Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri salur lebih RM10 juta kepada 479 sekolah

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 JUN: Kerajaan Negeri menyalurkan RM10,903,000 melalui Program Bantuan Sekolah (Fasa 1) bagi Tahun 2014 kepada 479 sekolah seluruh Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata agihan itu bertujuan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah Selangor.

“Sebelum 2008, SAR tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri atau Pusat. Kemudahan insfra di kebanyakan sekolah ini berada dalam keadaan yang lemah termasuk sistem pendawaian, tandas, kipas dan bilik darjah dalam keadaan tidak terurus dengan baik.

_MG_4104 copy“Jadi, bantuan seumpama ini amat diperlukan pihak sekolah dalam memberi persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar,” katanya pada sidang media, di Lobi Annex, di sini, semalam.

 

Untuk rekod, peruntukan Program Bantuan Sekolah bagi penggal itu masih kekal kepada RM16 juta.

Agihan itu membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan bantuan RM2,302,000, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM3,077,00 dan bakinya Rm5,506,000 untuk Sekolah Agama Rendah (SAR).

_MG_4114 copyAgihan cek bagi SJKT dilaksana pada 18 Jun lalu, manakala SJKC akan dilaksanakan pada 24 Jun ini (lokasi akan diberitahu kelak), sementara SAR pada 7 Julai ini bertempat di Kolej Integrasi tahfiz tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS) di Pancang Bedena, Sabak Bernam.

“Kita mahu setiap pemberian diuruskan pihak sekolah dengan penuh amanah. Kita bercadang untuk tubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memantau setiap penggunaan dana supaya apa yang sekolah minta di dalam borang dilaksanakan selepas Kerajaan Negeri memberi bantuan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sebanyak 52 SJKC terima bantuan pendidikan fasa kedua

Oleh Siraj Mohd Zaini

SHAH ALAM 19 DIS – Sebanyak 52 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor menerima bantuan pendidikan berjumlah RM 1.33 juta.

Ia adalah bantuan kewangan fasa kedua bagi tahun 2013 melalui dasar Kerajaan Selangor yang memperuntuk RM4 juta kepada setiap SJKC yang layak di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah berkata Kerajaan Negeri menjadikan pendidikan sebagai agenda utama pentadbirannya.

“Pendidikan adalah agenda utama Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengamal ‘accountibility’ dan setiap peruntukan hendaklah digunakan sebaik-baiknya. Jika atap sekolah perlu pembaikan, gunakan dengan betul,” katanya.

Sumbangan disampaikan Dr Halimah di ruang legar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini. Turut hadir sebahagian Exco Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil SJKC.

1IMG_1866

Sepanjang tahun ini, sebanyak 108 SJKC menerima bantuan itu termasuk bantuan fasa pertama yang diselesaikan sebelum Mei lalu.

Selain SJKC, Kerajaan Negeri juga memperuntuk RM4 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sejak tahun 2009.

Rata-rata wakil SJKC mengucapkan terima kasih atas sumbangan berterusan itu.

IMG_1883Wakil SJKC Sin Ming Semenyih, Tean Khh Keng, 61, menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana tidak mengabaipendidikan sekolah Cina.

“Bantuan ini akan digunakan untuk membaikpulih beberapa infrastruktur di sekolah saya,” katanya.

Lim Leong Cheok, 44, dari SJKC Kampung Baru Ampang pula berharap lebih banyak bantuan diberi pada masa akan datang kerana tidak semua SJKC ada kewangan yang baik.

“Saya lihat Kerajaan Negeri bersikap adil kepada semua. Pada masa akan datang, saya berharap perlu ada perhatian lebih khusus kepada SJKC yang lebih memerlukan,” katanya.

JURNAL BERITA : MB – Rizab Selangor RM 3 bilion tampung kemelesetan ekonomi 3 tahun

Sinopsis

1- Tiada kenaikan tarif air di Selangor walaupun Kerajaan Pusat naik kadar elektrik

2- Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun

3- MB : Tol naik akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian

4- MB jamin tidak lindungi sesiapa, alu-alu siasatan SPRM kes curi pasir

5- Kerajaan Negeri tuntut dana Balkis dikembalikan

6- Abdul Khalid serah beg sekolah kepada 300 pelajar

7- Rakyat berbilang bangsa sambut Perayaan Hari Krismas Selangor 2013

8- Gangguan air: PBT diarah siap sedia bantu pengguna terjejas

9- Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

10-Masyarakat digalak bantu mangsa bencana : Rodziah

11- JKKKP membazir, bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

12- Tourism Selangor giat industri pelancongan

13- DAP komited bantu rakan PR menang dalam PRU14

14- DUN Subang Jaya rai OKU melalui kempen kecerian

15- Polis Bantuan tetap perlu walaupun pasang 1,000 CCTV

16- Halimah : PTRS berjaya capai sasaran

17- Rasuah punca banyak kes pemerdagangan manusia