08.169s, manakala Ahmad Afif berada di kedudukan keenam pada peringkat awal perlumbaan pantas mencuri ruang untuk memintas sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium dengan masa 16’08.466s.

Manakala dalam saingan CP115, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) berjaya meraih podium pertama bagi musim ini dengan menewaskan pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) sekali gus menyekat Akid daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut.

Setelah bersaing sengit dan sering kali bertukar kedudukan pendahulu, Azroy berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan pennamat dengan masa keseluruhan 12’20.772s, hanya 0.080s di hadapan Akid diikuti rakan sepasukan, Md Haziq Fairues di kedudukan ketiga dengan masa 12’21.760s.

Malang buat Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang pada satu ketiga berada di kedudukan ketiga apabila terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan.

Gelaran naib juara cukup untuk meletak Akid terus selesa di tangga teratas keseluruhan dengan 95 mata, 30 mata mengatasi Haziq manakala Ahmad Syukran Aizat (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ) di tangga ketiga (47 mata).

Dalam saingan Wira, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama pada musim ini dengan catatan masa keseluruhan 9’57.276s, mengatasi pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (Petronas Sprinta Yamaha – Afb Tech) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 10’03.447s.

Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) sekali lagi menamatkan saingan di atas podium di tempat ketiga dengan catatan masa 10’04.055s.

Gelaran naib juara terus melonjakkan kedudukan Aiman selaku pendahulu dengan mengumpul 86 mata, 24 mata mengatasi Saiful Azhary Muhamad yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan 56 mata, berkongsi mata bersama Syafieq.

KEPUTUSAN

CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:59.423s
2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:08.169s
3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:08.466s
4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16:08.550s
5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 16:09.103s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 67 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
4 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 39 mata
5 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) GiVi Honda Yuzy Racing Team 35 mata

CP115
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:20.772s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:20.852s
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:21.760s
4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:35.116s
5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 12:35.398s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 65 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata
5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 27 mata

WIRA
1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:57.276s
2 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 10:03.447s
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 10:04.055s
4 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:05.184s
5 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 10:08.689s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 86 mata
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 62 mata
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 62 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 56 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AfB Tech 47 mata

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Azhar terpantas di MAEPS

SERDANG 15 JULAI: Md Azhar Abd Jalil melakukan kejutan apabila mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa mengatasi pelumba piliha, Kasma Daniel Kasmayudin dalam kategori CP150 pada saingan hari pertama Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS, Serdang, hari ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mencatat masa terpantas 47.998s pada minit akhir perlumbaan mengatasi catatan terbaik Kasma (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang mencatatkan 48.023s.

Kasma sebelum itu mendahului sesi latihan bebas pertama dan kedua dengan catatan masa 49.573s dan 48.049s.

Azroy fastest CP115Sementara itu, sedikit pindaan peraturan teknikal perlumbaan pada perlumbaan kali ini memberi kelebihan buat Fakhrusy Syakirin Rostam untuk menyaingi pelumba lain apabila muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 48.039s.

“Jentera berada dalam keadaan terbaik. Perubahan teknikal yang baharu menjadikan jentera kali ini lebih mudah untuk dikawal.

“Tambahan pula saya sukakan bentuk litar ini yang agak teknikal dengan mempunyai beberapa selekoh ‘S’ yang memberi kelebihan untuk saya menyaingi pelumba lain,” jelas Azhar.

Dalam saingan CP115, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) muncul pelumba terpantas dengan masa 48.459s diikuti pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 48.788s diikuti Nazirul Izat Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) dengan masa 48.954s.

Dalam kategori Wira, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) terus menguasai kategori Wira setelah mencatat masa terpantas sesi ujian masa dengan catatan 49.679s. Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing Team) kedua dengan catatan 49.737s diikuti rakan sepasukan Aiman, Md Danial Syahmi dengan 49.901s.
Keputusan Ujian Masa
CP150
1 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 47.998s
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 48.023s
3 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 48.039s
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 48.137s
5 Md Hafiz Nor Azman (PRK) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 48.246s

CP115
1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 48.459s
2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 48.788s
3 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 48.954s
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 49.184s
5 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 49.212s

WIRA
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) 49.679s
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 49.737s
3 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha –Afb Tech 49.901s
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 50.089s
5 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 50.215s

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Kasma tekad rampas kedudukan pendahulu

SHAH ALAM 15 JULAI: Kasma Daniel Kasmayudin tidak sabar untuk turun beraksi bagi merampas semula kedudukan pendahulu keseluruhan CP150 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang, hujung minggu ini.

Dua kemenangan berturut-turut pada awal musim meletakkan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu berada di tangga teratas keseluruhan namun jatuh ke kedudukan kedua setelah tidak dapat beraksi pada pusingan keempat di Teluk Intan kerana berlangsung serentak dengan saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol.

Ketika ini pemenang perlumbaan di Teluk Intan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) berada di tangga teratas, hanya dengan kelebihan satu mata ke atas Kasma manakala rakan sepasukan Kasma, Ahmad Fazli Sham di tangga ketiga dengan 40 mata.

“Saya perlu menang minggu ini untuk kembali merampas kedudukan pendahulu. Saya tidak boleh tercicir sebarang mata lagi jika ingin menang gelaran tahun ini kerana mungkin ada pusingan lain yang saya tidak dapat beraksi,” kata Kasma.

NRP_8172Dia berkata merindukan aksi di Cub Prix kerana sudah berapa bulan tidak beraksi kerana terlibat dengan latihan dan perlumbaan di Sepanyol.

“Jadual tahun ini sangat padat, namun ia penting untuk perkembangan karier saya.

“Julai juga merupakan bulan sangat sibuk. Saya baru pulang dari Sepanyol Selasa lepas dan selepas tamat perlumbaan di Maeps, saya akan terbang semula ke sana untuk perlumbaan di Litar Estoril pada 21 hingga 23 Julai ini,” katanya.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Cub Prix: Fakhrusy harap aksi seimbang di MAEPS

SHAH ALAM 12 JULAI: Fakhrusy Syakirin Rostam berharap perubahan teknikal dalam saingan CP150 menjadikan perlumbaan lebih seimbang diantara jentera Honda dan Yamaha pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di MAEPS, Serdang, 15 dan 16 Julai ini.

Pelumba SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing itu akui setakat empat pusingan lepas, jentera Honda mereka gagal memberikan saingan kepada jentera Yamaha yang sentiasa mendominasi pentas podium dalam perlumbaan akhir.

Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba tunggal meraih podium buat pasukan menggunakan jentera Honda dengan menduduki tempat ketiga pada pusingan pembukaan di Temerloh manakala pencapaian terbaik Fakhrusy di tempat kelima pada pusingan lepas di Teluk Intan.

“Kami masih bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan terbaik. Memang diakui ketika ini jentera kami agak ketinggalan berbanding jentera lain.

“Apa kami lakukan ketika ini bagi menutup kelemahan ini dengan meningkatkan keupayaan fizikal dan teknik berlumba untuk memberikan lebih cabaran,” kata Fakhrusy.

SHZ_3622Katanya perubahan teknikal diputuskan baharu ini juga belum teruji sama ada mampu untuk mengurangkan jurang perbezaan jentera, namun berharap ia dapat menjadikan perlumbaan musim ini lebih seimbang.

Selepas empat pusingan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) sedang mendahului kedudukan dengan 51 mata diikuti Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) kedua dengan 50 mata. Fakhrusy di tangga ke-10 dengan 19 mata.

=EZY=