Categories
BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN

Rizab Selangor catat RM2.38 bilion sehingga 30 Jun

SHAH ALAM, 29 JULAI: Rizab Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan RM2.38 bilion sehingga 30 Jun lalu, berbanding RM2.13 bilion pada Disember 2018.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rizab berkenaan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

“Jumlah terkini rizab Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2019 adalah RM2.38 bilion terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM721.19 juta dan Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM1.66 bilion.

“Manakala baki rizab pada 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM2.13 bilion,” katanya menjawab pertanyaan mulut Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, pada Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.

Amirudin berkata, baki Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan pengurangan 16.39 peratus atau RM467 juta, berkurang dari RM2.84 bilion kepada RM2.38 bilion berbanding tempoh sama, pada 2018.

Manakala katanya, baki Akaun Hasil Disatukan pula, merekodkan pengurangan dari RM1.6 bilion kepada RM721.19 juta, berkurang sebanyak 55.35 peratus atau RM894.25 juta berbanding tempoh sama, pada tahun lalu.

“Sehingga Disember 2019, Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM2.64 bilion dan sasaran hasil adalah sebanyak RM2.2 bilion yang mana defisit itu akan dibiayai dengan menggunakan Akaun Hasil Disatukan.

“Justeru, Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah proaktif dalam mengawal dan melaksanakan perbelanjaan berdasarkan unjuran keselurahan berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, prestasi kutipan hasil bagi tempoh enam bulan adalah 64.74 peratus, iaitu RM1.42 bilion daripada sasaran RM2.2 bilion.

“Prestasi perbelanjaan mengurus sehingga tempoh ini juga berjumlah RM565.55 juta iaitu 44.18 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1.28 bilion. Secara perbandingan, perbelanjaan mengurus pada 2018 adalah RM1.34 bilion.

“Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 95 peratus daripada jumlah peruntukan. Prestasi perbelanjaan pembangunan sehingga 30 Jun 2019 adalah RM661.40 juta atau 51.67 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1.28 bilion.

“Secara perbandingannya, perbelanjaan pembangunan pada 2018 adalah sebanyak RM1.4 bilion. Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan pembangunan sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 90 peratus daripada jumlah peruntukan,” katanya.

Baru empat bulan, kutipan hasil Selangor RM1.427 bilion- MB


Empat bulan pertama bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.427 bilion bersamaan 63% dan dijangka meningkat sehingga lebih RM2.25 bilion pada penghujung tahun.

Rizab Selangor melonjak RM4.034 bilion


Rizab simpanan Kerajaan Negeri melonjak kepada RM4.034 bilion yang merupakan angka simpanan tertinggi setakat ini.

Categories
SELANGOR

Rizab negeri naik konsisten sejak 2009

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 JUL: Peningkatan rizab Selangor berlaku secara gradual (beransur-ansur) dan konsisten sejak 2009, kata Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman.

Beliau berkata peningkatan rizab bukan disebabkan simpanan itu tidak dibelanjakan, sebaliknya ia bergantung kepada dasar dan polisi negeri.

Selangor majuKatanya, rizab negeri atau kumpulan wang disatukan terus meningkat pada tahap RM3.654 bilion sehingga 30 Jun lalu berbanding RM1.3 bilion pada 2009.

“Jika dilihat Belanjawan Selangor saban tahun semakin bertambah, tetapi kembali kepada dasar dan polisi negeri.

“Contohnya, untuk tujuan tukar syarat tanah, kita menilai mengikut harga pasaran dan negeri tidak memberi diskaun bagi nilai premium itu.

“Itu salah satu sebab mengapa hasil negeri meningkat kerana dasar itu sendiri,” katanya kepada Selangor Kini.

Noordin berkata Selangor adalah negeri bertuah kerana menjadi tumpuan mencari pekerjaan termasuk dari kalangan rakyat luar negara.

