Categories
SELANGOR

Sultan Selangor tunai Solat Jumaat bersama penduduk Kampung Baru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek, Kampung Baru bersama masyarakat di kampung itu.

Keberangkatan baginda bersama DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kira-kira jam 1.00 tengah hari itu di sambut Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan beberapa orang kenamaan lain.

194b07Keberangkatan Sultan Sharafuddin ke masjid di kampung yang terletak tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur itu turut mendapat perhatian para jemaah yang enggan melepaskan peluang bersalamanan dengan baginda.

Turut hadir, YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Setiusaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya; Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar dan lain-lain.

-nR-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Abdul Khalid kekal MB Selangor atas perkenan Sultan

Oleh: TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
Saya telah manghadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11 Ogos 2014, 9 pagi di Istana Alam Shah Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Sultan Selangor saran JAIS miliki SOP penguatkuasaan

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan rasmi Masjid Batu Jalan Kapar bernilai RM4.9 juta

Oleh: REMY ARIFIN

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Batu Jalan Kapar, Klang yang bernilai RM4.9 juta, di sini, semalam.

Masjid berkenaan mampu menampung sehingga 2,500 jemaah yang dibina semula pada 2 April 2001 dan siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2002.

s1Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyertai sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri dengan diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim, fakir miskin dan saudara baru di kariah berkenaan.

-NFN-

Sultan Selangor Keluarga MH17 diharap tabah & sabar hadapi dugaan

DYMM Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Puchong

Sultan Selangor serah sumbangan LZS, MAIS pada 645 asnaf

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Abrar, Batu 2 Sepintas, dekat sini, semalam.

Sultan: Umat Islam Melayu jangan berbalah antara satu sama lain

http://tv.selangorku.com

Sultan Sharafuddin rasmi Menara Worldwide, mercu kebanggaan Selangor

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merasmikan Menara Worldwide yang menjadi mercu tanda kebanggaan negeri itu, di Jalan Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Kesudian Sultan Sharafuddin mencemar duli bagi merasmikan bangunan itu mencerminkan keprihatinan baginda terhadap usaha memacu kelestarian ekonomi Selangor keseluruhannya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata mercu tanda setinggi 25 tingkat yang memiliki pentauliahan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mampu menarik minat pelabur dalam dan luar negara.