Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Umat Islam perlu berusaha hadir solat Jumaat – Mufti Selangor

SHAH ALAM, 23 JULAI: Umat Islam di Selangor yang menerima jemputan diingatkan untuk berusaha hadir menunaikan solat Jumaat seperti ditetapkan pihak berkuasa agama negeri, kata muftinya.

Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata mereka yang memenuhi syarat untuk mengerjakannya tetapi gagal berbuat demikian tanpa sebab uzur dibenarkan syarak, hukumnya berdosa.

“Umat Islam wajib menunaikan solat jumaat berdasarkan tatacara operasi piawai (SOP) dengan kehadiran mengikut kapasiti sebenar jemaah di masjid dan surau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Tamyes berkata penerima jemputan yang uzur perlu memaklumkan kepada pengurusan masjid bagi membolehkan kekosongan tersebut diberikan kepada jemaah lain.

“Bagi masjid atau surau yang mempunyai bilangan jemaah tidak melebihi kapasiti maksimum ruang solat, kariah di kawasan tersebut wajib mendirikan solat Jumaat walaupun tidak mendapat jemputan.

“Selain itu pihak rumah ibadat dibenarkan melaksanakan solat sunat itu perlu memastikan maklumat pendaftaran kehadiran solat sampai kepada semua ahli kariah,” katanya.

LZS serah bantuan zakat RM2.1 juta

17 syarikat dan individu turut menerima anugerah sempena Majlis Anugerah dan Penghargaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2015.

Categories
SELANGOR

Portal Ejen LZS licinkan kutipan zakat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Sistem Portal Ejen bagi melicinkan urusan kutipan zakat di negeri ini.

Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata sistem itu mula digunakan ejen cukai, firma audit dan syarikat serta Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS) bermula Disember 2015.

Katanya, ia juga akan digunakan ejen kutipan di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) sedikit masa lagi.

dato hj tamyis-markshort LZS“Portal Ejen merangkumi penggunaan kaedah pengiraan zakat, urusan transaksi pembayaran zakat serta melihat dan mengemas kini rekod pengeluar dan ejen zakat.

“Ia bersifat mobiliti yang mudah diakses telefon pintar, tablet dan komputer riba dari mana-mana lokasi ejen kutipan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Sistem Portal Ejen di sini, hari ini.

Ucapan itu mewakili Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

Pada masa sama, Tamyes berkata, sistem baru membolehkan ejen mencetak terus slip bayaran zakat sementara LZS berpeluang memantau secara langsung proses kutipan zakat.

“Sebelum ini, ejen kutipan menggunakan kaedah manual iaitu mengeluarkan resit sementara bayaran zakat.

“Mereka kemudiannya perlu menghantar dokumen laporan kutipan zakat kepada LZS bagi proses cetakan slip rasmi,” katanya.

-AA-