Katanya ia ditambah dengan ekonomi negeri stabil dan menyediakan banyak tenaga kerja khusus buat pelabur dari pelbagai pelusuk.

“Tenaga kerja ini memerlukan kediaman, jadi apabila ada permintaan untuk hartanah banyak tanah berstatus pertanian ditukar kepada bangunan.

“Malah keadaan ekonomi itu sendiri apabila Selangor menyumbang 25 peratus kepada negara dan bila ia berlaku, industri melihat negeri ini sebagai destinasi sesuai untuk melabur kerana banyak tenaga kerja dan infrastruktur mudah diakses,” katanya.

EZY

JURNAL BERITA – Speaker : Saya redha gaji dipotong

1. MB: Penyelesaian industri air dijangka selesai dalam tempoh 2 bulan

2. MB: Kerajaan Negeri sedia adakan Sidang Dewan Khas perjelas isu air

3. Speaker Selangor: “Saya terima apa sahaja keputusan berkenaan gaji”

4. MB: Rizab Selangor perlu diguna secara berhemah

5. Selangor komited laksanakan Pek Integriti

6. Projek Perumahan Selangorku dikembangkan seluruh Selangor

7. Selangor lulus 4,425 permohonan Insentif Belia Perkahwinan

8. MB: Islamic City Shah Alam berciri Makkah dalam perancangan

9. Yayasan Khas bantu fakir miskin masyarakat bukan Islam

10. 112 Wifi percuma sudah dipasang

11. Kes denggi meningkat, tetapi trend mingguan menurun

12. MBSA anjur Gerak Advokasi Denggi pupuk kesedaran masyarakat 20 April ini

13. Impak MH370, Selangor giat kerjasama tingkat pelancong China

JURNAL BERITA – MB: Pendapatan saya dalam GLC dikembali kepada Selangor

1. DYMM Sultan: Rizab Selangor RM2.9 bilion, pencapaian cemerlang perlu diteruskan

2. DYMM Sultan: Selangor komited bina kediaman rakyat

3. MB: ‘Semua pendapatan saya dalam GLC dikembalikan kepada Kerajaan Negeri’

4. Wan Azizah: 16 tahun keluarga difitnah, apa perasaan anda jika ditempat saya?

5. MB: Langat 2 bukan punca catuan air

6. Tiada pemusatan kuasa, MB amal prinsip bertukar pandangan

7. MOU Air tidak perlu terikat OSA

8. Selangor rancang bina hospital di Kapar, tampung lebih ramai pesakit

9. Selangor tambah alat kesan kualiti udara automatik

10. Kuala Selangor catat pelaburan RM1.26 juta

JURNAL BERITA : MB – Rizab Selangor RM 3 bilion tampung kemelesetan ekonomi 3 tahun

Sinopsis

1- Tiada kenaikan tarif air di Selangor walaupun Kerajaan Pusat naik kadar elektrik

2- Rizab Selangor RM3 bilion mampu tampung ekonomi meleset 3 tahun

3- MB : Tol naik akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian

4- MB jamin tidak lindungi sesiapa, alu-alu siasatan SPRM kes curi pasir

5- Kerajaan Negeri tuntut dana Balkis dikembalikan

6- Abdul Khalid serah beg sekolah kepada 300 pelajar

7- Rakyat berbilang bangsa sambut Perayaan Hari Krismas Selangor 2013

8- Gangguan air: PBT diarah siap sedia bantu pengguna terjejas

9- Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

10-Masyarakat digalak bantu mangsa bencana : Rodziah

11- JKKKP membazir, bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

12- Tourism Selangor giat industri pelancongan

13- DAP komited bantu rakan PR menang dalam PRU14

14- DUN Subang Jaya rai OKU melalui kempen kecerian

15- Polis Bantuan tetap perlu walaupun pasang 1,000 CCTV

16- Halimah : PTRS berjaya capai sasaran

17- Rasuah punca banyak kes pemerdagangan manusia