Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais agih bantuan kepada 418 keluarga di Sabak Bernam, Petaling

SHAH ALAM, 7 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan fidyah berjumlah RM41,800 bagi membantu 418 keluarga asnaf sekitar Sabak Bernam dan Petaling.

Sumbangan kepada golongan terkesan pandemik Covid-19 meliputi makanan asas seperti beras dan minyak masak bernilai RM100.

“Daripada 418 keluarga itu, seramai 314 keluarga di daerah Sabak Bernam dan 114 daerah Petaling.

“Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di sekitar Petaling dan Sabak Bernam membantu Mais menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli RSAFM, Haridan Yusoff berkata beliau bersyukur kerana bantuan yang diberi dapat disalurkan kepada ahli kariahnya di Batu 14, Puchong.

“Saya harap sumbangan ini dapat diteruskan untuk membantu mereka yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang juga Nazir Masjid Jamek, Batu 14, Puchong.

Categories
AGENSI SELANGOR

Mais agih bantuan RM30,300 kepada 303 keluarga di tiga daerah

SHAH ALAM 28 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneruskan agihan fidyah dengan menyalurkan bantuan kepada 303 keluarga terputus pendapatan akibat Covid-19.

Agensi itu berkata sejumlah RM30,300 diperuntuk untuk bantuan makanan kepada penerima di Hulu Selangor melibatkan 156 keluarga, Kuala Langat (83) dan Kuala Selangor (64) .

“Mereka menerima bantuan makanan asas termasuk beras, tepung, gula bernilai RM100. Pengedaran bantuan kali ini melibatkan tujuh rakan strategik fidyah Mais antaranya masjid dan surau,” menurut kenyataan di Facebook.

Mais memperuntuk sejumlah RM2 juta agihan fidyah bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bantuan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah, individu dibuang kerja, cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50 peratus atau yang hilang punca pendapatan.

Mereka yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais bantu 71 pemandu van, bas sekolah terjejas pendapatan

SHAH ALAM, 21 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membantu 71 pemandu van dan bas sekolah yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mais dalam kenyataan memaklumkan sejumlah RM7,100 diperuntuk dengan setiap individu menerima bantuan makanan asas bernilai RM100 menerusi program Dapur Fidyah Mais.

“MAIS berharap, semoga bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penerima,” katanya di Facebook.

Bantuan berkenaan disalurkan kepada AJK Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) Rizana Sadikin oleh Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Selain itu, sejumlah RM39,800 diperuntuk untuk mengagihkan bantuan fidyah di kawasan Klang, Petaling dan Sabak Bernam.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais bantu ringan beban 198 individu terkesan pandemik Covid-19

SHAH ALAM, 11 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan 198 set makanan asas bernilai RM100 kepada individu yang terkesan pandemik Covid-19 di sekitar daerah Kuala Langat semalam.

Penerima terdiri daripada golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan majikan atau hilang punca pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bantuan disalur kepada Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais (RSAFM) iaitu Sekolah Rendah Integrasi Miftahul Hikmah, Masjid Jamiul Ehsani, Masjid Al Fallah, Masjid Al Muttaqin, Masjid Al Ehsan dan Sahabat Hospital untuk diagih kepada penerima.

Mais memperuntuk sebanyak RM2 juta agihan fidyah bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Setakat 19 Jun, seramai 16,654 individu menerima manfaat daripada Program Agihan Fidyah yang dilancarkan sejak 28 Disember tahun lalu.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Categories
AGENSI SELANGOR

Mais agih fidyah RM29,700 bantu penduduk susah di Hulu Langat

SHAH ALAM, 9 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kelmarin mengagihkan fidyah berjumlah RM29,700 bagi membantu 297 penduduk susah sekitar Hulu Langat dan Petaling.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook menyebut sumbangan kepada golongan terkesan Covid-19 meliputi makanan asas seperti beras dan minyak masak bernilai RM100.

“Kepada pembayar fidyah yang budiman, Mais mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua,” katanya.

Agihan membabitkan kerjasama Masjid Raja Alang, Hidayah Centre Foundation, Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 16, Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan, SRA USJ 17 dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Mais memperuntuk sebanyak RM2 juta agihan fidyah bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bantuan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah, individu dibuang kerja, cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50 peratus atau yang hilang punca pendapatan.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais salur bantuan kepada golongan susah di Shah Alam, Klang

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan bantuan bernilai RM17,400 kepada 174 keluarga terjejas Covid-19 sekitar Shah Alam dan Klang semalam.

Mais dalam kenyataan memberitahu, bantuan menerusi peruntukan fidyah itu berupa makanan asas termasuk beras, tepung, minyak dan gula.

“Seramai 129 keluarga di Shah Alam menerima bantuan berkenaan manakala 45 penerima sekitar Klang.

“Rata-rata yang mendapat bantuan adalah golongan berpendapatan rendah (B40), peniaga, penjaja dan golongan yang hilang pekerjaan akibat penularan Covid-19,” maklum Mais.

