Categories
SELANGOR

Smart Sewa: Penyewa dapat semula bayaran sewa untuk beli rumah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 FEB: Masalah dihadapi golongan tidak mampu membeli kediaman sendiri ekoran kesulitan menyediakan wang pendahuluan bakal terjawab apabila Kerajaan Selangor melancarkan Skim Smart Sewa.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata skim terbabit membolehkan wang sewa rumah dibayar penyewa dikembalikan semula sekaligus membolehkan pihak terlibat menggunakan wang terbabit sebagai wang pendahuluan membeli rumah kediaman impian.

ISKANDAR SAMAD“Cara baru ini, mereka sewa rumah milik Kerajaan Negeri dengan kontrak dalam tempoh tertentu, tiga atau lima tahun dan kemudiannya sebahagian sewa itu dipulangkan semula setelah tamat kontrak.

“Sebagai contoh, jika sewa RM500 atau RM700, mereka dapat semula sekitar RM150 atau mungkin RM300 dan didarab dengan berapa bulan tempoh sewa, dengan duit ini mereka boleh gunakan untuk pendahuluan beli rumah,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Bagaimanapun jelas Iskandar, ketika ini Kerajaan Negeri sedang mengkaji jumlah bayaran sewaan, tempoh kontrak dan peratus jumlah sewajarnya untuk dikembalikan.

“Kerajaan Negeri pada masa ini terus membeli unit-unit rumah mampu milik untuk disewakan kepada golongan sasaran ini,” katanya.

-nR-

Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan digesa lebih berani pertahan kedaulatan negara – PAS

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 FEB : Kerajaan Persekutuan digesa untuk tampil lebih berani menggunakan aset pertahanan negara apabila kedaulatan negara terancam.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata kehadiran kapal pengawal pantai (Coast Guard) China pada jarak 84 batu nautika dari Miri, Sarawak tanpa dicabar membuktikan Kerajaan Barisan Nasional tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara.

ISKANDAR SAMAD“Kejadian tersebut perlu dianggap serius kerana tidak ada sebab munasabah kenapa kapal itu berada begitu hampir dengan perairan Malaysia. Sepatutnya kapal pengawal pantai China mengawal pantai negara itu dan bukan pantai Malaysia.

“Negara memiliki aset pertahanan bernilai berbilion ringgit seperti kapal terbang, kapal perang dan kapal selam tetapi negara asing boleh sesuka-hati menghantar kapal-kapal mereka sehingga ke persisiran pantai kita,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan pendedahan jet pejuang tentera udara Singapura sering mencerobohi ruang udara negara.

Iskandar berkata, kepimpinan negara sewajarnya mengambil contoh ketegasan Britain memintas dua jet pengebom Russia, walaupun ia berada di luar ruang udara negara itu.

“Sebarang tindakan yang dilihat mengancam kedaulatan negara tidak seharus dipandang ringan. Negara kita telah dijajah lebih 500 ratus tahun dan kemerdekaan yang diperolehi mesti dipertahankan dengan bersungguh-sungguh.

“Sempadan negara kita juga sering dibolosi oleh pendatang tanpa izin yang memasuki negara kita di atas sebab-sebab ekonomi,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Rumah Selangorku di Bangi, RMM pertama di Malaysia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 DIS: Projek perumahan pertama di negara ini yang berkonsepkan kediaman selesa pada harga berpatutan dengan menggunakan terminologi ‘rumah mampu milik (RMM)’ dibina di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata projek perumahan Rumah Selangorku yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu dilancarkan pada Jun 2011.

YB Iskandar 1“Ini membuktikan Selangor sentiasa selangkah di hadapan dalam menjaga kesejahteraan rakyat termasuklah dalam membina rumah mampu milik untuk rakyat juga kita yang pertama bina,” katanya kepada Selangor Kini hari ini.

Pada Jun 2011, Kerajaan Selangor menjadi kerajaan pertama melancarkan RMM di negara ini apabila melancarkan projek Rumah Selangorku membabitkan 124 unit kediaman di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Unit kediaman RMM di Bangi itu pada awalnya ditawarkan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan sebanyak 40 peratus lagi ditawarkan kepada golongan muda berumur kurang 35 tahun yang belum memiliki kediaman sendiri.

bukit botak rumah asri 01Ia merupakan merupakan antara 1,682 yang berjaya disiapkan Kerajaan Negeri pada 2013.

Dua projek lagi yang turut disiapkan adalah 136 unit di bandar Sungai Long, Kajang dan 1,422 unit di Bukit Botak, Selayang pada 2013.

-nR-

Jom Guna 2.0 galak masyarakat kitar semula

Kempen Jom Guna 2.0 galakkan amalan kitar semula ekoran peningkatan sisa pepejal di kediaman berstrata.