Categories
AGENDA SUKANKINI

12 pasukan Liga-M lengkap proses penswastaan

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) berjaya melengkapkan penswastaan kelab, yang turut merangkumi proses pemisahan daripada persatuan bola sepak (FA) ke kelab bola sepak (FC).

12 pasukan itu adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak United FC, Petaling Jaya City FC, Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan United FC, Melaka, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak, menurut kenyataan FAM hari ini.

Selangor, Kelantan dan Felda United FC merupakan tiga pasukan yang sedang memasuki peringkat akhir proses itu, manakala Pahang, Pulau Pinang dan Kedah, masih dalam peringkat pertengahan proses.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) pula berada dalam peringkat awal proses penswastaan, yang akan tamat pada 30 Sept.

“Tahniah atas kesungguhan dan kerja keras yang ditunjukkan oleh pengurusan tertinggi serta para pegawai untuk berjaya menyerahkan semua dokumen diperlukan, dalam melengkapkan proses penswastaan ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM Mohd Firdaus Mohamed.

Mohd Firdaus berkata, surat peringatan terakhir telah pun dihantar kepada pasukan-pasukan yang masih belum melengkapkan proses penswastaan itu.

Beliau berkata, pasukan yang gagal berbuat demikian tidak akan diterima mengambil bahagian dalam saingan Liga Super dan Liga Premier, selain pertandingan di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) jika layak.

“Ingin ditekankan tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 September 2020 tidak boleh dianjakkan lagi, dan ia perlu diberi perhatian serta tindakan segera, daripada pengurusan dan pegawai pasukan,” katanya.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Piala FA: Selangor bangkit ketinggalan untuk menang penalti

SELAYANG 1 MAC: Pasukan Bola Sepak Selangor bangkit daripada ketinggalan 2-0 dengan FELDA United menerusi sepakan penalti berakhir keputusan 4-2 dalam pertarungan sengit di Stadium Selayang, malam ini.

Satu ketika, bekas juara lima kali Piala FA itu seperti mahu tersingkir apabila lawan mendahului 2-0 tapi berjaya memberi cabaran untuk terikat 2-2 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum ia ditentukan menerusi penalti.

SELANGOR/PIALA FAGol pertama FELDA United kendalian bekas jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim hadir pada minit ke-47 menerusi sepakan penalti Bojan Miladinovic selepas Makeche dijatuhkan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Belum sempat Selangor bernafas, FELDA United menambah derita Selangor dengan gol kedua pada minit ke-50 menerusi rembatan kencang Makeche yang gagal diselamatkan Norazlan.

Selepas FELDA mengendurkan asakan, Selangor berjaya mencuri kesempatan itu dengan merapatkan kedudukan menerusi rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri dalam kotak penalti pada minit ke-78 menewaskan Farizal Harun.

Red GiantsKetika Selangor di ambang penyingkiran, Guilherme De Paula berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-88 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pemain Selangor, Andik Vermansah dilayangkan kad merah selepas mengasari Firdaus Faudzi dan beraksi 10 pemain untuk baki 18 minit.

Permainan ditentukan dengan sepakan penalti dengan Selangor menang 4-2.

Selangor bakal berhadapan Terengganu dalam pusingan ketiga.

Gambar: BH Online

EZY