Categories
NASIONAL

Najib Akan di Hakimi di Persidangan Alam Sekitar Di Brazil

SHAH ALAM, 30 MAC: Sebuah NGO yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng bercadang untuk berdepan dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Razak di sidang Earth Summit 2012 pada Jun nanti di Rio de Janeiro, Brazil jika isu tersebut tidak diselesai segera.

” Sebelum ketua-ketua kerajaan sebelum mengadakan sidangnya ada mesyuarat-mesyurat di peringkat antarabangsa yang akan melobi berkaitan isu-isu rakyat berkenaan isu yang melibatkan alam sekitar dan pelbagai isu akan dibangkitkan.

“Kalau kerajaan Malaysia berdegil kita akan pergi keĀ  Rio de Janeiro bersama NGO lain dan kita akan sampaikan hasrat kita dan kita akan berdepan dengan Perdana Menteri di Rio de Janeiro,” kata Pengerusi Green Clean World , Zulkefly Mohamad Omar ,

Green Clean World merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng.

Earth Summit 2012 dijangka akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil 20 – 22 Jun 2012 ini.

Sebelum ini, Bruno Masel yang juga pemimpin kumpulah Hak Asasi Manusia pernah berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memperjuangkan hak orang Penan ketika Earth Summit sebelum ini.

Menurut Zulkefly yang juga Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia pembinaan kilang nadir bumi Lynas itu dijalankan secara tergesa-gesa dan diputuskan tempat itu tanpa kelulusan oleh badan tertentu sebelum ini.

” Kita tidak mahu kilang ini terus dibenarkan beroperasi dan saya melihat sebelas penambahbaikan yang diminta oleh AILB itu belum dipenuhi lagi, termasuk soal tempat di mana lokasi pembinaan itu berhampiran dengan penduduk dan kawasan itu begitu sensitif iaitu kawasan rendah dan selalu banjir,” katanya.