Agihan berkenaan dijalankan bersama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) selain pihak masjid, surau Sekolah Agama Fardu Ain, Sekolah Rendah Agama Integrasi, maahad tahfid serta pertubuhan bukan kerajaan Islam.

Categories
AGENSI SELANGOR

Mais agih lebih RM30,000 kutipan fidyah kepada 309 penerima

SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM30,900 kepada 309 penerima di Petaling dan Hulu Langat.

Agensi itu berkata agihan dalam bentuk makanan kering seperti beras, minyak dan gula bernilai RM100 setiap set disalurkan kelmarin.

“Set makanan asas ini diedarkan kepada mereka yang terkesan dengan Covid-19 terutama golongan berpendapatan rendah (B40), dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan.

“Mais berterima kasih atas bayaran fidyah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di negeri ini,” menurut kenyataan di Facebook.

Antara penerima fidyah adalah Madrasah Maahad Tahfiz Al Quran Al Ukhuwah, Sekolah Rendah Islam (SRI) Nurul Hidayah, Akademik Tahfiz Al Quran As Sakinah, Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa, Surau An Nur Ampang dan Surau Darul Mahabbah.

Sebanyak RM2 juta diperuntuk Mais untuk membantu 20,000 keluarga yang terkesan akibat pandemik dengan menumpukan mereka dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji dan hilang punca pendapatan.

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais bantu 310 asnaf, fakir sekitar Gombak, Kuala Selangor

SHAH ALAM, 30 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperuntuk RM31,000 agihan fidyah bagi membantu golongan asnaf, fakir dan miskin.

Agensi itu menerusi kenyataan berkata daripada jumlah itu seramai 310 penerima sekitar Gombak dan Kuala Selangor menerima manfaat tersebut.

“Semoga dengan pemberian makanan asas ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba,” katanya di Facebook.

Wakil Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf, fakir dan miskin sekitar Gombak dan Kuala Selangor. 29 April 2021. Foto Facebook Mais

Sebelum ini, Mais turut mengagihkan sebanyak RM30,000 kepada 300 penerima di Klang dan Gombak.

Pada masa sama, Mais berterima kasih kepada agensi dan pembayar fidyah. Orang ramai yang ingin membayar fidyah boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Mais di http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Categories
AGENSI SELANGOR

Mais sasar agih RM1 juta wang fidyah bantu 10,000 keluarga

SHAH ALAM, 2 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyasarkan mengagihkan RM1 juta wang fidyah kepada golongan memerlukan di negeri ini.

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahrir Mahktar berkata daripada jumlah itu seramai 10,000 keluarga akan dibantu pada fasa kedua Ramadan ini.

“Fasa pertama kita telah selesai agih yang mana setiap keluarga diperuntuk RM100 dengan pemberian berupa pek makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.

“Fasa kedua akan diteruskan dengan jumlah sama dan mereka yang terima terdiri daripada individu atau keluarga golongan berpendapatan rendah (B40), peniaga, penjaja terjejas punca pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di Hotel Acapella di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Mais, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Dr Ahmad Shahrir menjelaskan bantuan tersebut disalur melalui pelbagai program turun padang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan serta masjid dan surau.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web Mais di www.mais.gov.my atau membuat bayaran menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php .

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais mudahkan umat Islam bayar fidyah dalam talian ketika PKP

SHAH ALAM, 22 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyediakan perkhidmatan pembayaran fidyah secara dalam talian bagi kemudahan umat Islam di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi agama negeri itu memaklumkan fidyah merupakan bayaran denda dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya ketika Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tiba Ramadan tahun berikutnya.

“Kadar fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun dan dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak.

“Ia berubah mengikut harga ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat dan kadar di negeri ini adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Umat Islam yang ingin berbuat demikian, boleh melayari laman web www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Categories
SELANGOR

280 pelajar terima sumbangan fidyah KUIS

BANDAR SERI PUTRA, 6 DIS: Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyalurkan sumbangan fidyah daripada pusat zakat kolej itu kepada 280 pelajar, pada 18 November lalu.

Majlis sumbangan itu disempurnakan Rekto KUIS, Prof Datuk Abdul Halim Tamuri bersama beberapa tetamu kehormat lain bertempat di Masjid Al-Azhar kolej itu, di sini.

kuis2“Saya menyeru kepada hadirin supaya lebih banyak menyumbang ke pusat zakat KUIS. Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima,” katanya.

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah wakil Lembaga Zakat Selangor, Universiti MultiMedia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bank Islam Berhad.

Majlis itu diterukan dengan tazkirah yang disampaikan peserta Pencetus Ummah, Muhammad Yusuf untuk memberi sedikit semangat kepada hadirin dan pelajar.

Sebelum majlis bermula, pegawai dan petugas KUIS bergotong-royong memasak jamuan untuk semua hadirin.

-NFN-