Categories
AGENDA NASIONAL

Petaling zon merah, semua 298 sekolah ditutup mulai esok

SHAH ALAM, 11 OKT: Sebanyak 298 sekolah seluruh Petaling ditutup mulai esok hingga 25 Oktober ini selepas daerah itu menjadi zon merah berikutan peningkatan kes Covid-19.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan berkata bilangan itu merangkumi sekolah rendah, menengah serta swasta yang berdaftar dengan pihaknya.

“Sekolah berasrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Pelajar yang mahu kekal di asrama atau menunggu ibu bapa membawa pulang berada bawah pantauan warden selain makanan disediakan.

“Sepanjang tempoh ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru bersama pelajar melaksanakan pengajaran serta pembelajaran di rumah,” kata kementerian itu.

Menurutnya lagi, sekolah yang terbabit peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini perlu menjadualkan semula tarikh baharu yang sesuai.

“KPM sentiasa memantau situasi seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hanya sekolah di kawasan zon merah akan ditutup.

 

Categories
SELANGOR

Daerah Petaling pamer pembangunan rancak sepanjang 2018

OLEH AFIX REDZUAN

SERI KEMBANGAN, 6 JUN: Daerah Petaling terus menyaksikan pembangunan rancak menerusi kelulusan 28 projek bagi 2018 dengan peruntukan RM2.45 juta.

Pegawai Daerahnya, Roslinah Md Jani berkata, 14 projek daripadanya sudah dilaksanakan dengan kos RM1.5 juta manakala bakinya akan disiapkan sehingga penghujung tahun ini.

“Projek pembangunan infrastruktur luar bandar bagi kampung-kampung tradisi di Daerah Petaling sentiasa dirancang dan dilaksanakan.

“Pembangunan berupa infrastruktur yang baik dengan visi Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyembahkan ucapan bersempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Al-Quddus, Taman Pinggiran Putra semalam.

Katanya, kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem perparitan antara tumpuan diberikan kerana terdapat beberapa kawasan yang sering dilanda banjir kilat.

Antara kawasan itu adalah Kampung Melayu Subang, Padang Jawa, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak dan Paya Jaras.

Menurutnya, Daerah Petaling juga berhadapan cabaran untuk mengurangkan penularan wabak denggi kerana mencatatkan rekod yang tinggi berbanding daerah lain.

Sebanyak 27 daripada 120 hotspot denggi merekodkan tiga kematian sehinga penghujung Mei lalu.

 

Categories
NASIONAL

Teresa Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Teresa Banjir11

PUCHONG 28 JAN: Adun Kinrara, Teresa Kok menziarahi mangsa-mangsa banjir Kampung Tengah di Puchong untuk memberi sumbangan kepada mereka yang bermalam di Masjid Nurul Iman di kampung itu.

Mereka berpindah ke Masjid yang dijadikan pusat pemindahan banjir sementara ekoran kejadian banjir yang berlaku pada Jumaat lepas.

Katanya, walaupun 41 keluarga terlibat dengan bencana banjir itu, hanya 25 keluarga yang berpindah ke masjid itu untuk mendapat perlindungan.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi sumbangan sebanyak RM150 setiap keluarga mangsa banjir serta RM50 setiap seorang yang menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

Beliau menyampaikan sumbangan itu dalam satu majlis yang diadakan di pekarangan luar masjid itu.

?Saya menyuarakan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan daripada Pejabat Daerah Petaling, MPSJ, Jabatan Kebajikan, ketua kampung dan JKKKnya, penghulu, Imam masjid dan sukarelawan.

?Saya juga memuji pihak Masjid kerana sudi membenarkan ruang masjid untuk dijadikan tempat perlindungan kepada para mangsa banjir,? kata beliau.